SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Sabtu, 9 Jun 2012

Jangan dera perasaan kami!









Assalamualaikum…hye kawan-kawan…terima kasih sebab sudi baca entry kali ni…kali ni bukan cerita yang saya tulis tentang cinta…..tetapi tentang sebuah harga diri seorang  wanita..yang saya rasa sekarang ni makin banyak yang terjadi…apabila perasaan dan tubuh di dera….di tindas..saya melihat diri sendiri dan orang sekeliling saya…orang yang saya sayang….

Antara penderaan mental dan fizikal…ramai yang saya tanya jika di beri pilihan untuk didera…antara mental dan fizikal..yang mana mereka akan pilih..rata-rata sahabat2 saya memilih untuk didera fizikal..kerana fizikal kita akan melihat kesan tetapi jika mental…dia berada di dalam….ada ayat yang mengatakan..tetapi mana ada manusia mahu dirinya di dera….orang yang mempunyai masalah mental juga mahukan diri mereka di sayangi….kerana lumrah kita manusia sentiasa mahukan kasih sayang….

“Seksaan batin adalah satu penyiksaan yang amat menyakitkan kerana peperangan ada di dalamnya

Lazimnya….yang menjadi pendera adalah kaum lelaki dan yang di dera adalah wanita..dan bukan sebenarnya sifat lelaki itu di lahirkan sebagai pendera…..tetapi mereka di lahirkan sebagai pemimpin dan pelindung kaum yang lemah….bukan semua lelaki bersifat mendera…
Penderaan emosi boleh menyebabkan tekanan jiwa yang boleh membawa kearah masalah mental…

Mengapa mereka memukul dan mendera emosi:

-Mereka telah terdidik dari kecil dengan di pukul dan di caci oleh penjaga mereka…dan mereka melakukan perkara yang sama kepada anak-anak ataupun isteri……cara pembesaran mereka semasa kecil menyumbang kepada perlakuan mereka ketika dewasa..kebanyakan lelaki yang mendera mempunyai masa silam yang tragis di sekeliling mereka….

-Mereka fikir mereka mempunyai hak dan kuasa untuk bertindak sedemikian  ke atas isteri ataupun wanita yang kita sedia tahu adalah kaum yang lemah..manalah terlawan tenaga seorang wanita dengan tenaga seorang lelaki ketika mereka bergaduh…..

-Mereka bertindak agreasif kerana mereka berfikir perasaan mereka yang perlu menjadi menjadi keutamaan dari perkara lain dan mereka berhak mendapatkan keutamaan itu…seperti contoh:

*Mereka melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Fakta mengatakan bahawa…

"lelaki lebih cenderung melakukan sesuatu tanpa berfikir ketika melalui masalah yang mereka hadapi berbanding wanita kerana mereka hanya menggunakan otak kiri sahajauntuk berfikir"

-Lelaki membuat pilihan bagaimana untuk meluahkan kemarahannya…dan ada sesetengah orang akan merasa puas apabila melihat pasangannya merasa sakit..

-Selalunya lelaki tidak akan memukul rakan mereka atau majikan mereka…mereka memilih untuk memukul dan mendera orang yang lebih lemah dan tidak dilindungi oleh sesiapa…

Dan yang lebih menyakitkan apabila kita telah di sakiti dengan pelbagai tomahan seperti di maki hamun..di hina dan di caci..tidak berapa lama selepas itu kita akan di layan seperti biasa bagai tiada apa yang berlaku…dalam kehidupan ini..kita mempunyai hak pada diri sendiri…

Antara perkara yang merupakan penderaan emosi:

-Menghalang kita untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan ahli keluarga kita yang lain.

-Mengugut untuk mencederakan kita jika kita ingkar arahan mereka.

-Sering memberi tuduhan yang tidak berasas dan membuat kita merasa rendah diri dan tak berguna.

-Memalukan kita di khalayak ramai ataupun di depan ahli keluarga yang lain.

-Sengaja mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada orang-orang yang kita sayangi..
Seperti contoh…

“Seorang ibu yang terpaksa menahan perasaan apabila mendengar suaminya memaki hamun anak-anak yang di kandung selama 9 bulan 9 hari di hadapannya..”

“Seorang wanita yang terpaksa memendam perasaan apabila teman lelaki mengugut untuk membunuhnya jika dia meninggalkan lelaki itu..

Walaupun perkara  ini kelihatan remeh tetapi memberi impak yang mendalam kepada mangsa..mereka mungkin akan mendapat gangguan emosi dan kemurungan yang teruk..
Mengapa ada di antara sesetengah wanita yang sanggup di dera mental dan fizikal??
-Pernahkah anda merasai takut hingga tidak mampu melakukan apa-apa dan berfikir tidak akan ada siapa yang boleh membantu untuk mengeluarkan anda dari penderaan itu??..dan ia mendorong anda untuk takut melakukan sesuatu…atau anda terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga memakan diri anda sendir???dan mungkin anda berpegang dengan perkataan “SAYANG” dan “YA DIA AKAN BERUBAH”…..seperti contoh..

“Seorang ibu sanggup menahan hati dan perasaannya yang  di dera secara mental oleh suaminya semata-mata demi anaknya”
“Seorang isteri terus menerus memberi peluang kepada suami dengan alasan sayang dan dia akan berubah”

Sebenarnya..

“Hawa di jadikan dari tulang rusuk Adam…bukan di atas untuk di junjung..bukan di kaki untuk di pijak..tetapi berada di tengah-tengah dekat di hati untuk di sayangi dan di lindungi…”

-Hati wanita umpama kerak nasi…keras jika di biarkan tetapi lembut jika di simbah air….jadi wahai lelaki..janganlah gunakan kesempatan ini untuk menindas kami..kami hanya insan yang 
lemah..

-Hati wanita yang terluka boleh menjadi sekeras-keras kelikir…jika dia sudah benci..pandang muka orang yang di benci pun dia tidak akan sudi

-Wanita akan menyayangi dengan sepenuh hati..tetapi mereka juga akan membenci seumur hidupnya jika hatinya di sakiti berulang kali…

Mereka boleh berubah:

-Ya mereka boleh berubah…jika mereka mahu…

“Tidak ada sesiapa yang mampu merubah diri kita melainkan diri sendiri”

-Mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini..
-Mereka perlu menyakinkan pada diri sendir yang mereka boleh berubah…dan bersedia untuk berubah demi masa depan yang lebih baik..
-Mereka harus belajar memahami perasaan orang lain dan bersikap toleransi…
-Meraka harus berhenti dari terus menyalahkan pasangan dan penyebab-penyebab yang menjadikan mereka bersikap sedemikian…
Mengapa perlu menjadikan kenangan silam sebagai bayangan dan guru kepada kita untuk mengulangi kesilapan tersebut…..tidak ada alasan jika kita mahu berubah….
Bak kata orang..

“Pokok pangkal hati kita..”

Jadi kawan-kawan…ini sebagai pandangan saya…bagaimana pula dengan kawan-kawan??

“Dunia adalah hiasan..dan hiasan yang baik adalah isteri yang solehah”

“Lelaki adalah pemimpin...bagi wanita..kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lain,dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian dari hartanya”

Sekadar berkongsi ilmu dan pandangan..maaf sekiranya ada kekurangan..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan