Assalamualaikum…hye kawan-kawan…terima kasih sebab sudi baca
entry kali ni…kali ni bukan cerita yang saya tulis tentang cinta…..tetapi
tentang sebuah harga diri seorang
wanita..yang saya rasa sekarang ni makin banyak yang terjadi…apabila
perasaan dan tubuh di dera….di tindas..saya melihat diri sendiri dan orang
sekeliling saya…orang yang saya sayang….
Antara penderaan mental dan fizikal…ramai yang saya tanya
jika di beri pilihan untuk didera…antara mental dan fizikal..yang mana mereka
akan pilih..rata-rata sahabat2 saya memilih untuk didera fizikal..kerana
fizikal kita akan melihat kesan tetapi jika mental…dia berada di dalam….ada
ayat yang mengatakan..tetapi mana ada manusia mahu dirinya di dera….orang yang
mempunyai masalah mental juga mahukan diri mereka di sayangi….kerana lumrah
kita manusia sentiasa mahukan kasih sayang….
“Seksaan batin adalah satu penyiksaan yang amat menyakitkan
kerana peperangan ada di dalamnya”
Lazimnya….yang menjadi pendera adalah kaum lelaki dan yang
di dera adalah wanita..dan bukan sebenarnya sifat lelaki itu di lahirkan
sebagai pendera…..tetapi mereka di lahirkan sebagai pemimpin dan pelindung kaum
yang lemah….bukan semua lelaki bersifat mendera…
Penderaan emosi boleh menyebabkan tekanan jiwa yang boleh
membawa kearah masalah mental…
Mengapa mereka memukul dan mendera emosi:
-Mereka telah terdidik dari kecil dengan di pukul dan di
caci oleh penjaga mereka…dan mereka melakukan perkara yang sama kepada anak-anak
ataupun isteri……cara pembesaran mereka semasa kecil menyumbang kepada perlakuan
mereka ketika dewasa..kebanyakan lelaki yang mendera mempunyai masa silam yang
tragis di sekeliling mereka….
-Mereka fikir mereka mempunyai hak dan kuasa untuk bertindak
sedemikian ke atas isteri ataupun wanita
yang kita sedia tahu adalah kaum yang lemah..manalah terlawan tenaga seorang
wanita dengan tenaga seorang lelaki ketika mereka bergaduh…..
-Mereka bertindak agreasif kerana mereka berfikir perasaan
mereka yang perlu menjadi menjadi keutamaan dari perkara lain dan mereka berhak
mendapatkan keutamaan itu…seperti contoh:
*Mereka melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang
lain.
Fakta mengatakan bahawa…
"lelaki lebih cenderung melakukan
sesuatu tanpa berfikir ketika melalui masalah yang mereka hadapi berbanding
wanita kerana mereka hanya menggunakan otak kiri sahajauntuk berfikir"
-Lelaki membuat pilihan bagaimana untuk meluahkan
kemarahannya…dan ada sesetengah orang akan merasa puas apabila melihat
pasangannya merasa sakit..
-Selalunya lelaki tidak akan memukul rakan mereka atau
majikan mereka…mereka memilih untuk memukul dan mendera orang yang lebih lemah
dan tidak dilindungi oleh sesiapa…
Dan yang lebih menyakitkan apabila kita telah di sakiti
dengan pelbagai tomahan seperti di maki hamun..di hina dan di caci..tidak
berapa lama selepas itu kita akan di layan seperti biasa bagai tiada apa yang
berlaku…dalam kehidupan ini..kita mempunyai hak pada diri sendiri…
Antara perkara yang merupakan penderaan emosi:
-Menghalang kita untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan ahli
keluarga kita yang lain.
-Mengugut untuk mencederakan kita jika kita ingkar arahan
mereka.
-Sering memberi tuduhan yang tidak berasas dan membuat kita
merasa rendah diri dan tak berguna.
-Memalukan kita di khalayak ramai ataupun di depan ahli
keluarga yang lain.
-Sengaja mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada
orang-orang yang kita sayangi..
Seperti contoh…
“Seorang ibu yang terpaksa menahan perasaan apabila
mendengar suaminya memaki hamun anak-anak yang di kandung selama 9 bulan 9 hari
di hadapannya..”
“Seorang wanita yang terpaksa memendam perasaan apabila
teman lelaki mengugut untuk membunuhnya jika dia meninggalkan lelaki itu..”
Walaupun perkara ini
kelihatan remeh tetapi memberi impak yang mendalam kepada mangsa..mereka
mungkin akan mendapat gangguan emosi dan kemurungan yang teruk..
Mengapa ada di antara sesetengah wanita yang sanggup di dera
mental dan fizikal??
-Pernahkah anda merasai takut hingga tidak mampu melakukan
apa-apa dan berfikir tidak akan ada siapa yang boleh membantu untuk mengeluarkan
anda dari penderaan itu??..dan ia mendorong anda untuk takut melakukan sesuatu…atau
anda terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga memakan diri anda
sendir???dan mungkin anda berpegang dengan perkataan “SAYANG” dan “YA DIA AKAN
BERUBAH”…..seperti contoh..
“Seorang ibu sanggup menahan hati dan perasaannya yang di dera secara mental oleh suaminya
semata-mata demi anaknya”
“Seorang isteri terus menerus memberi peluang kepada suami dengan alasan sayang dan dia akan berubah”
Sebenarnya..
“Hawa di jadikan dari tulang rusuk Adam…bukan di atas untuk
di junjung..bukan di kaki untuk di pijak..tetapi berada di tengah-tengah dekat
di hati untuk di sayangi dan di lindungi…”
-Hati wanita umpama kerak nasi…keras jika di biarkan tetapi
lembut jika di simbah air….jadi wahai lelaki..janganlah gunakan kesempatan ini
untuk menindas kami..kami hanya insan yang
lemah..
-Hati wanita yang terluka boleh menjadi sekeras-keras
kelikir…jika dia sudah benci..pandang muka orang yang di benci pun dia tidak
akan sudi…
-Wanita akan menyayangi dengan sepenuh hati..tetapi mereka
juga akan membenci seumur hidupnya jika hatinya di sakiti berulang kali…
Mereka boleh berubah:
-Ya mereka boleh berubah…jika mereka mahu…
“Tidak ada sesiapa yang mampu merubah diri kita melainkan
diri sendiri”
-Mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka
lakukan selama ini..
-Mereka perlu menyakinkan pada diri sendir yang mereka boleh
berubah…dan bersedia untuk berubah demi masa depan yang lebih baik..
-Mereka harus belajar memahami perasaan orang lain dan
bersikap toleransi…
-Meraka harus berhenti dari terus menyalahkan pasangan dan
penyebab-penyebab yang menjadikan mereka bersikap sedemikian…
Mengapa perlu menjadikan kenangan silam sebagai bayangan dan
guru kepada kita untuk mengulangi kesilapan tersebut…..tidak ada alasan jika
kita mahu berubah….
Bak kata orang..
“Pokok pangkal hati kita..”
Jadi kawan-kawan…ini sebagai pandangan saya…bagaimana pula
dengan kawan-kawan??
“Dunia adalah hiasan..dan hiasan yang baik adalah isteri
yang solehah”
“Lelaki adalah pemimpin...bagi wanita..kerana Tuhan telah
melebihkan yang satu dari yang lain,dan kerana suami telah menafkahkan
sebahagian dari hartanya”
Sekadar berkongsi ilmu dan pandangan..maaf sekiranya ada
kekurangan..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan