Assalamualaikum....jemput baca kawan-kawan..maaf kalau ada salah silap...menulis di waktu pagi hari memng macam ni..hehehe.....
“Ha??.. Ikal tak nak kahwin dengan budak tu….ibu dengan ayah
ni kenapa nak tentukan hidup Ikal ni??...Ikal dah besar…Ikal tahulah nak pilih
siapa..kahwin bila…Ibu dengan ayah tahukan Ikal dengan Liya?...Ikal cintakan
Liya bukan budak kolot macam Hidayah tu..dah lah tak pandai berfesyen…asyik
bertudung litup je…itu yang ibu dengan ayah nak Ikal hidup sampai mati dengan
dia??...tak nak Ikal…jangan paksa Ikal..Ikal tak nak…ape Ikal nak jawab pada
Liya nanti…!??” Haikal membentak apabila ibu dan ayahnya menyuarakan hasrat
untuk bermenantukan Hidayah anak rakan karib mereka…
“Sebab Hidayah tu bertudung lituplah ibu dengan ayah kau ni
nak jadikan dia menantu…daripada si Liya tu..nak kate miskin..anak orang berada…tapi
pakai baju macam tak cukup kain..dah tu depan orang tua berpeluk-peluk dengan
lelaki yang bukan muhrim…kau suka la perempuan macam tu…tapi ibu dengan ayah
kau ni tak suka….pilihan kami Hidayah…menantu dalam rumah ni hanya Hidayah
bukan Liya atau orang lain..muktamad…kau kena dengar cakap ibu!”. Kedengaran
tegas suara Pn.Fatimah..itu bukan permintaan tetapi satu arahan..tiada tolak
ansur…hatinya sakit apabila terserempak dengan Liya yang berpelukan dengan
lelaki lain di pusat membeli belah tempoh hari,dan apabila diajukan hal ini
kepada Haikal..Haikal membela Liya dengan mengatakan itu rakan sepejabat
Liya..memang dasar dah cinta buta..rengus Pn.Fatimah.
“Ayah…tolonglah ayah..Ikal tak nak kahwin dengan budak tu…Ikal
tak cintakan dia..” Haikal cuba meminta simpati En.Malik yang sedari tadi hanya
mendiamkan diri dan sekali sekala hanya menganggukkan kepala membenarkan
kata-kata ibunya.
“Ada betul jugak cakap ibu kau tu Ikal..ayah berkenan sangat
dengan Hidayah tu….baik budaknya..pasal cinta…kau boleh pupuk cinta tu….ayah
yakin kau akan bahagia dengan dia….”En.Malik menyuarakan pendapat setelah lama
berdiam diri.
“Ibu akan hantar rombongan meminang hujung bulan ni…kau
pandai-pandailah nak cakap kat Liya…ingat
Ikal…ibu terima Hidayah saja sebagai menantu dalam rumah ni…untuk kebaikan
Haikal juga…jangan melawan cakap ibu dan ayah...restu ibu dan ayah penting
untuk kebahagiaan Ikal..ingat tu.” Kedengaran lembut suara Pn.Fatimah menembusi
gegendang telinga Haikal..walaupun lembut tetapi kedengaran menakutkan apabila
kelembutan suara itu diselangi dengan kata-kata berbaur ugutan.
Haikal merengus….dia tidak tahu bagaimanakah cara untuk
memberitahu Liya tentang perkahwinan yang di aturkan oleh keluarganya.Dia pasti
yang Liya akan mengamuk sakan dengan berita ini dan dia memerlukan persiapan
rapi untuk menghadapi amukan kekasih hatinya itu.. “Aduhai…nasib kaulah Haikal!..”
___________________________________________________________________
Haikal tersentak apabila terdengar ketukan di pintu
bilik,dia melihat satu susuk tubuh masuk dengan perlahan ke dalam bilik…perempuan
tu…perempuan yang memusnahkan semuanya….hati Haikal tiba-tiba menjadi panas…
Hidayah kelihatan serba salah apabila di tenung oleh
Haikal..dia hanya berani duduk di hujung katil sambil memintal baju kurung yang
dipakainya sejak dari petang tadi..sebenarnya dia serba-salah untuk masuk ke
bilik kerana dia tahu suaminya berada di dalam bilik sejak petang tadi..dia
juga tahu yang suaminya tidak menginginkan perkahwinan ini keran bukan atas
suka sama suka tetapi pilihan keluarga,Hidayah hanya menerima apabila di ajukan
tentang hal ini oleh ummi dan abahnya,lagipun dia percaya pilihan ibu bapa ini
menjaminkan bahagia…
“Ha..yang kau yang duduk termenung macam patung tu
kenapa??..tak kan aku kahwin dengan orang bisu kot??” Haikal menyergah Hidayah
bila melihat wanita itu hanya duduk diam tidak berkutik sejak dari tadi.
“Eh..eerrrr..maaf abang…”.Hidayah terkejut apabila disergah
oleh Haikal...
“Sejak bila aku jadi abang kau…hey Hidayah..aku nak tanya
kau ni..kau ni kenapa tak reti tolak pinangan ibu dengan ayah aku?..kau bukan
kenal aku sangat pun…ke memang dari dulu kau ada hati aku atau kau saja-saja
buat baik pada keluarga aku supaya diaorang semua nak jadikan kau menantu??”.
Puas hati Haikal dapat melepaskan semua yang terpendam dihatinya.Gara-gara
perkahwinan ini juga dia bergaduh besar dengan Liya..dia terpaksa berjanji pada
Liya untuk meninggalkan Hidayah selepas perkahwinan ini jika mahu bersama
kekasih hatinya itu lagi..
“Eeerrr….saya tak ada niat pun nak buat macam tu…saya dah
buat solat istikharah dan saya tak nak hampakan permintaan ayah dan ibu…saya
dah anggap mereka macam ibubapa saya sendiri….maafkan saya..”Tergagap-gagap
Hidayah membela dirinya.
“Ha nanti ibu dengan ayah mesti suruh aku bawa kau balik
rumah aku….aku tak boleh bawak kau balik rumah aku…nanti apa pula orang
sekelilig cakap.” Haikal dengan selamba memberitahu Hidayah tentang apa yang
telah dia fikirkan sejak diberi syarat oleh kekasih hatinya supaya Hidayah
tidak boleh tinggal bersama dengannya..demi Liya..dia sanggup buat apa saja….
“Kenapa pula orang sekeliling nak cakap?...kita kan dah
nikah..dah halal….tak salah pun??.” Hidayah membalas kata-kata Haikal yang di
anggap pelik..
“Aku tak nak nanti orang sekeliling fikir apa dan aku tak
nak gaduh dengan kekasih aku..kau tahu tak aku dah ada kekasih??...kau tak
tahukan?? ..ni aku nak beritahu…aku dah berpunya…dank au yang merosakkan
segalanya kau tahu??..sekarang kau kena terima saja lah apa yang berlaku…”
Haikal tersenyum senang apabila melihat air muka Hidayah berubah apabila dia
memberitahu yang dia sudah berpunya…
Hidayah tersentak apabila Haikal dengan tenang memberitahu
yang dia mempunyai kekasih…hatinya tiba-tiba terasa pedih dan dia tidak tahu
kenapa..mungkin kerana Haikal suaminya walaupun dia tidak mengenali Haikal
tetapi Haikal suaminya..dan dia sudah berjanji..cintanya hanya untuk suaminya
sahaja..Hidayah terasa seperti mahu menangis tetapi ditahan kerana dia tidak
mahu menangis di hadapan Haikal…dia harus kuat…!!
“Tak apalah…saya ikut awak balik rumah sehari saja…lepas tu
saya cuba tanya kawan-kawan saya kalau ada tempat tinggal yang boleh disewa…”Hidayah
berkata dengan perlahan..
Haikal terdiam..dia memikirkan jawapan Hidayah itu… “Ok..baik..tapi
sebaik saja aku balik dari kerja..aku tak nak tengok muka kau kat rumah aku
lagi ok..dan lagi satu…aku tak nak sesiapa pun tahu tentang hal kita ni..kalau
kau beritahu juga…aku tak kisah kalau kau nak pegang title janda dalam waktu
terdekat ni.” Haikal memandang tepat ke wajah Hidayah yang masih menunduk
memandang lantai sejak dari tadi.
Hidayah tersentak..dia tidak bersedia untuk memegang gelaran
yang amat ditakuti oleh setiap wanita….tiada siapa yang mahukan gelaran itu…perlahan-lahan
Hidayanh mengangguk kepala tanda setuju..
“Ok..good.” Haikal tersenyum..misinya sudah berjaya…perlahan
dia meletakkan badannya di atas katil..terasa penat dengan majlis yang
berlangsung pagi tad hingga ke petang…melihat Hidayah juga bersedia untuk tidur
di sebelahnya…serta merta Haikal bangun..
“Kau boleh tidur tempat lain tak??...aku tak selesalah nak
tidur dekat dengan kau ni….sempit…”Haikal memberi alasan yang tidak munasabah
langsung,bukan kerana sempit tapi dia tidak mahu jika apa-apa terjadi
nanti..dia bukan jenis yang boleh lihat saja kalau dah ada depan mata..lagipun
dihadapannya kini adalah wanita yang halal untuk disentuh….dia tidak mahu
terlanjur…eh bolehkah dikatakan terlanjur kalau suami isteri yag sah?..ah…biarlah…Haikal
merengus…
“Hurm baiklah..maaf…”Hidayah yang tersentak apabila ditegur
sedemikian hanya menurut..dia tidak mahu bertengkar…dia terlalu penat dan sedih
dengan nasib yang menimpa dirinya…perlahan Hidayah mengambil bantal dan kain
batik untuk menjadi alas tidur di atas permaidani…nasib baik permaidani ni
lembut..bisik hati Hidayah..semoga hari esok lebih baik dari hari ini…
_______________________________________________________________
Sudah seminggu Hidayah tinggal bersama rakan-rakannya….syukur
kerana masih ada kekosongan di rumah
rakan sepejabatnya….dan seminggu juga Haikal tidak pernah menghubunginya…Hidayah
mengeluh apabila memikirkan masa depan perkahwinannya bersama Haikal..sungguh
dia rindu walaupun Haikal tidak
menyenangi perkahwinan yang dibina ini…tetapi sebagai isteri…Hidaya tetap
menginginkan sebuah keluarga yang sempurna….walaupun tiada cinta..tetapi dia
pasti..cinta boleh di semai…Cuma perlu berusaha saja…ya usaha…Hidayah tersenyum…dia
tahu bagimana cara untuk melembutkan hati suaminya…senyuman nakal terukir
dibibir….
Haikal terpaku apabila melihat bungkusan tersangkut di pagar
rumah...rasa takut dan ragu-ragu juga untuk mengambil bungkusan
itu..bermacam-macam perkara yang bermain di kepala Haikal….tetapi dikuatkan
juga hati untuk mengambil bungkusan itu…
“Eh..lauk?? siapa bagi ni??...aku taka da tempah apa-apa
lauk kat mana-mana kedai..pelik..” Haikal berkata seorang diri……dia terlihat
surat di dalam bungkusan tersebut,pantas dibukanya…
“Assalamualaikum..abang..
Ini lauk yang saya masakkan untuk abang….abang makanlah….walaupun
saya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan
sempurna..tetapi mungkin sekarang ini saja yang saya mampu..ddan jangan risau
abang….tak ada mentera pun dalam makanan tu….selamat menjamu selera.”
(^_^).Salam sayang isteri abang Hidayah.
Haikal mencebik selepas membaca surat tersebut…Eleh..macam
aku tak tahu..kau nak ambil hati aku lah ni...jangan ingat aku nak termakanlah
dengan trick lapuk kau ni.” Haikal mendengus…dia meletakkan balik bungkusan
makanan itu di pagar rumahnya…tak sudi makan makanan dari orang yang
menyakitkan hatinya..
________________________________________________
Hidayah mengeluh apabila melihat Haikal meletakkan kembali
bungkusan makanan yang di letakkan sebelum Haikal pulang dari kerja..sedari
tadi dia mengintip perbuatan Haikal..sangkanya Haikal akan megambil bungkusan
makanan tersebut..tetapi hampa..Haikal tidak sudi….Tapi tak mengapa…aku kena
usaha…tak boleh mengalah!..Hidayah memberi kata semangat untuk dirinya sendiri…
Setelah seminggu…akhirnya bungkusan yang di letakkan di
pagar rumah Haikal….kosong juga isinya….Hidayah tersenyum….Haikal termakan juga
dengan rancangan yang di aturkan olehnya..tidak sia-sia dia memasak untuk
Haikal setiap hari dan menghantarnya 20 minit sebelum Haikal pulang..dia akan
pastikan dia harus balik ke rumah walaupun sesiuk manapun dia…semuanya demi
suami yang tersayang…
Dan kini sudah lebih sebulan..seperti rutin harian apabila
Haikal sudah terbiasa dengan keadaan itu….mulanya dia tidak menyenangi tindakan
Hidayah..tetapi..lama-kelamaan dia berasa senang dengan perbuatan isterinya itu….dia
akan meletakkan bekas bungkusan yang telah dibasuh sebelum ke tempat kerja…dan
apabila pulang ke rumah..dia akan mendapat bungkusan yang penuh dengan lauk
pauk..dan tidak dinafikan,dia mula menyukai masakan isterinya…dan dia tidak
tahu kenapa…
_________________________________________________
Haikal termenung..kejadian tengah hari tadi betul-betul
membuat hatinya hancur luluh….terbayang-bayang di tubir mata melihat sepasang
kekasih berpelukan mesra di dalam kedai di pusat membeli belah..Liya…hatinya
sakit apabila menyebut sebaris nama wanita itu….sakit hatinya melihat wanita
itu dengan selamba memeluk lengan lelaki yang berada di sampingnya…dan apabila
terlihat Haikal…Liya menjadi serba salah….ya…rahsianya sudah tidak menjadi
rahsia lagi…dia tertunduk apabila Haikal merenung tajam wajahnya….tahulah
Haikal kini…kata-kata ibunya tentang Liya adalah benar…mungkin ada hikamh
apabila rakannya mengajak dia menonton wayang di situ..jika tidak..dia akan
terus tertipu dengan penipuan Liya….dan Haikal mengambil keputusan muktamad
untuk memutuskan hubungan dia dan Liya..tidak sanggup rasanya mempertaruhkan
cinta untuk wanita seperti itu…
Haikal mengeluh…tiba-tiba Haikal teringat tentang
Hidayah..dia menjadi serba salah..mungkin ini balasan kerana mengabaikan amanah
yang diberi….dia mesti meminta keampunan dari isterinya….dia mahu menebus
kesilapan yang dilakukan..ya..dia harus….Haikal menunggu dihadapan rumah dengan harapan isterinya akan muncul untuk
menghantarkan makanan..dia mahu meminta maaf ke atas segala kesalahan yang
dilakukan..dengan penuh sabar Haikal menunggu…tetapi Hidayah tidak juga muncul…hatinya
mula digamit kerisauan…di manakah isterinya..sedang Haikal termenung memikirkan
tentang isterinya…telefon bimbitnya berdering meminta di angkat…
Hanya Allah yang tahu perasaan Haikal apabila rakan
sepejabat Hidayah memberitahu Hidayah kemalangan…bergegas Haikal pergi ke hospital
yang menempatkan isterinya….airmatanya gugur saat melihat keadaan isterinya
yang berselirat dengan wayar….sungguh dia meyesal kerana gagal menjaga
isterinya…
Hidayah masih tidak sedarkan diri..dan tidak tahu bilakah
dia akan sedar kerana hentakan kuat dikepala..Haikal hanya tertunduk lesu
apabila diberitahu oleh doktor tentang keadaan isterinya….Haikal menjaga
Hidayah dengan penuh kasih…Haikal merasakan kasihnya mula jatuh kepada
isterinya apabila melihat wajah isterinya ketika lena…cantik..desis hatinya….syukur
setelah seminggu tidak sedarkan diri….Hidayah mula membuka mata….dan airmata
Hidayah mengalir apabila melihat Haikal tertidur sambil memegang
tangannya..dengan payah..Hidayah mengusap rambut suaminya dengan penuh kasih….
Haikal tersentak apabila terasa ada tangan yang mengusap
kepalanya…..tak berhenti mulutnya mengucapkan syukur apabila melihat isterinya
sudah sedar….
“Awak dah sedar..alhamdulillah…alhamdulillah….”Hanya itu
yang mampu diucapkan apabila melihat senyuman di bibir isterinya..
“Ye abang..saya haus..”Dalam keadaan yang lemah…Hidayah
berusaha untuk bangun….
“Eh..tak pe sayang…biar abang ambil air untuk sayang..”Haikal
menyuapkan air kepada isterinya..tak lepas senyuman yang terukir dibibirnya..
Hidayah pelik dengan sikap suaminya..tak akan dah berubah??,…dan
apa yang membuatkan dia berubah??..
“Abang minta maaf dengan sikap abang selama ni..abang
khilaf..abang minta maaf…abang harap sayang dapat terima abang…dalam hidup sayang..kita
bina hidup baru..” Haikal berkata perlahan sambil memegang tangan insterinya
dengan harapan isterinya akan menerima kemaafan itu…
“Tapi…bagaimana dengan kekasih abang??” Hidayah teringat
akan kekasih suaminya..
“Abang dah tak ada apa-apa dengan perempuan tu..dan abang
tak mahu sayang sebut lagi tentang perempuan tu..sekarang ni hanya sayang dan
abang…” Haikal mengusap lembut tangan isterinya….memohon pengertian isterinya….
“Hurm…yalah…abang..tak sia-siakan lauk atas pagar untuk
abang…menjadi juga saya punya rancangan..hehehe.” Dala m kesakitan sempat juga
Hidayah mengusik suaminya…
“Itu adalah salah satu
sebab utama abang jatuh hati pada sayang..pandai isteri abang ni.”
Haikal mencuit hidung isterinya..mereka ketawa bersama....
“Semoga hubungan kita sentiasa direstui dan di redhai Allah.”
Hidayah tersenyum sambil mencium tangan suaminya….
“Amin.” Mereka mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan
hingga ke akhir hayat..amin…