Bukankah cinta harus dibalas…..bukankah bahagia itu adalah
sesuatu yang aku mahukan…tapi bukanlah dengan orang yang aku tak kenal..jauh
sekali aku cintai…ibu dan ayah memutuskan untuk menikahkan aku dengan anak
rakan mereka….alasan yang diberikan adalah untuk mengekang kihidupan social aku..ya aku akui…aku adalah
seorang gadis yang liar…bagi aku..pukul 2 pagi ibarat 2 petang….orang balik
kerja…aku keluar…orang pergi kerja..aku pulang ke rumah…ya aku masih
belajar…..ponteng kelas sudah menjadi kebiasaan….tapi semua itu tak menggangu
prestasi pelajaran aku…aku tetap ‘maintain’ dalam markah exam aku…aku tak bawa
toyol ok..mungkin Allah beri aku kelebihan ini…..tapi desakan yang aku terima
dan paksaan yang ibu dan ayah beri bukanlah satu pekara yang
remeh…perkahwinan….ia adalah penentu hidup aku..seluruh hidup dan umur
aku..apatah lagi dengan hobi aku yang suka berpeleseran...ayah dan ibu memberi
kata dua…berkahwin..ataupun tinggal di rumah dan aku akan di kawal ketat…bila mendengar syarat itu..aku jadi lemah…eh tak kanlah lelaki tu terima je mak ayah
dia nak kahwinkan dengan orang yang dia tak kenal.. ‘bendul’ ke apa mamat
ni…haish..tak dapat aku bayangkan hidup dengan mamat tiga suku…kacau bilau
hidup aku…
Dengan itu..dengan berat hati aku terpaksa menerima lamaran
itu….ayah dan ibu begitu gembira….maklumlah dapat berbesan dengan kawan
lama…tapi yang aku anak dia ni.. merana….hari ini…adalah hari yang bersejarah
buat aku..eh..bersejarah ke??...tak lah..hari yang aku rasa macam nak lari
lompat tikus sebab tak tahu nak lepaskan perasaan ni kat siapa…nak lepas kat
kawan-kawan…kena gelak…tekanan betul..aku hanya melihat bakal suami aku melalui
gambar….rupanya bolehlah tahan…itupun ayah bagi seminggu sebelum majlis
ni…ikutkan hati aku tak mahu tengok muka bakal suami aku ni…sakit hati punya
pasal… Fairruz Adam namanya….rasa macam nak tercabut jantung bila aku dipanggil
keluar oleh ibu untuk majlis akad nikah..maklumlah…perasaan suka tu tak la…tapi
gementar tu ada..sebab banyak mata yang memerhatikan aku…macam artis pulak aku
rasa hari ini…mata aku tertacap pada satu wajah yang tenang duduk dihadapan
ayah..bersedia untuk di akadkan…inilah bakal suami aku…boleh tahan
orangnya….dalam hati kata kacak..betul tak tetap pendirian betullah……dalam
beberapa minit sahaja…aku dikejutkan dengan suara ibu yang mengucapkan tahniah
kepada aku..ya..aku sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang kini berada
dihadapan aku….terasa darah naik ke muka apabila tanpa segan atau lebih betul
perumpamaannya ialah tanpa perasaan…Aleeya Umayrah…terima saya sebagai suami
awak…cinta selepas menjadi halal itu indah..percaya saya…aku terkesima apabila
dia sempat berbisik di telinga aku…sedangkan keluarga dan kawan-kawan mengusik
kami apabila melihat Fairruz dengan selamba memegang bahu aku…eleh..ingat
romantic la tu…..
Selepas makan malam…aku jadi tak tentu arah….apa aku nak
buat ni…macam mana ni….aku tak sedia lagi nak officially jadi isteri dia…aku
tak sedia…..!!...dengan akal yang aku ada…aku pura-pura tidur….tapi memang bila
aku letak kepala di atas bantal….aku terus lelap…tak tipu..betul-betul
tidur..sedar-sedar dah pagi….aku terjaga apabila terdengar seseorang sedang
membaca yasin…dan ya suara siapa lagi…suami ku yang ter “cinta’ tu la….aku
hanya memandang kosong wajahnya apabila ia berpaling kepada aku…dengan perlahan
dia duduk di sebelah aku…aku dah rasa macam nak lari pecut waktu tu….janganlah
dimintak yang bukan-bukan…tapi..
“Sayang…saya tahu awak tak sedia lagi….saya
faham..pernikahan kita ini bukan suka sama suka..tapi mungkin ini jodoh yang
Allah dah tentukan..kita sebagai hamba perlu menerima dengan redha dan
bersyukur…dan saya bersyukur dapat awak…tak ada cacat cela kat awak…cantik
orangnya..indah ciptaan-Nya….Alhamdulillah…saya bersyukur….”Fairruz tersenyum
sambil memegang tangan ku..
Entah kenapa aku tidak menarik tangan aku dari
pegangannya..sedangkan aku dalam hati terasa ingin aku sentap tangan aku dari
pegangan tangannya….
“Awak tak solat sayang?”Fairruz merenung aku dengan wajah
yang kononnya romantic la tu…
“Eeerrrr…saya cuti la”. Ha itu alasan yang paling kukuh buat
masa ni..
“Owh..tak apelah macam tu….pergilah mandi….dah pukul tujuh
ni…tolonglah ibu buat sarapan”Fairruz bangun dari sisi katil dan menuju ke
pintu...pagi-pagi nak keluar kemana pun aku tak tahu…ah biarlah dia…
Ada ke patut suruh aku bangun pagi-pagi buta ni buat
sarapan?...masuk dapur pun ikut mood aku….inikan nak pegang sudip? Memang
taklah jawabnya…maaf En. “suami”…saya nak sambung mimpi tadi….hahaha….itulah
yang aku suka…break the rule…
“Awak…boleh tak saya duduk rumah sewa saya je?” Aku
menyuarakan hasrat yang dah lama aku fikirkan sejak Fairruz memberitahu yang
kami akan berpindah ke rumahnya apabila selesai majlis di pihak lelaki....
“Hurm…apa salahnya kalau awak duduk rumah kita je..saya
boleh ambil awak balik kelas dan taklah saya risau sangat..awakkan isteri
saya…awak tanggungjawab saya sayang..”Fairruz berkata dengan perlahan..tenang
wajahnya…
“Ala…awak ni…semua tak bolehlah..bosanlah….ish!” Ni yang aku
rasa nak memberontak ni…macam manalah gayanya bila duduk serumah dengan dia
nanti….geram betul la….kalaulah aku tak kena ceramah dan amaran dari ayah dan
ibu..dah lama aku mengamuk ni…ikut baran aku nak je aku gigit-gigit orang
sebelah aku ni..dah la kena kahwin paksa…kena dengar cakap secara paksa….sabar
je la Leya…nasib badan….
Sampai saja di perkarangan rumah Fairruz..aku terpegun
melihat dekorasi rumahnya yang sederhana besar..walaupun duduk seorang di rumah
itu…Fairruz pandai menghias dan menjaga rumah….kalau anak bujang yang lain
belum tentu..eh dah kenapa aku puji dia pula!..tapi memang betulkan….
“Sayang..jom masuk….jangan segan-segan…ni dah jadi rumah
awak juga”Fairruz melangkah keluar untuk mengambil barang-barang di bonnet
kereta…
“Awak bilik saya kat mana?” Aku berhenti di ruang tamu
sambil melihat Fairruz sedang berjalan ke arah bilik utama.
“Eh…bilik saya bilik awak juga…jomlah masuk..”Fairruz
mengamit aku untuk pergi mengikutnya masuk ke bilik utama.
“Awak..saya tak sedia lagi….boleh tak kita asing
bilik”.Dengan muka seposen..aku meminta pengertian daripadanya…aku tak sedia
untuk itu semua….semua ni berlaku dalam sekelip mata…dan kini aku menggalas
status isteri kepada lelaki yang aku tak kenali…tapi sekarang dah kenal
dah..heee..
Fairruz menggeluh….tetapi dia tersenyum kembali… “Tak apelah
kalau macam tu..sy faham…awak boleh duduk kat bilik tetamu..tapi bilik kita
sentiasa menanti kehadiran awak…”Tenang ucapan itu....tapi bagaikan angin yang
berlalu kat telinga aku…tak nak aku masuk bilik tu..bahaya..
Kini..lebih lima bulan berlalu…rutin harian yang cukup
membosankan..pergi ke kelas di hantar…balik kelas di jemput….makan di masak….ha
yang satu ni pun aku gagal…aku tak pernah masuk ke dapur untuk memasak….dan tak
pernah pula En.Suami mempersoalkan lagi bila aku kata yang aku tak pandai
masak..sebab ada suatu hari tu… dia ingin makan masakan aku…dan aku kata
padanya yang aku tidak tahu memasak…dia suruh aku belajar memasak..aku merajuk
tak mahu keluar bilik satu hari….aku tak suak orang suruh benda yang aku tak
nak buat…sungguh aku dilayan seperti puteri..dan masakan dia juga sedap….jadi
tak hairanlah aku yang dulu kurus kering..kini semakin gebu dan comel….setiap
kali aku masuk ke dalam kereta baik sebelum atau selepas pergi ke kelas…mesti dia
akan mencubit pipi aku…dan aku yang tahu akan rutin hariannya itu…akan cuba
sedaya upaya mengelak..biarlah kusut rambut aku…tapi memang sikap aku yang tidak
suka pipi aku di cubit..aset tu….suka hati je nak cubit..kalau geram..cubit la
pipi sendiri..ini tak…pipi aku juga dijadikan mangsa….
Dan selama itu….tanpa sedar aku senang dengan layanan suami
ku….tidak pernah dia menyakiti hati aku….dan setiap teguran dia…penuh lembut
dan tak menjatuhkan maruah aku…hati aku mulai menerima dia….tapi aku masih
tidak mahu mengakui semua ini….kadangkala melihat rakan-rakan
berpeleseran..sedangkan aku tidak..adakalanya ketika aku ingin keluar bersama
rakan…dia akan mengikut…buat aku rasa rimas dan terkongkong….pakaian aku yang
tidak berkenan di matanya..senyap-senyap dia buang..ingat aku tak tahu….baju
yang aku ampaikan di tempat sidai mesti akan hilang….dan aku tahu siapa yang
melakukannya..mestilah En.suami…sebab dia dengan rela hati berterus terang
apabila ditanya..alasannya..dosa aku…dia yang pikul…bila dia kat macam tu..aku
tak boleh nak kata apalah…tapi dia berjanji akan menggantikan baju aku dengan
baju lain…tak kisah lah baju apa katanya..tapi yang lebih sopan….ikut je
lah..aku malas nak bertengkar…nanti kalaulah ayah dan ibu tahu..aku jugak yang
salah…
Tapi…sejak dua tiga hari ni…aku rasa seperti lain dari hari
yang lain…perhatian dia pada aku dah tak seperti selalu..yang ketaranya apabila
dia mulai mengambil aku lewat dari kelas….dia lebih banyak berkhayal..seperti
memikirkan sesuatu….dan pada hari ini pula….insiden yang lebih menyakinkan
aku…apabila…dia menelefon aku untuk meminta maaf..katanya tak dapat menjemput
aku dari kelas…tak apalah..aku tak kisah….aku boleh tumpang kawan sekelas
aku….tapi ketika kereta kawan aku Fiha berhenti di traffic light..aku ternampak
sesusuk tubuh yang macam aku kenal….bersebelahan dengan kereta Fiha…mungkin
pemandunya tidak perasaan aku yang tajam merenungnya….dan lebih buat aku
terkejut apabila melihat seorang perempuan bertudung labuh duduk di
sebelahnya..wah bukan main mesra lagi….sabar Leya…sabar..kawan aku sedar akan
perubahan riak muka wajah aku….dia perasan yang puncanya adalah pemandu yang
bersebelahan dengan kereta dia….dia meminta aku bersabar…tapi mana aku boleh
sabar….! Eh…cemburukah aku??...ah biarlah..aku isteri dia..tapi…layakkah aku
digelar isteri jika pakai minum suami
aku sendiri aku abaikan?..Aku seperti mahu menangis mengenangkan semua itu…
Pulang saja ke rumah..aku terus masuk ke dalam
bilik….biarlah..aku nak tengok dia pujuk aku ke tak…tapi kecewa….lewat malam
aku terjaga dari tidur dalam keadaan lapar….apabila terdengar pintu rumah di
tutup..aku cuba menunggu jika dia akan mengetuk pintu bilik aku untuk memujuk
ataupun membelikan makanan untuk aku..tahukah dia yang aku masih lagi belum
makan…??..lupakah dia pada aku??..aku isteri dia!...dan untuk hari-hari esoknya
sama seperti hari sebelumnya sejak dia mula membiarkan aku…dia hanya akan
membelikan lauk bungkus untuk aku…dan bukan lagi memasak untuk aku…masanya
lebih banyak dihabiskan diluar rumah dari duduk di rumah bersama aku..aku
semakin tertekan..walaupun baru 2 minggu..ia betul-betul menyiksakan…aku
bertekad untuk pulang ke rumah ibu dan ayah..biarlah mereka nak marah ke nak
pukul ke..nak kata apa ke..aku nekad..sakit hati dan aku semain terluka..entah
kenapa..kerana aku isteri dia….aku mulai sayangkan dia….
Dan buat aku lebih pelik apabila aku pulang ke rumah ayah
dan ibu tidak bertanyakan kenapa aku pulang ke rumah tanpa Fairruz..mereka
hanya diam dan buat seperti tiada apa…..seperti aku masih bujang dulu….dan
suami aku…tidak langsung mahu menghubungi aku..di mana aku berada…tidak
risaukah dia kepada aku…dan aku..tak kan lah aku nak call dia…nanti dia cakap
aku terhegeh-hegeh kat dia..ego juga aku ni…hurm…masa yang berlalu semakin buat
aku sedar akan khilaf aku sendiri..aku muali mempersoalkan kepada diri
aku..kenapa dia menjauh?..kenapa jadi begini?...kenaa?...dan salah siapa?..dan
ya aku akui..ia salah aku….aku gagal sebagai isteri…kini sudah seminggu aku
tinggal di rumah ayah dan ibu….Fairruz masih tidak datang menjenguk ataupun
menjemput aku untuk pulang ke rumah…
Badan aku semakin susut…selera makan aku semakin
kurang..entah kenapa..bila berjauhan..aku terasa seperti ada sebuah batu
menghempap kepala aku…batu yang sarat dan berat dengan rindu….aku kerap
menangis….menahan kasih yang mulai hadir….ya aku cintakan dia..aku isteri
dia….aku halal untuknya…aku untuk dia…..tapi masihkah ada ruang untuk semua
itu….kini kesihatan aku terganggu..puas ayah dan ibu memujuk aku untuk pergi ke
hospital..tetapi..aku keraskan diri….aku tak daya…aku mahu suami aku…..dan doa
aku di makbulkan Allah…
Aku terjaga dari tidur…apabila terasa seseorang mencium
ubun-ubun ku…terasa sejuk tangan yang menyentuh pipi aku….seperti air yang
mengalir…sejuk dan tenang….aku melihat wajah yang aku rindui kini berada di
depan mata aku….hanya airmata yang mengalir saat melihat senyuman itu….adakah
mimpi atau pasti..suamiku ada di hadapan mata…..
“Sayang..maafkan saya..sebab abaikan awak…maafkan saya sebab
sakiti awak..maafkan saya kerana buat awak sedih….awak…saya bukan sengaja mahu
abaikan awak…saya sayang awak….saya mahu awak jadi isteri saya dunia
akhirat..saya tak nak awak jadi macam ni….saya dah tak tahu macam mana nak
didik awak…saya rasa saya gagal menjalankan tugas sebagai suami…..secara
senyap-senyap..saya mengadu pada ayah….saya biarkan awak balik ke rumah ayah
dan ibu…untuk pengetahuan awak…setiap hari saya fikirkan awak..setiap hari saya
akan telefon ayah dan ibu tanyakan tentang awak…”Fairruz berkata perlahan
sambil memangku kepala ku…
“Apa tujuan awak buat macam ni…”Aku sudah teresak-esak
menangis…..dalam hati rasa nak marah..rasa gembira bercampur aduk….
“Saya nak lihat jika saya jauh dari awak….adakah awak akan
mengakui saya sebagai suami awak…adakah awak akan rindukan saya…adakah awak
akan berubah…”Fairruz tenang menjawab semua persoalan yang ditujukan untuk
dirinya…
“Habis..siapa perempuan yang awak bawa dalam kereta….saya
nampak awak kat traffic light masa awak tak dapat jemput saya dari
kelas??”.Haish..macam cemburu bunyinya..eh memanglah cemburu..aku isteri dia…
“Owh…dia adik ipar sayanglah….lupa pula abang nak kenalkan..tak sempat abang nak bawa jumpa sayang….kan dulu abang ada cerita kat sayang yang
abang ada adik yang belajar di luar negara…masa kita nikah dia tak ada
kan..abang lupa pula nak beritahu....hari tu…dia balik sekejap nak uruskan
tentang pelajaran dia..ada masaalah sikit…jadi abang tolonglah bawa dia ke
tempat yang di nak uruskan hal dia tu…maaf ya sayang..abang abaikan
sayang..”Wah…dah berabang-abang pulak….
“Abang janji jangan tinggalkan sayang?...sayang minta maaf
tak dapat jadi isteri yang baik…tapi kali ni bagilah sayang peluang untuk jadi
yang terbaik untuk abang..sayang cinta kan abang…sayang cintakan agama yang ada
pada abang…bimbinglah sayang abang..”Aku tidak lagi rasa malu untuk meluahkan
perasaan aku kepada suami aku…biarlah..dia suami aku…bukan orang lain….
“Alhamdulillah…tak sia-sia doa abang untuk sayang selama
ni…”Fairruz tersenyum gembira…berkali-kali dikucup dahi isterinya itu….
“Tapi…sebelum tu…kita pergi hospital..sayang demam
kan..abang tak nak sayang abang ni sakit…”Fairruz memujuk isterinya dengan
lembut..
“Untuk abang…pergi hospital kat Marikh pun sayang sanggup..”.Dalam
keadaan sakit..aku sempat lagi berseloroh..
“Ada-ada je sayang ni…abang sayang Aleeya Umayrah abang
ni…”Fairruz tersenyum melihat sinar cinta yang kini miliknya..sesungguhnya
sabar itu menyakitkan..tetapi hasilnya membahagiakan…
Kini..aku bukan lagi Leya yang dulu…aku mulai mengenali
siapa suami ku…aku mendekatkan diri kepada Pencipta ku…aku mulai sedar tujuan
aku hidup….aku mulai tahu apa erti kehidupan yang sebenar..benar kata suami
ku…cinta selepas kahwin itu indah..dan aku telah merasai
kemanisannya…Alhamdulillah…
boleh tahan..cinta selepas kawin ..tapi macam ada persamaan cerita ..tak pelah ..apa pon suka bce
BalasPadambest!!
BalasPadam√
BalasPadamCerita yg padat dn ringkas... terbaik
BalasPadamgood stories
BalasPadambest ler
BalasPadamnice
BalasPadamnice.
BalasPadamBoleh tahan lah
BalasPadam