SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Rabu, 28 September 2011

ALLAH..BERI AKU KEKUATAN DAN PETUNJUK MU..(KISAH BENAR)









Hari ini saya mahu berkonsi kisah sahabat saya....cerita dari kisah kehidupannya yang sebenar....cerita ini di hantar sendiri olehnya....dia yang saya kenali seorang yang kuat.....mempunyai hati yang cekal dalam kehidupan...sahabat saya mahu berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua....apa yang baik datangnya dari Allah...yang buruk hanyalah pada kami manusia biasa.....selamat membaca...semoga dapat di jadikan iktibar....


Kehidupan.



Sesuatu yang terlalu unik, hingga terlalu sukar untuk di ramal. Aku mulai kenal erti kehidupan. Kehidupan yang memerlukan kesabaran. Sesuatu yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, pasti, ada hikmahnya. Semuanya telah tertulis di atas sana. Itulah yang di namakan takdir. Takdir yang bakal kita semua tempuhi dengan hati yang tenang dan terbuka.AKU, TULISKAN, SETIAP RENCANA KU dan MEMBIARKAN, ALLAH S.W.T, MEMADAM MANA-MANA YANG SALAH, kerana, hanya DIA, YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.




Bermulanya kehidupan aku disini......



Mama bersetuju untuk bernikah dengan seorang duda anak 3. Bertapa luruhnya hati aku bila terkenangkan semua ni, tapi apakan daya, aku hanya seorang anak. Mama seorang yang penyayang dan sangat sukakan kanak - kanak. Aku mempunyai seorang ayah tiri. Tetapi, sepanjang pemulaan hidup aku dengan dia, aku tidah pernah memanggilnya dengan gelaran ABAH. Sehinggakan, suatu petang, mungkin tahap kesabarannya tercabar, dia menampar aku. Untuk pertama kalinya, dalam hidup ini, seorang lelaki menampar aku. Mama terkedu. Tetapi tidak boleh berkata apa – apa. Mama hanya mampu memujuk aku.Pahang Darul Makmur.



Suatu tempat yang baru bagi aku. Selepas mama bernikah dengan ABAH, kami terus pindah ke sana. Satu tempat yang asing bagi aku. Aku terpaksa berjauhan dengan NENEK dan DATUK. Mungkin terlalu jangal bagi aku untuk teruskan kehidupan disini. Keluarga kami dikenali oleh ramai orang. Mama seorang ahli perniagaan yang Berjaya, manakala ABAH pula, seorang arkitek yang terkenal di sini. Walaupun semuanya Nampak indah, ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik senyuman kami. ABAH, lelaki ini CURANG !! Bercinta dengan kawan baik mama sendiri. Hati seorang perempuan, terlalu lembut. Mama hanya boleh berkata “ abah dan cikgu mahanom cuma berkawan kakak, tak baik buruk sangka pada orang ” . 



Ya allah !!! bertapa luruhnya hati aku ! aku cakap berdasarkan bukti yang kukuh. Aku Nampak depan mata aku sendiri, ABAH usung dia ke sana ke mari dengan kereta yang mama beli untuk ABAH. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali !ABAH dah berhenti kerja, dengan alasan, kesian mama jaga butik sendiri. Tapi , aku tak bodoh. Memang dari dulu lagi, aku dapat hidu apa mahunya ABAH. Bak kata perpatah “ KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN . ”ABAH dah kahwin dengan cikgu mahanom. Bertapa luruhnya hati mama, hanya tuhan je yang tahu. Tapi, mama terlalu kuat, masih boleh tersenyum, katanya “ kita takda bukti nak tuduh orang kakak . ”



Suatu malam, semuanya yang terjadi terungkap. Selembut – lembut hati seorang perempuan, ada juga kerasnya. Mama mungkin dah tak tahan lagi dengan sindiran orang ramai. Aku tahu, mama cuba kuatkan hati untuk bertanya hal ni pada ABAH. Tetapi, apa yang mama dapat, hanya maki hamun. Untuk pertama kalinya, depan mata aku sendiri, ABAH PUKUL, TENDANG MAMA SAMPAI MAMA TERJATUH !




Aku benci abah !! kehidupan aku musnah di sebabkan dia. Dia yang hancurkan kehidupan aku dan mama. Semuanya berpunca daripada dia. Mama, masih lagi boleh bersabar, masih lagi memohon petunjuk dari yang ESA.
Dugaan !! lepas apa yang terjadi, aku dikejutkan dengan kematian sahabat baik aku sendiri. AMALINA MUNIRAH BINTI JAMAIN ! dunia aku kosong. Aku terlalu rapat dengan dia, sampai satu tahap, lepas 3 hari dia meninggal, aku pula jatuh sakit. 2 bulan aku tak pergi sekolah. Terbaring, lemah. Sikit pun abah tak ambil peduli Mama jaga aku sampai aku pulih. Terima kasih mama !!Selepas 2 bulan arwah pergi, datuk, orang yang paling rapat dengan aku pula turut pergi. Ya allah, aku betul – betul rasa kosong ! kenapa semua ni jadi pada aku. Kenapa ????Pelajaran aku mula merosot. Aku ponteng sekolah, mulai liar, bercampur dengan orang – orang yang tak tentu arah, Mula balik malam. Aku merayau tanpa arah tuju. Semuanya dia sebabkan ABAH !! sejujurnya, aku memang tak sekuat mama untuk tempuh semua ni. Dan yang paling nyata sekali, disebabkan ABAH, AKU MULA BENCI LELAKI !! memang tak dinafikan, lepas apa yang terjadi, aku mula berubah, mendadak. Aku mula masuk disco, pub, mulai kenal apa itu dadah, ganja dan rokok !!Sekelip mata semuanya berubah. Mama diistihar bankrupt !! semua berpunca daripada ABAH !! butik yang menjadi kebanggaan mama kena sita. Bertapa hancurnya hati mama.



Mama suruh aku balik Melaka. Tinggal dengan kakak arwah ayah. Mama nak anak dia selamat.mama taknak anak dia rosak! Lagipun, tahun ni, aku nak PMR. Cuma aku sahaja, anak tunggal mama. mama sakit masa tu, tapi mama lebih pentingkan aku, anak dia !! ya allah, betapa mulianya hati seorang ibu.Sesungguhnya, ALLAH S.W.T BERSAMA – SAMA ORANG yang BESABAR. Ampunkan aku, mama !




    • Melaka.

      Kehidupan baru bagi aku, jauh dari mama, jauh dari ABAH ! jauh di sudut hati aku, aku sangat rindukan mama. ya allah kuatkah aku untuk terima semua ni ??


      Sangkaan aku, semuanya aku menjadi lebih tenang di sini. Tapi, lebih teruk. Aku berasa terlalu hina. Pakcik aku sendiri ada scandal dengan adik iparnya iaitu, adik arwah ayah aku. Aku tersepit !! aku terpaksa mengikut gerak langkah mereka. Menjadi dalang semua ni !! aku hanya menumpang. Aku takut. Sangat takut. Aku tak tahu nak luahkan pasa siapa lagi. Aku tahu, dorang keluar masuk hotel. Jual dadah !! aku tahu semua kegiatan dorang. Cuma aku tak mampu buat apa – apa.
      Keluarga aku memang teruk !! TIDAK SEMUA ORANG KAYA BAHAGIA. Malah, KEKAYAAN JUGA AKAN MEMBAWA KEPADA KESENGSARAAN.



      Aku mengaku, aku memang teruk, freehair, pakaian pun tak cukup kain bercampur dengan orang yang tak tentu arah, keluar masuk disco. Aku masih mencari – cari kehidupan aku !! siapa aku yang sebenarnya !

      Aku nekad lari keluar dari rumah tu. Lagipun mama dah pindah Melaka. Aku tinggal dengan mama sekarang.
      Mama tak macam dulu lagi, mama pemarah. Semuanya berubah !! aku rindukan mama yang dulu. Senyumam, tawa mama. Aku, dipersalahkan menjadi punca pencerian mama dan ABAH oleh adik tiri aku sendiri. Ya allah, kalau la adik aku tahu perkara sebenar, mesti dia takkan kata macam tu. 


      Mama terpaksa mulakan kehidupan baru, mula cari kerja nak tampung aku. Susah, tapi mama tetap berusaha. Mama gigih, Cuma mama betul – betul dah berubah.

      Aku benci semua kawan lelaki mama !! aku takut perkara dulu terjadi semula. AKU BENCI LELAKI !! aku taknak orang lain rampas mama dari aku. Aku Cuma ada mama !!

      KADANG – KADANG, SESUATU itu BERBALOI untuk DITUNGGU, tetapi, ALANGKAH INDAHNYA jika PENANTIAN dan HARAPAN itu DISANDARKAN KEPADANYA yang MAHA KEKAL, kerana, dengan itu, jika ianya TIDAK KESAMPAIAN, maka, tiadanya ERTI KEKECEWAAN, melainkan KEREDHAAN atas KETENTUANNYA, dan PENGERTIAN bahawa DIA TIDAK MEMBERI kecuali yang TERBAIK BUAT HAMBA – HAMBANYA.

      Hidup aku, banyak dihabiskan di depan computer. MYSPACE, menjadi peneman setia aku tika itu. Even banyak lelaki yang aku jumpa, sikit perasaan pun tiada. Aku dah semat, dalam lubuk hati aku, AKU TAKKAN TERIMA LELAKI LAGI DALAM HIDUP AKU.


      Tapi, allah tu maha besar, maha berkuasa !!
      Kawan aku memang dah beribu dalam friend lists tu, entah macam mana, aku boleh tertarik untuk kenal dengan seorang guy ni. Nampak baik, lembut.aku suka cara dia, pertama kalinya, aku tersenyum memandang seorang lelaki.


      First time aku bagi no aku pada lelaki. Dia. Semuanya berubah selepas aku kenal dia. Dia banyak bagi aku nasihat, ingatkan aku.
      Memang asing bagi kawan – kawan aku, dulu aku yang benci lelaki, boleh jatuh kat tangan dia. Memang jadi issue besar la pada dorang. Even ramai kawan lelaki aku yang lagi bagus dari dia pun ada, tapi kenapa aku tetap pilih dia ??? dorang berterima kasih kerana dia dah Berjaya robohkan dinding 
      seorang perempuan yang terlalu bencikankan lelaki.


      Dulu, dari seorang yang seksi, mula pakai sopan. Seorang perempuan yang usung deck ke hulu ke hilir, mula tinggalkan dunia skateboardingnya. Aku mula dekatkan diri pada yang ESA. Dia selalu ingatkan aku, bagi nasihat supaya teruskan kehidupan macam biasa, dia selalu ada saat aku susah atau senang, selalu gembirakan hati aku, segalanya yang terjadi, aku aku ceritakan pada dia. Memang, sekarang, aku rasa mula dihargai. Dia berjanji, untuk jaga aku, happykan aku dan takkan tipu aku.


      Untuk pertama kalinya, aku jatuh cinta, aku mula percaya lelaki. !!
      AKU TIDAK BERHARAP untuk MENJADI ORANG yang TERPENTING DALAM HIDUPMU, kerana, itu merupakan PERMINTAAN YANG TERLALU BESAR BAGIKU. AKU HANYA BERHARAP, SUATU SAAT NANTI, jika ENGKAU MELIHAT KU, ENGKAU AKAN TERSENYUM dan BERKATA : “ Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU ''


        • Namun, semuanya tak seindah yang disangka.

          ALLAH akan, HANCURKAN HATI ORANG YANG DIA SAYANG BERKALI-KALI, sehingga, HAMBANYA, itu TIADA HARAPAN LAGI DI DUNIA INI dan yang ada, HANYALAH, HARAPAN untuk DIA SAHAJA. Jadi, bagi yang MENCARI CINTA ALLAH, BERSEDIALAH, untuk MENERIMA, HAKIKAT INI.

          Dia sebenarnya sudah berpunya. Bertapa luruhnya hati aku, hanya tuhan sahaja yang tahu.Tapi, dia masih mr cool aku. Aku tak marah dia.Memang sakit hati ini bila difikirkan. Tapi, aku masih waras, di bukan milik aku. Dia hanya pinjaman dari NYA. 


          Dia kenalkan aku dengan GF dia. Baik orangnya. Lembut, cantik, sopan, bertudung, pandai mengaji dan paling penting cukup didikan agamanya. Aku kagum. Terlalu kagum. Berbeza dengan aku. Macam langit dengan bumi. Aku malu dengan diri aku sendiri.


          Dia kenalkan aku as a cousin. Dia taknak lukakan hati GF dia, lagipun tahun ni, dia akan ambil STPM. Mr cool tak nak semangat dia down. Aku faham, aku tak marah sebab dia jujur. Cuma hati aku hancur. Kenapa tak dari dulu dia bagi tahu perkara sebenar ?? kenapa baru sekarang ?? aku rasa hina sangat, macam aku dah rampas hak orang. Aku perempuan, dia pun perempuan. Aku tak sanggup lukakan hati kaum aku sendiri.


          Sampai bila aku nak menipu diri aku, mr cool selalu pesan, JANGAN BAGI TAHU DIA DULU, BIAR DIA HABISKAN STPM, NANTI SEMUANYA DAH SETTLE, BARULAH KITA BAGI TAHU DIA. 
          Aku dengan GF dia jadi kawan baik. Kalau lah dia tahu, orang yang aku selalu cerita tu BF dia juga, mesti hancur luluh hati dia. Aku mula give up, aku nak pulangkan hak dia. Aku bukan sapa – sapa bagi dia. Siti aisyah ramli adalah segala – galanya.


          Aku jujur dengan GF dia. Memang, aku kena terima apa yang berlaku. dia memang marahkan aku. Aku terima, salah aku bercinta dengan hak orang. Tapi aku pelik, mr cool langsung tak marah lepas tahu aku sendiri yang bagi tahu dia, dia tak penah tinggi suara bila bercakap, even marah or what masih lagi nada yang sama.
          Memang sakit untuk terima semua ni. Aku cuba terima hakikat, yang aku takkan terima dia lagi, aku kena buang dia dari relung hati ni, aku kena buang perasaan cinta dan sayang ni jauh – jauh.


          Sampai satu tahap, mama perasan perubahan aku, aku makin kurus, pendiam, aku jatuh sakit lagi. Memang, semangat aku dah hilang, dah pergi jauh dari aku. Dugaan yang terlalu berat dalam hidup aku, orang yang aku sayang, pergi tinggalkan aku lagi.mungkin semuanya dah tertulis, takdir aku. sekarang, aku Cuma punyai mama. mama yang selalu teman aku. Nasihatkan aku. Bagi semangat pada aku. Mama selalu pesan “ KAKAK MASIH ADA ALLAH, MASIH ADA MAMA, KAKAK JANGAN PERNAH PUTUS ASA, EVEN MAMA DAH TAK ADA LAGI KAT DUNIA NI, TETAP KENA TERUSKAN KEHIDUPAN. ALLAH TU SENTIASA ADA UNTUK KAKAK ”



          Mulai saat ni, 28 sept 2011, aku betul – betul akan buang dia dari hidup aku, dari relung hati aku. Aku takkan ingat dia lagi. Takkan pernah berharap untuk dia jadi milik aku semula. Aku berdoa, semoga, dia bahagia dengan hidup dia. Amin.


          MENCINTAI SESEORANG bukanlah bermaksud MEMILIKINYA. Jika KITA BENAR – BENAR MENYINTAINYA, SESIAPA SAHAJA PILIHANNYA, TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA dan DOAKAN KEBAHAGIAANNYA. Itulah, CINTA SEJATI.
          Terima kasih MHBH engkau dah banyak gembirakan aku selama ni. Kenal kau, adalah suatu kenangan terindah dalam hidup aku.

          Terima kasih kerana membaca.....=)

Ahad, 25 September 2011

Kehilangan.....



Salam.....

Hari ni setelah lama saya tak menulis sebuah cerita....saya dapat ilham untuk menulis cerita...mungkin cerita yang biasa-biasa saja....lagipun pari-pari cinta tengah bersedih.....jadi selamat membaca yer..buat cerita ni..cincai je...tengah kusut..kalau salah sila nasihat dan komen ya...terima kasih....


Aku mempunyai seorang isteri....dalam erti kata yang menyakitkan..aku pernah memiliki seorang isteri yang aku rasa terbaik untuk aku...dan ibu yang terhebat untuk anak-anak aku...tapi itu dulu....Azizah....nama seindah rupa tuannya....cantik..manja....baik....entahlah.....ciri-ciri yang dia ada..buat aku mahu menyunting dia sebagai isteri aku......dan aku tak bertepuk sebelah tangan....dia juga ada menyimpan perasaan terhadapa ku...kami mengikat tali pertunangan selama 5 bulan...selama 5 bulan berbagai halangan yang kami hadapi....mujurlah Azizah memahami....kami melangsungkan hari pernikahan kami dengan meriah..sungguh aku terlalu menyayanginya....walaupun aku jarang mengucapkannya.....mana tidak aku menyayangi wanita ini...bila mana...tiap kali aku pulang ke rumah....dia menunggu dipintu menyambut kepulangan aku....kalau pulang ke rumah....aku tahu balik makan..mandi...dan berehat..tiap malam dia akan urut kaki aku....mendengar masalah aku....dengan senyuman yang tak pernah lekang....dia sentiasa ucapkan..setiap hari..dia jatuh cinta pada aku....tak pernah lekang ucapan terima kasih dalam apa jua yang aku lakukan untuk nya....isteri yang sempurna untuk aku.....


Kegembiraan rumahtangga kami bertambah dengan kehadiran cahaya mata yang pertama....Khairul Hazriq....nama yang kami beri....terima kasih sayang....kerna menghadiahkan abang cahaya mata yang sempurna...yang indah paras rupanya.....walaupun telah mempunyai cahaya mata...Azizah tak pernah mengabaikan tanggungjawab  pada aku...malah aku rasa macam aku pula baby...ahaha....kadangkala rimas..kadangkala aku suka di perlakukan sebegitu...rasa macam raja....apa yang aku mahu...cepat sahaja dia sediakan....tak nak aku terasa hati katanya....terasa bahagia....kawan-kawan cemburu lihat aku yang semakin sihat tubuh badan....mana tak nya...balik dapat makan sedap-sedap....pergi kerja baju dah siap..tinggal untuk di pakai je...turun tangga tengok makanan dah terhidang....bangga aku bila ada yang cemburu lihat aku memiliki Azizah....kerana ada di kalangan rakan-rakan aku dulu ada menyimpan perasaan pada isteri aku.....mungkin jodoh aku dengan Azizah...jadi akulah yang berjaya memilikinya....untunglah aku kan...


Khairul Hazriq kini sudah berumur 3tahun...aku disampaikan berita gembira lagi..isteri aku hamil anak yang ke dua.....bangga aku sebagai seorang lelaki...apa yang lebih bahagia buat seseorang lelaki yang berkahwin..bila memiliki cahaya mata....tapi entah kenapa..untuk kali ini....isteri aku lain....dia tak boleh melakukan kerja dapur atau berat....semasa hamil anak yang pertama tiada pula dia begini....kadangkala tengah-tengah malam di kejutkan aku...minta aku belikan nasi beriani...katanya teringin nak makan....aduh macam-macam kali ni..aku pun pergilah cari..nasib baik ada....aku beli la..punyalah gembira dia bila aku bawa balik nasi beriani tu...habis dia makan...isteri...hurm...Hazriq selalu juga di hantar ke rumah ibu dan ayah aku....sebab isteri aku tak larat nak jaga..biasalah...budak baru dapat kaki..baru nak kenal dunia..lasaknya bukan main lagi....kadangkala aku juga lelah berkejar sana sini bila Hazriq terlalu aktif..inikan pula dalam keadaan ibunya yang sedang hamil...kasihan juga aku....masuk bulan yang ke enam....menjadi-jadi pula manja dan permintaan yang pelik-pelik dan adakalanya menyakitkan hati....ada ke di mintanya aku cari durian..sedangakn waktu tu bukan  musin durian...bila aku terangkan baik-baik dia merajuk..aku pun tak boleh nak bersabar lagi....aku marah lah dia....baru tinggikan suara sedikit...dah menitis airmata...perempuan memang macam tu ke..sikit-sikit nak menangis..ataupun waktu ibu mengandung perasaan memang mudah terasa.....
Ada juga aku mengadu sikap isteri aku pada rakan-rakan aku.....aku pula yang di ceramah oleh diaorang...

“Kau tak baik marah-marah isteri kau...memang macam tu kalau perempuan tengah hamil..kau ikutkan je rentak dia....dia bawa anak kau....susah sakit dia nak jaga anak kau dalam perut tu...dia yang rasa....bagi je lah apa yang dia nak..kalau boleh...cari sampai dapat apa yang dia nak....kau ingat apa....senang ke nak jaga isteri bila mengandung....kau nanti tengok la isteri kau bersalin..tulah..hari tu..masa Hazriq lahir..kau tak nak teman bini kau....aku dah tengok dah macam mana isteri aku lahirkan anak aku hari tu....memang bertambah sayang aku pada isteri aku...kita ini kalau jadi wanita dah lama dah bunuh diri....kita hanya ada kekuatan luaran..tapi mereka isteri ada kekuatan luaran dan dalaman tau..kita tak ada apa yang mereka ada...layan je lah kerenah isteri kau..sabar je la....”
Panjang lebarkan apa yang di ceramahkan kawan  aku tu....ayat dia tu bisa gila....aku sabar jelah dengan kerenah isteri aku...setiap malam minta aku urutkan pinggang dan kakinya....tengah malam mesti kejut aku....kadang-kadang aku malas nak layan...aku buat-buat tidur atau tak dengar....sampai senyap suara dia....bila dah senyap suara tu..aku bukalah mata sikit....aku tengok perlahan-lahan dia urut sendiri kaki dia..tahupun urut sendiri...sabar je lah...mengada-ngada....walaupun macam tu....makan pakai aku tetap di jaga....Hazriq sedikit pun tak di abaikan....tetap di tidurkan....di mandikan.....di suapkan makan.....walaupun kadangkala aku lihat mukanya seperti tak bermaya....tapi tetap juga dia tersenyum pada aku..pada anak kami.....


Masuk bulan yang ke lapan...lain pula jadinya....setiap hari ketika aku sedang bekerja...dia akan telefon aku..tanyakan aku sedang buat apa...dah makan ke tak..ayat-ayat lazim yang sering dia tanya sewaktu kami bercinta dahulu.....rimas juga aku...kadangkala aku tak angakat pun panggilan dia...aku mula naik rimas dengan sikapnya....takut sangat aku tak balik rumah agaknya....sikap aku yang tak tahu bersabar dan yang tak reti hargai susah payah isteri aku bawa anak kami....hingga satu hari...kami bergaduh.....setelah 5 tahun kami mendirikan rumahtangga....waktu itu..aku terlalu letih....terlalu penat setelah pulang dari kerja..tiba-tiba isteri aku merengek-rengek mahu makan nasi impit..mana aku nak cari..aku katalah..aku penat..dia kata teringin sangat..aku pun naik hangin..dan aku tak sangka ayat ini yang aku lepaskan...

“Kau dengan anak dalam perut ni menyusahkan aku je taw x!!!....satu hari  tak buat aku menyampah boleh tak..aku benci kau....hidup kau tahu menyusahkan aku je!!”

Aku lihat dia tergamam bila aku ucapkan ayat tu padanya....

Aku malas lagi mahu memujuk..aku biarkan saja....aku tak mahu lagi fikir...waktu tu..aku hanya fikirkan yang aku letih..letih dengan apa yang aku hadapi..sungguh aku tak bersyukur....malam tu...aku rasa dia memanggil aku dalam esak tangis...dia minta maaf..dia minta ampun..aku biarkan saja...aku buat-buat tidur..aku terasa tangan halus isteri aku memeluk erat pinggang aku..tersentuh juga hati aku bila airmatanya basah di belakang baju aku...tapi aku egokan hati....egokan segalanya....


Esok pagi pakaian aku seperti biasa aku siapkan...seperti biasa...macam tiada apa yang berlaku....Isteri aku tetap senyum pada aku..walaupun kelihatan matanya sembab  menangis semalaman agaknya....aahhh biarlah....aku pergi ke tempat kerja seperti biasa...pukul 1 petang.....tiba-tiba aku lihat ada panggilan telefon...ingat nak biarkan saja..tapi selepas 3 kali deringan yang membingitkan telinga aku ni.....aku angakt juga..terdengar sahaja suara isteri aku menangis..aku dah malas nak layan..terus aku kata aku sibuk dan aku matikan handphone.....tanpa aku bagi ruang untuk isteri aku berkata-kata....


Pukul 5 aku pulang ke rumah..tapi pelik..kenapa Isteri aku tak menunggu aku di pintu seperti selalu....merajukkah dia..???aku buka pintu  dengan menggunakan kunci pendua yang aku ada...usai sahaja aku buka pintu rumahku....remuk hancur luluh hati aku...bila melihat isteri aku terbaring berlumuran darah...terduduk aku tak terkata apa bila melihat orang yang aku sayang sudah tak bernyawa.....aku lihat di tangannya handphone....hancur luluh hati aku...rupanya waktu dia telefon aku petang tadi..dia sedang kesakitan....Ya Allah berdosanya aku....Hazriq ibu kamu dah tiada....ayah bunuh ibu....ayah kejam! Maafkan ayah sayang.....maafkan abang sayang.....menggigil tangan aku bila mahu menelefon ibu dan ayah.....malam tu....jenazah isteri aku selamat di semadikan di tanah perkuburan....kata doktor penyebab kejadian isteri aku meninggal kerana tumpah darah yang teruk akibat terjatuh...aku serasa mahu meraung..terniang-niang lagi suara isteri aku....yang paling pedih...makanan yang telah di masak untuk aku tengah hari tadi telah pun siap di hidang....semua jenis makanan kegemaran aku....sungguh aku berasa berdosa.....hancur luluh hati aku....seminggu aku tidak lalu makan...tak mahu lihat dunia luar..hanya mahu aku renung baju basahan isteri aku....mencium bau harum badannya di baju serta tuala kegemarannya.....airmata lelaki aku yang tak pernah menitis...menitis juga bila Hazriq menangis memanggil isteri aku....tak mahu minum susu...puas di pujuk....mungkin kerana rindukan ibu....ayah minta maaf sebab tak dapat jaga ibu dengan baik sayang.....


Kini....setelah 2 tahun berlalu masih segar segala kerenah..gelak tawa.....gurauan isteri aku masih lagi segar.....terniang-niang usikan nakal dia.....semuanya tentang dia aku rindukan....Hazriq semakin membesar..dan sudah mula memahami.....ibunya sedang berehat bersama adik..anak aku yang pergi menemani isteri aku......aku tabahkan jua untuk teruskan hidup demi Hazriq...hanya dia isteri aku dunia akhirat....


Jika kamu mempunyai isteri ataupun suami yang baik...jangan sekali kamu berpaling pada yang lain.....usah kau abaikan dia.....kerna dia amanah Allah yang perlu kau jaga di dunia.....bila kau biarkan dia.....nescaya dia akan di ambil oleh Allah.....kita selalu begini....sentiasa melupakan bila senang...selalu meniggalkan ketika susah...muhasabah diri....salam..
Terima kasih kerana sudi baca ye...=)

Sabtu, 10 September 2011

MAAFKAN ABANG IBU!!!



Maafkan aku ibu!!

Hari ini saya nak tulis sebuah cerita yang mungkin dapat jadikan iktibar untuk semua....selamat membaca....

Aku berasal dari sebuah keluarga yang miskin..aku merupakan anak tunggal....ayah aku telah meninggal sejak aku berumur 5tahun..sejak itu...ibu aku yang menampung kehidupan kami berdua..ibu aku menghidap asma...jadi dia tak boleh nak buat kerja yang berat-berat sangat...kami hidup ibarat kais pagi..makan pagi....kais petang..makan petang....ibu peroleh wang dari hasil menjual kuih dan nasi lemak di warung Pak Ali..tak jauh dari rumah kami...walaupun begitu...ibu tak pernah biarkan aku susah..semua keperluan aku cuba di penuhi...walaupun kadangkala..aku tahu waktu tu ibu perlukan duit..maklumlah..masa itu umur aku baru 9 tahun...ibu bersusah payah memenuhi permintaan aku..sedikit pun die tak mahu aku tak dapat merasai dunia kanak-kanak aku....aku yang telah terbiasa dengan cara hidup aku..jika tidak dapat sesuatu..aku akan merajuk....ibu sabar melayan kerenah aku...kadangkala....dia hanya makan..sisa makanan aku...kerna juadah untuk kami makan hanya mencukupi untuk seorang sahaja..selalunya di waktu aku mahu naik sekolah..mungkin ibu mahu  berjimat..sebab bukan sedikit kos yang perlu di bayar..dengan yuran sekolah...baju dan buku-buku yang aku perlukan....walaupun aku nakal...aku sentiasa membuat ibu tersenyum bila aku bawa pulang keputusan peperiksaan aku..ibu selalu cakap..dia bangga dapat anak yang pandai macam aku....gembira aku bila ibu cakap macam tu...


Sewaktu aku berumur 12 tahun..aku mula membantu ibu menghantar kuih dan nasi lemak di warung Pak Ali....balik dari sekolah...aku akan pergi ke warung untuk mengambil duit kuih dan nasi lemak...kurang sikit letih ibu bila aku membantu die....lagipun..ibu tak berapa sihat....aku nak la tunjukkan..aku pun boleh jadi macam anak orang lain...yang boleh kurangkan beban ibu...aku selalu cakap dekat ibu aku sebelum tidur...

“Nanti Abang dah besar..abang nak belajar sungguh-sungguh..nak bawa ibu pergi mana ibu nak...ibu doakan Abang berjaya tau...!”

“Tak pernah sekali pun ibu tak mendoakan buah hati ibu ni...ibu nak abang jadi manusia yang berguna....ibu sayang abang..”

Itu yang selalu ibu beritahu kat aku...masa yang paling aku suka..bila waktu aku tidur...ibu akan tidurkan dengan zikir yang merdu sangat..suara ibu sedap..sampai aku terlena....walaupun waktu tu aku dah berumur 17 tahun..aku tetap mahu ibu tidurkan aku....aku memang anak yang manjakan...biasalah..bila tiada ayah...ibu lah ayah..ibu jugalah ibu....walaupun aku nakal..tapi pencapaian aku di sekolah amat membanggakan...nakal tu biasalah..setakat kadang-kadang ponteng kelas....atau datang lambat ke sekolah....ibu tak tahu..aku pun buat hal kadang-kadang...tak lah sampai ibu di panggil pihak sekolah..aku tak nak ibu malu dengan perbuatan aku....mungkin benarkan...orang kata...kebanyakkan budak yang nakal adalah budak yang bijak...kelebihan aku lah tu...


Aku bersyukur bila keputusan SPM aku amat cemerlang...aku dapat pangkat satu..bangga sungguh aku waktu tu....tapi orang yang paling gembira sekali...ibu lah...bila dia dapat tahu aku dapat pangkat satu....petang tu..dia masak banyak..lauk-lauk kegemaran aku pula tu..aku tanya la...mana ibu dapat duit banyak macam tu...ibu kata...dah lama dia simpan duit ni...dia simpan niat..kalau aku dapat keputusan cemerlang..ibu nak sedekah kat surau dan bagi aku makan semua makanan kegemran aku...terharu aku...ibu yakin aku mesti tak akan kecewakan dia....aku sayangkan ibu....


Tak lama lepas tu...aku dapat tawaran ke universiti dan di tanggung sepenuhnya biasiswa....aku rasa macam nak jerit satu kampung..yang aku dapat masuk ke IPTA....kalau aku gembira..ibu lagilah...ibu cakap...ini masa depan aku...dan dia nak aku berjaya....dia tak nak aku hidup susah....tapi aku sedih....aku perlu berjauhan dengan ibu...ibu bukan sihat sangat..nanti siapa nak jaga ibu kalau aku dah pergi belajar nanti..aku rasa macam nak tolak je tawaran tu..tapi ibu halang..ibu cakap ini untuk masa depan aku...dengan berat hati...aku pergi tinggalkan ibu....tekad aku..aku nak belajar sungguh-sungguh..cari kerja yang baik dan bawa ibu aku tinggal kat rumah besar...azam aku nak buat ibu gembira bila hari  tua dia nanti....dalam masa aku belajar tu..aku kenal dengan seorang perempuan....nama dia Anita..orangnya cantik dan ayu....dia di lahirkan dalam kalangan orang yang berada..bapanya seorang Dato’ yang memiliki beberapa buah syarikat yang terkemuka...kami berkawan..aku jatuh hati dengan Nita sebab orangnya baik....sopan santun...dia menerima aku seadanya....itu yang buat aku sayang..yela anak orang berduit...kadang-kadang tak sudi nak berkawan dengan orang yang macam aku ni..tapi dia lain..itu yang buat aku sayangkan dia..aku tak beritahu ibu...bagi aku..mungkin ini belum masanya lagi..ada juga ketika aku pulang ke rumah ketika cuti...ibu merisik-risik dari aku...


“Anak ibu ni senyum sorang-sorang..macam orang di lamun cinta ni...ada apa-apa ke??..dah ada buah hati ye???”

“Mana ada ibu...perasaan ibu je nie....”.Aku cuba berdalih..malu sebenarnya...

“Ibu yang kandungkan kamu..ibu kenal kamu sejak dari kamu lahir ke dunia lagi....kamu tak boleh tipu ibu....kalau dah ada..bawalah jumpa ibu...nak juga ibu jumpa dengan perempuan yang dah berjaya buat anak ibu ni jatuh hati”.Ibu mengusik aku....(malunye!)


Aku diam bila ibu kata begitu...tak tahu nak jawab apa sebenarnya.....setelah habis aku berhempas pulas dalam peperiksaan akhir..dan mendapat keputusan cemerlang..aku di tawarkan untuk bekerja di syarikat ayah Anita.....aku nekad bawa Anita berjumpa ibu....mulanya Anita keberatan..katanya takut....aku cuba yakinkan Anita berkali-kali bahwa ibu bukanlah seperti yang di fikirkan..ibu cuma mahu berjumpa....akhirnya lepas puas di pujuk....akhirnya Anita akur juga dengan permintaan aku.....kami pulang ke rumah ibu menaiki kereta Anita.....sampai saja di rumah,aku lihat ibu sudah menunggu aku dan Anita di halaman.....sejuk hati aku bila melihat Anita tersenyum manis dan menyalami ibu..ibu tersenyum sambil tak henti-henti memuji kecantikan Anita..aku rasa bangga sangat sebab ibu memuji pilihan hati aku....ibu memasak pelbagai juadah kegemaran ku.....selepas makan..aku meminta diri untuk ke rumah kawan lama aku selang dua rumah dari rumah aku...sebenarnya..itu cuma alasan aku untuk memberi ruang ibu berkenalan dengan Anita....tidak lama lepas tu aku pulang ke rumah..tapi hati aku rasa tak sedap bila terdengar seperti suara orang sedang bertengkar..aku lekas menuju ke dapur...aku tergamam..aku telah melihat ibu ku menampar Anita dengan sekuat hati....hingga Anita jatuh terduduk...entah mana akal dan fikiran aku waktu itu...hati aku tiba-tiba mendidih bila lihat Anita tersedu-sedu...


“Ibu!! Ape ibu dah buat ni! Ibu dah hilang akal ke tampar anak orang??!!”.Suara aku bergema di ruang dapur....

“Ibu tak sengaja...ibu bukan saja-saja nak tampar dia..ibu...”.Ibu seperti tergamam..aku lihat ada airmata yang mengalir dari tubir matanya...mungkin dia tak menyangka aku meninggikan suara sebegitu sekali padanya....

“Riz..I nak balik....I tak sanggup dah dengar ibu you marah-marah I”.Tersedu-sedu Anita menangis..

“Ibu...malu Riz tau tak....kalau mak bapak dia tahu..malu Riz..nanti diaorang kata Riz tak pandai jaga anak diaorang..kenapa ibu jadi macam ni..ibu cemburu ya bila tengok Riz happy...ibu nak Riz hadap ibu je kan..ibu takut Riz tinggalkan ibu kan kalau Riz dah ada Ayu...!”.Kerna terlalu mengikut amarah...aku terlupa orang yang sedang aku tinggikan suara itu ialah ibu aku...wanita yang telah susah payah melahirkan dan menjaga aku...

“Riz..dengar dulu penjelasan ibu...ibu bukan sengaja mahu tampar Anita....ibu masih waras sayang..tapi Anita dah buat ibu marah bila......”

Aaaahhhh!! Dah lah ibu....Riz tak nak dengar apa-apa lagi...Riz dah nampak depan mata Riz..bukan Riz tak nampak!!”.Habis sahaja aku kata begitu..aku terus menarik Anita keluar dari rumah ibu...dan terus beredar dari rumah ibu....sayup-sayup aku terdengar suara ibu menjerit memanggil nama ku...tersentuh juga hati aku..tapi entahlah...maafkan abang ibu...


Pulang sahaja dari kampung...aku menghantar  Anita di rumah keluarganya....sebelum pulang..Anita menyuruh aku memilih antara ibu atau dirinya..aku jadi serba salah....antara kekasih dan ibu yang melahirkan....kata Anita..dia tak sanggup untuk bersama aku jika aku masih membela ibu aku yang menyakiti dirinya..sedangkan ibu bapanya sendiri tidak pernah menyakitinya....kerna takut kehilangan Anita..aku tega memilihnya....kenangkan sikap ibu aku yang buat aku terasa hati dengan ibu..apa salah pilihan aku ini.....Anita yang aku kenali bukan begitu..masakan ibu nak kata yang pilihan aku salah.....atau ibu takut aku tak akan lagi pentingkan dia selepas aku berkahwin dengan Anita.....ah ibu terlalu pentingkan diri..fikir ku waktu itu..lantas aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung lagi...


Ada juga dalam lebih dari 3 kali seminggu aku dapat panggilan telefon dari ibu..nombor publicphone yang selalu ibu gunakan untuk menelefon ku...aku kenal nombor itu sebab ibu sering gunakan untuk bertanya khabar...ibu tiada telefon....aku sudah tukar  telefon yang ibu belikan untuk aku dahulu dan aku gantikan telefon yang lebih mahal..ibu membelikan aku telefon itu supaya senang dia menghubungi aku....tiap kali ibu menelefon aku...aku hanya biarkan telefon itu berbunyi dan senyap....aku terlalu sakit hati mengenangkan perbuatan ibu itu...kalau mahu marah..marahi aku..bukan Anita...hinggalah 3 bulan kemudian..aku di ijabkabulkan dengan Anita..aku tidak menjemput atau memberitahu ibu...ada juga keluarga mertua bertanyakan keluarga aku..tapi aku katakan..keluarga aku sudah lama tiada..aku anak yatim piatu....sungguh berdosanya aku ini...bagi aku..jika aku memilih Anita sebagai pilihan hati mungkin dia tak akan bersetuju..mana mungkin aku tinggalkan Anita..dia cinta pertama aku....


Ibu sudah tidak menelefon aku lagi sejak 2 bulan yang lepas...entah kenapa pun aku tak tahu..aku diamkan sahaja....aku jalani kehidupan aku seperti biasa..hinggalah suatu hari...ketika aku sedang berehat di ruangtamu..aku terjumpa sepucuk surat di dalam helaian majalah yang Anita selalu baca....rasa ingin tahu aku membuak-buak bila kau melihat tulisan yang cukup aku kenali itu..ibu...perlahah-lahan aku buka surat itu....


Assalamualaikum...
Kehadapan anak ku yang tersayang,
Ibu sungguh rindu pada abang.....ibu nak dengar suara abang..marah sungguh abang pada ibu hingga tak sudi pulang ke kampung dan mengangkat panggilan telefon ibu....tujuan ibu menulis surat ini hanyalah untuk menjelaskan mengapa ibu menampar Anita..ibu tidak sengaja sayang..ibu tak dapat kawal kemarahan ibu bila dia dengan tenang dan riak mengatakan abang tidak sedar diri untuk bersama dengan dia....abang bukanlah setanding dengan dia... hanya mahu abang mengikut telunjuk dia...mempergunakan abang sebab abang bijak....ibu marah orang buat anak ibu macam tu sayang..demi Allah...ibu tak berniat nak menyakiti dia..tapi ibu juga manusia sayang..ibu tak rela anak ibu diperlakukan seperti itu.....ibu minta maaf.....pulanglah anak...ibu rindu abang....ibu nak lihat wajah abang sebelum ibu menutup mata..ibu rindu anak ibu....ibu janji ibu tak akan sakiti Anita lagi kalau itu yang mampu buat kamu pulang menjenguk ibu....ibu rindu abang....pulanglah....walaupun abang marahkan ibu....abang ingatlah..abang pernah ada di dalam rahim ibu....dan hingga sekarang..ibu masih melihat abang seperti bayi yang ibu kendong bersama ayah mu sayang..pulanglah...
Salam sayang..ibu...


Mengigil tangan aku waktu membaca surat itu...hebat lagi degupan jantung yang berdegup menahan rasa kecewa pada isteri dan diri aku ni....anak jenis apakah aku ini..deras airmata yang mengalir..tak dapat aku tahan...

“Ab..a...abang...abang baca surat apa tu???”.

“Apa semua ni Anita!!!”.Aku tunjuk surat itu di hadapan muka Anita.Hilang sudah rasa sayang aku bila aku tahu rupanya wanita yang aku pilih sanggup menipu aku...!

“Abang Nita boleh jelaskan..Nita sayang abang...lepas abang pilih Nita dari ibu abang...Nita sedar yang abanglah pilihan yang terbaik...Nita sayang abang.....Nita takut kalau abang tahu...abang akan tinggalkan Nita..Nita minta ampun bang!!.”.Anita menangis sambil memeluk erat kaki aku..

“Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni..derhaka aku pada ibu ku!”Aku menjerit seperti hilang akal...aku rasa seperti neraka seakan berada di hadapan aku...

Tanpa mendengar penjelasan Anita..aku bergegas pulang ke kampung...entah berapa laju aku memandu kereta di waktu itu....aku sudah tidak peduli...aku mahu jumpa ibu..mencium kakinya...mahu meminta ampun padanya..aku tak nak di panggil anak derhaka...maafkan aku ibu...maafkan abang!!.

Sampai sahaja di rumah ibu..aku lihat orang ramai datang ke rumah ibu...aku berlari untuk menaiki rumah papan yang telah usang itu...tiba-tiba aku terasa kaki aku berat..aku tersungkur ke tanah....aku tidak dapat merasa apa-apa di kaki aku...aku meraung memanggil ibu...aku menjerit...Ibu...ibu...Ibu!!

Tiba-tiba suara ku seoalah-olah tidak kedengaran...seperti ada batu yang berat menyekat suara aku dari terus memanggil ibu...aku menangis..ibu...abang minta maaf ibu....orang-orang kampung memapah aku naik ke atas rumah..bergenang air mata bila melihat ibu terbaring lemah di atas tilam yang nipis...sambil memegang selimut yang sering aku gunakan ketika kecil dahulu...ibu tenat....hanya airmata yang mengalir bila ibu melihat aku dalam keadaan begini....mengesot aku pergi pada ibu...aku cium kakinya...aku peluk tubuhnya..aku katakan yang aku sayang pada ibu...aku minta maaf....aku anak yang tak berguna...walaupun begitu..hanya gerak mulut yang terluah...dengan lemah..ibu mengusap kasih rambut aku....


“An..aa..ana..anak..iibbuuu..dah balik......ibu rr..rriinnduuu....ibbuuu ta..tahu..aa.abb..abaang tak sengaja....ibu maafkan ...ab..abang...Ya Allah...maa..mmaafkan an..anak ku..a..aku..redha..”.Tersekat-sekat ibu memohon doa pada Allah supaya memaafkan aku..sungguh besarnya darjat mu ibu....

Habis sahaja ibu berdoa..terasa beban yang aku tanggung..seakan terlepas...ringan badan ku...lancar suara aku menyebut dan memanggil ibu.....dada ibu berombak deras...aku tahu..sudah sampai waktunya ibu pergi menghadap Ilahi...dengan suara tangisan yang tersekat-sekat...aku memangku ibu....aku bisikkan kalimah syahadah di telinga ibu..dengan perlahan ibu  mengikut syahadah yang aku sebut....ibu menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangku aku....sungguh terkilan hati aku bila tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak padanya....


“Abang..nanti kalau ibu nak tutup mata...ibu nak tutup mata atas pangku abang....ibu harap sangat abang....”

“Isshh ibu ni..ke situ pula...abang sayang ibu..ibu jangan tinggalkan abang..”

Pilu rasa hati bila terimbas kenangan aku ketika kecil bersama ibu....petang tadi ibu selamat di kebumikan di sebelah kubur arwah ayah....rehatlah ibu....rehatlah setelah ibu penat melayan kerenah abang...abang minta maaf....yang paling buat aku teekedu..ketika aku berteleku di hadapan kubur ibu yang masih basah dengar air mawar....bahu aku di tepuk perlahan oleh seorang...mungkin orang kampung..sambil tersenyum..
“Anak lelaki...sampai dia sudah berumahtangga...beristeri....atau sampai dia mati..tanggungjawab pada ibu nya..tak akan pernah putus....redha Allah apabila redhanya ibu kita...bertaubatlah....”.Terkesima bila dia berkata begitu..pedih rasanya...ibu..ampunkan abang....


Aku lupa..kecil hati aku pada ibu..tiada apa dosanya..sebab aku anaknya...tetapi..kecil hati ibu kerna aku...kemurkaan Allah yang aku terima....besar dosa aku...Ibu....abang rindu ibu....rasanya baru tadi ibu usap lembut rambut abang..rindu ibu..maafkan abang ibu...


Sesal aku tiada guna lagi..bila ibu telah pergi selamanya....cuma iringian doa yang mampu aku bekalkan untuk ibu di alam sana.....aku harap jika ada sesiapa di luar sana..tak kira lelaki mahukan perempuan....hargailah ibu dan ayah....kerna kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah..bawa bahagia....

Salam...

Terima kasih. Kerna sudi membaca cerita ini....harap dapat di jadikan iktibar....

Komen anda amat di hargai....=)


Nukilan..pari-pari cinta..

Isnin, 5 September 2011

WARKAH TERAKHIR....





Salam...hari nie saya nak tulis satu warkah...harap sudi baca..walaupun tak menarik....

Salam....saya rase nie surat terakhir untuk awak..mungkin awak pun berharap nie surat terakhir untuk saya beri pada awak....awak..selama lima tahun kita bersama....apa kurang saya awak..hingga awak sanggup khianati cinta kita.....apaa istimewanya perempuan itu hingga awak sanggup membiarkan saya menitiskan airmata....apa lebihnya dia....yang baru awak kenal..hingga awak tertawa bila awak tahu saya menangis kerna kecurangan awak.....apa salah saya awak....ape maksud awak yang cinta awak hanya untuk saya.....kalau cinta awak terbahagi dua.....???? Apa makna awak kata sayang..awak ucap sayang..bila awak buat saya menangis....bila awak mengejek saya bila saya terduduk melihat kecurangan awak.....

Awak hina saya...awak ejek saya....awak bangga dengan apa yang awak miliki sekarang....kalau benar saya ini tidak tahu malu....tiada paras rupa...mengapa selama 5 tahun awak bersama saya..apa makna nya semua itu???..permainankah awak??...atau saya yang terlalu berharapkan cinta kan awak...mungkin saya yang silap..tagih kasih sayang awak....awak tak sayangkan kenangan kita bersama.....yang terhalang..kejujuran saya....dan yang terbilang....kesilapan saya..hebat sungguh awak...hingga awak buat saya menitiskan air mata..tak sedarkah awak...airmata yang saya mengalir ini....akan mengalir pergi bersama cinta saya...awak bangga memiliki saya....awak juga bangga menduakan cinta saya.....awak rasa bertuah bila ada perempuan yang mencari awak....awak rasa diri awak penting.....tapi..sedarkah awak.....apa yang awak miliki sekarang..hanya pinjaman....saya juga pinjaman....mungkin....bila awak sudah tak memerlukan lagi..atau menghargai....tiada apa perlunya saya di sisi awak lagi...hanya Tuhan yang lebih tahu awak..susah senang saya hidup bersama dengan awak....tergamak awak....

Perlukah awak...saya menagih cinta awak lagi???...sedangkan tiada riak bersalah di wajah awak..bila melihat saya menangis....melihat saya kecewa dengan kecurangan awak....awak tahu...awak ego...satu hari nanti..bila awak benar-benar jatuh cinta.....bila awak di kecewakan...jangan sekali-kali awak kembali pada saya....bukan sekejap awak 5 tahun itu.....bukan sedikit kenangan saya bersama awak....bukan sedikit suka duka awak lukiskan di hati saya....awak khianati cinta saya awak....bukan sekali awak menduakan cinta saya..bukan sekali saya menangis di sebabkan awak...orang kata cinta perlu di hargai...tapi...inikah harga yang awak balas pada saya???..inikah harga yang perlu saya bayar bila mencintai awak......orang kata....sayang itu tidak ternilai..memang benar....bagi saya...sayang saya....tak bernilai pada awak....awak tak tahu untuk menilai kasih sayang saya.....awak tak bisa nilai cinta saya..sayang saya pada awak....

Orang kata cinta itu buta...ya memang saya buta....saya buta untuk memahami..jika sekali awak lukai...awak akan berulang kali melukakan......tapi jikalau saya buta...awak berjuta kali buta untuk menilai kasih serta cinta saya terhadap awak....awak kali ini....tiada apa yang mampu terluah..bila awak sanggup menghina saya semata-mata kerna seorang wanita yang tak pernah menangis...dan berkorban untuk awak....terima kasih awak..sebab tunjukkan saya siapa awak sebenarnya...terima kasih Tuhan kerna masih menyayangi aku.....ini surat terakhir untuk awak....tak akan lagi ada saya untuk awak...kerna saya yakin..,ini yang awak mahukan....untuk itu...saya undur diri untuk melihat awak bahagia...mahu juga saya lihat kehebatan wanita yang awak pilih....mungkin dia lebih tahan melihat awak curang..mungkin dia rela awak memukul dia dengan sesuka hati awak..mungkin juga dia suka awak memaki hamun dia.......sehebat mana wanita itu...tak perlulah saya pertikaikan bila awak lebih memilih dia dari saya...selamat tinggal awak....semoga awak bahagia....sentiasa tersenyum.....maafkan saya....

Adakah layak lelaki seperti ini mendapat cinta perempuan itu ya???
Renung2kan....trimas kerna sudi membaca..=)
Salam..

Ahad, 4 September 2011

ALASAN UNTUK ELAK KE KELAS SELEPAS SEMINGGU BERCUTI RAYA..





1-Saya tertelan ubat gegat  Cik ingatkan penadol....sebab seminggu nie saya makan banyak sangat...dah makan banyak..minum banyak....saya pening...cari-cari penadol....ingatkan penadol..rupanya ubat gegat....dah kena MC cik...heheh..tapi MC tak de...klinik tutop raye nie...(yela pandai sangat sampai tak tahu bezakan mana ubat lipas dengan ubat badan kau kan..hahaha)...=p

2-Saya tak datang kelas nie sebab tadi saya datang raya rumah Cik la....tapi Cik tak ada..Cik pergi mane eh....(banyak ler alasan kau..dah start kelas la!)

3-Cik...kami semua tak boleh balik awal Cik..mood beraya ada lagi....lagipun nenek saya nak buat open house hari yang Cik buat kelas tu...(Ah...time hari tu lah nenek kau buat open house kan..hhehe)

4-Alamak Cik....saya tak boleh pergi kelas hari nie lah Cik...sebab makcik saya perut dia meragam..makan rendang banyak sangat..saya kena jaga anak-anak dia la Cik..kesian Cik..anak-anak dia kecil lagi....(Time tu lah kau nak tunjuk rajin..adik kau yang kecil tu tak nak pula kau jaga time cuti kan..haha)

5-Eh yeker semalam ade kelas....???..lah saya ingatkan tak ade..sebab saya dengar jiran saya yang sekolah rendah tu cakap cuti sampai hari semalam..maaf yer Cik..hehehe...=P...

6- Eh bukan ke hari tu Cik cakap kelas yang semalam tu batal...Cik lupa nie kan..kami semua saksi tau dengar Cik yang beritahu..haaaa....bukan salah kami..(benarnye korang da komplotkan buat Cik korang kompius sebab tak nak kena cop ponteng kan....kesian Cik korang kena perah otak fikir..bila dia cakap macam tu...ade ke tak..hheheh)

Errkkk..ade ke..alasan nie boleh diterima yer..???

hehhe..renung2kan..=)

Sekadar untuk bergurau sahaja...=)

Salam..trimas...bagaimana pula kawan2 yang ada idea untuk bagi alasan bila malas untuk ke kelas??leave la komen...hehehe..thanx..=)

Sabtu, 3 September 2011

AKU MAHU DIA KEMBALI PADA KU....








EGOKAH AKU??


Hari nie saya nak tulis cerita tentang seseorang..hurm..dah lame bercuti dari menulis cerita sempena hari raya nie kan.....hari ni saya dapat idea nak tulis cerita nie..selamat membaca ya kawan2...



Salam....nama aku Adam....aku ni jenis bebas..tak suka sangat nak di kongkong....aku tak suka kena bebel..baik mak aku ayah aku or siapa-siapa pun......aku nakal..tapi tak jahat.....aku ada sorang awek....cun...manis je orang nye...nama dia Balqis.....dia baik la....aku je nakal....aku couple dengan die dari sekolah menengah lagi...dia ni jenis tak boleh keluar rumah.....kira family dia tak bagi dia bercampur sangat lah....aku ok je...dia cakap masa mula kiteorang couple yang dia tak boleh keluar dengan aku selalu...kira memang haish...tak tahu nak cakap macam mana...aku ni ok je...nak tunjuk yang aku ni memahami lah sangat.....setiap hari kalau aku datang sekolah..aku mesti  nampak dia tunggu aku dengan bekal makanan dekat kantin....dia selalu masak kan aku sarapan pagi..or masa rehat kalau aku tak sempat nak makan..dia cari aku dekat kelas aku..macam raja siot aku nie dia layan...(bangga ) heheh....dia masak sedap..aku suka....kira dia nie baik lah..tu yang buat aku sayang die....tapi aku ni jenis tak cukup satu....diam-diam aku pasang lain.....tapi aku tak pasang kat dalam sekolah...aku cari luar dari sekolah..sekolah lain.....bahaya kalau aku ambil satu sekolah...nanti kantoi sudah.....pandai tak strategi aku menipu....sejak aku pasang lain....aku dah jarang balas mesej dia..bila dia masak untuk aku jarang aku makan....aku jarang datang sekolah...aku nakal....aku nak elakkan diri dari dia.....entah kenapa dengan aku..kadang-kadang kalau dia call aku saja tak nak angkat....lagi kejam aku tutup handphone....senang aku pergi jumpa scandal aku....scandal aku ni senang keluar...kira boleh tahan sosial la juga....jenis tak kisah...jadi aku ni kan tak cukup satu....suka la aku...hhehehe....masa tu aku mengaku aku sayang Balqis...tapi aku nak enjoy..dia skema sangat.....tu yang buat aku lemah tu....ape-ape pun aku sayang dia...


Aku rasa lepas aku tackle dia...aku dah tak cakap aku sayang kat dia tiap-tiap hari....biasa la...mula-mula nak dapat ayat kena baik kan....dah dapat...ape aku kesah......jahatkan aku ni....dalam sebulan juga aku layan dia macam nak tak nak...kadang-kadang aku nampak dia tunggu aku kat tepi pintu pagar sekolah....dia memang akan tunggu aku kat situ..selagi dia ayah dia tak jemput dia balik....aku elakkan diri...menyelit kat dalam ramai-ramai budak sekolah yang nak keluar dari sekolah tu...dia tak perasan kot...kadang-kadang aku fikir juga....apa salah dia sampai aku maki-hamun dia kadang2....aku pun pelik..tengah sedap-sedap aku CURANG...akhirnya terkantoi juga..macam mana aku kantoi pun aku tak tahu..tapi dia cakap kawan aku sendiri kantoikan aku sebab tak sampai hati tengok dia asyik kena marah dengan aku....siap dapat no handphone scandal aku pula tu....habis lah aku...aku dah kantoi....dia call aku...menangis..tanya kenapa aku buat dia macam nie....aku pun tak tahu nak kata apa...sebab tu memang salah aku....aku yang mulakan...jadi aku ni kalau dah kantoi aku marah balik dia...aku nak cuba tutup kesalahan aku dengan kekurangan dia..sedangkan jelas ternyata aku yang berslah..aku yang tak setia....egokah aku???..hurm...alasan aku curang.... ‘Sebab kau tak boleh keluar selalu lah sebab aku curang..aku bosan..!’..Bila aku kata dia macam tu..dia senyap..dia mintak maaf..patutnya aku yang minta maaf...ni dah terbalik....sepatutnya aku bersyukur dapat dia....atleast dia terjaga...dia tak sosial....boleh buat stok bini la kan macam kawan-kawan aku..aku je bodoh....
Aku pun dah tau salah..aku ayat la balik..pujuk dia....mintak bagi lagi satu peluang untuk aku...perempuan alah...hati macam kerak nasi kan..dah jirus air..lama-lama sejuk la kan....aku rela tinggalkan scandal aku sebab ada satu statement yang buat aku nak reject dia...nie dialog dia...


“A....tolong buatkan I nasi goreng boleh???”..Aku..

“Ahhh..malas I..I tak tau nak masak la....meggi dengan air masak boleh la...hehe..U la masak untuk I”..A..

Aik..aku pula yang di suruhnya balik.....Balqis aku cakap je nak masak apa....esok dah ada depan mata....heheh....bila dia bagi peluang aku pun cubalah untuk berubah..dalam 5 bulan juga aku tak buat hal...konon nak patrikan kesetiaan la kan...tapi tak boleh juga....lepas SPM aku kerja kat restoran fast food..aku kenal dengan sorang perempuan lain..aku buat hal yang sama..kantoi juga..aku tak tahu lah kenapa dengan dia nie aku tak boleh nak tipu....pelik betul aku..dia macam tau je kalau aku ada pasang lain.....dia tetap bagi aku peluang..mula dari tu..aku tak kisah nak buat hal....aku tahu...dia tak kan tinggalkan aku walaupun aku ni wat hal..duakan dia...aku ni tak minat nak belajar..jadi aku kerja la...dia sambung belajar.....sebelum dia pergi belajar..banyak kali dia menangis bila dia call aku..dia risau aku berubah hati..aik..patutnya aku yang risau..tapi ni dah terbalik..dia cakap aku jangan nakal-nakal....semua nasihat(membebel) dia bagi pada aku....macam mak-mak la...aku tahulah...tapi aku sikit pun tak risau dia sambung belajar...mungkin sebab aku tahu sikap dia......aku pun tak kisah lah..aku tahu dia sayang aku....sebab setiap hari...setiap satu jam la..dia akan hantar mesej.. “SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT....CINTA AWAK SEIKHLAS HATI..”..Aku je tak pernah nak buat macam tu..tiap kali dia tanya aku sayang dia atau tak aku hanya jawab ya atau memang la....ok la tu kan....bila aku jawab macam tu...dia senyap...nanti kalau aku tak jawab marah pula....dah jawab..diam pula..tak faham langsung dengan kau ni Balqis..dia tak kuat merajuk..tu yang aku suka dia....


Jadi dia pun pergilah sambung belajar..tinggalkan aku kat sini...kadang-kadang terfikir juga aku....apa yang dia tengah buat sekarang....ada tak orang usha dia....dia layan ke tak..bila dia dah jauh ni....terasa juga aku...tapi dia tak pernah lupa aku...rutin harian dia tetap di jalankan..hantar mesej kat aku selang sejam....cakap ayat  azimat dia tu....pernah juga aku tanya..kenapa sejam sekali....dia jawab..dia nak aku tahu..cinta dia tak pernah pudar..sayang dia tak pernah hilang..jiwang juga awek aku nie....heheh....Jadi bila dah duduk jauh nie..jarang pula mesej..sebab dia banyak assigment....entah ape aku pun tak faham....aku pun mula lah buat hal..alasan aku kali ni sebab aku sunyi....lagi pun perempuan tu usha aku dulu....tak kan kucing nak tolak ikan depan mata kan??...aku pun kawan la...bukan sorang...ramai...dah awek jauh..senang la aku nak buat kerja curang aku nie.....kali nie dia tak perasan sebab aku layan dia macam biasa....aku belajar dari kesilapan....hahah...sampai satu tahap..aku rapat dengan salah sorang scandal aku ni...aku pun mula lupa yang aku ada awek...kadang-kadang handphone aku tak bawa pergi mana-mana....aku tahu Balqis dah syak..ada juga dia tanya...tapi mana ada orang nak berak tengah jalan nak mengaku....sampai satu tahap....bila dia desak..aku terlepas cakap..aku bagitahu semua..Balqis..kau memang pandai  syco prang tahu tak...dia menangis...entah ape yang aku fikirkan waktu tu..aku minta perpisahan....minta putus..sebab aku rasa tak nak di kongkong..bosan....dia menangis..tanya apa salah dia....aku nak tutup salah aku..aku tuduh lah yang dia ada jantan lain..tak berhati perut aku ni...sedangkan aku tahu siapa Balqis....mesej copy..friends finder semua aku buat untuk tahu dia buat apa...aku atau dia yang mengongkong??? Egokah aku..???


Aku tukar nombor telefon...tak nak bagi dia contact aku lagi....aku rasa lepas aku tinggalkan dia...hidup aku bebas...lepas..rasa macam kalau nak keluar dengan sape-sape pun aku tak takut kawan-kawan dia nampak ke..ape2 ke....aku rasa tak perlu susah payah fikirkan dia..aku pun tak risau..aku yakin dia mseti tunggu aku..sebab dia  sayang aku..alah aku kenal dia lah........lebih setahun lebih aku hanyut dalam dunia aku sendiri....sampai satu tahap....tiba-tiba aku termenung seketika bila aku lihat dekat shopping complex di celah-celah orang ramai....aku lihat ada seseorang yang aku kenal berjalan bersam seorang lelaki....Balqis!!...Aku tak percaya tengok dia tertawa di samping lelaki tu....lama juga aku termenung..tertanya-tanya kau..siapakah lelaki tu....kenapa dia dengan Balqis....rasa cemburu tiba-tiba ada dalam hati aku..tanpa sedar aku dengan dia sudah tiada apa-apa ikatan....lupa diri aku ni kan....malam tu..aku cuba call nombor dia..nasib baik dia pakai lagi nombor tu..aku kenalkan diri aku...aku tanya khabar dia..dia jawab seperti biasa..ceria...dan seperti tiada apa yang pernah berlaku di antara kami...aku pun rasa macam ada chan la nak masuk jarum nie...tapi bila aku tanya dia...dia..dia dah perpunya dah ke...aku nak pastikan betul ke apa yang aku nampak tadi...dengan tenang dia beritahu yang dia dah berpunya..hati dia dah di miliki....katanya selama setahun...dia menunggu aku berubah dan kembali pada dia..tapi penantian dia hanya sia-sia..saat dia menangis..lelaki yang berjaya membuat dia tersenyum kembali itu hadir....bagai halilintar menyambar....aku rasa satu kehilangan yang teramat....bila dia beritahu macam tu...aku rasa seperti mahu menangis....aku sangka dia tak akan berubah dari terus menyayangi aku..aku fikir..apa pun yang aku buat..dia tak akan tinggalkan aku..ternyata aku silap....

Aku silap dalam menilai...aku lupa bila bunga yang aku abaikan....lagi-lagi ia bunga yang sedang harum mekar berkembang.....aku biarkan dia jatuh di tangan orang lain....aku menyesal...hidup aku tiba-tiba rasa kosong..aku rindu pesanan ringkas yang di hantar oleh dia setiap jam....kata-kata nya yang sentiasa buat aku rasa nak gelak dan cubit pipinya...aku rindu....sekarang aku tinggalkan scandal2 aku..aku cuba berubah....aku nak dia tahu..aku memang betul dah berubah.....tapi dia tak terima...aku tahu..bila dia dah sayang..dia tak kan berpaling.....alangkah bagus nya boleh waktu itu di ulang kembali....aku akan jaga dia sebaik mungkin....alangkah indahnya bila lelaki yang di sisi nya kini adalah aku.....aku rindu kau BALQIS...sesalan aku..tak terucap....aku Cuma mampu merisik khabar..mengharap...suatu hari nanti akan ada keajaiban untuk aku memiliki kau kembali...aku akan tunggu.....menebus cinta yang pernah aku abaikan dulu..biarlah aku mengemis cinta mu dalam diam....sayang...


Hargai kekasih  anda semua selagi ada....=)

Nasihat serta komen kawan-kawan semua amat saya hargai....

Trimas kerana sudi membaca cerita ini..=)
Salam...

Jumaat, 2 September 2011

1 HARI DI HARI RAYA PARI-PARI CINTA...=)


Alahai muka ku....di cop minah arab sudah...


Dah tak taw nak buat ape..ni la kerja sy...haish..=P


Pari Pari cinta......saya syg diri saya...


Saye yg bajet comel....heheh


ZzzZZzz...=p

Khamis, 1 September 2011

Wanita ini terlalu cantik....fesyen nya jadi ikutan..=)


Boleh tak nak jadi macam awak....hehhe..


Tak ketat kan baju dan seluar nya..saya suka...!


Nampak elegen kan kawan2...=)


Sekarang...yang bertudung pun boleh berfesyen..jgn main2..hehhe=)