“Jangan kau ingat bila kau dah
kahwin dengan anak aku ni..aku akan suka dengan kau..lagi aku benci tahu
tak….!!,aku lakukan semua ni demi anak aku..aku tak nak kehilangan anak tunggal
aku…apa yang kau dah buat pada anak aku ha..sampai dia sayang kau sangat..entah-entah
kau dah bomohkan anak aku kan..”Pn.Marlia mencemuh Afifah dengan kata-kata yang
amat menghiris perasaan wanita yang duduk di hadapan nya itu..
Bimbang anaknya,Hakim yang berada di dapur…mendengar kata-kata
yang di luahkan pada menantunya itu..suaranya di perlahankan tetapi amaran dan
tuduhan yang di lemparkan pada Afifah sudah cukup buat wanita itu tersentak dan
hanya tertunduk melihat permaidani..
“Sukalah kau kan dapat duduk rumah sendiri…puaslah hati kau
berjaya hasut anak aku pindah rumah…kau ingat kalau kau berdua dah pindah
rumah..aku tak kan dapat jodohkan si Hakim dengan calon menantu yang aku
nak….apa entah yang Hakim pandang kat kau ni..perempuan yang tak tahu mana asal
usul…dari mana ntah di kutipnya…!!”Puas rasa hati Pn.Marlia apabila berjaya
melempiaskan semua kata-kata yang tersimpan lama di dalam hati apabila menantu
itu bukan la dari ciri yang di mahukan…malah tidak di ketahui asal usulnya…
Afifah hanya mampu diam…dia tidak mahu melawan walaupun
hatinya terasa mahu melawan kata-kata yang di hamburkan padanya…memikirkan itu
ibu mertuanya..ibu kepada suami yang tersayang…dipendam rasa hati…masih ada
rasa hormat untuk wanita di hadapannya kini..dia sedar dia bukan di kalangan
orang berada…dia sendiri tidak mengetahui asal-usulnya..siapa ibu bapanya
kerana sebaik sahaja dia lahir…dirinya di serahkan di rumah kebajikan…dan dia
tidak pernah menyesali jalan hidup yang di tentukan…baginya..mungkin ada hikmah
di sebalik apa yang terjadi…
“Ibu…minumlah air tu..kenapa tak minum…tak sudi ke minum air
yang menantu ibu buat ni…sedap taw...” Hakim yang datang dari dapur menyapa ibunya….dia
melihat isterinya hanya tunduk diam manakala ibunya memandang sinis isterinya
itu..bukan dia tidak tahu yang ibunya tidak menyukai Afifah..tetapi dia tetap
berdegil mahukan Afifah menjadi isterinya…dia tahu yang ibu mahu menjodohkan
dirinya dengan anak kawan baik ibu…Azian..tetapi hatinya tidak berapa berkenan
dengan sikap mengada-ngada anak kawan
baik ibunya itu..hatinya terpaut pada Afifah bukan sahaja mempunyai wajah yang
manis..malah sikap dan caranya juga sentiasa menyenangkan hati Hakim…
“Ibu nak minumlah ni…kau Hakim pindahlah balik rumah
ibu…kesian ibu tinggal sorang..”Rungut Pn.Marlia..
“Alah ibu ni..ibu bukan duduk sorang,bibik kan ada temankan
ibu..lagipun Hakim nak merasa hidup berdikari..nak juga rasa tanggungjawab bila
dah ada isteri ni”Hakim menjeling Afifah yang sedari tadi hanya mendiamkan
diri.
“Ibu bukan apa…dah selalu kau je yang teman ibu pergi sini
sana…ibu sunyi la..kalau kau duduk rumah ibu..bolehlah Afifah teman kan ibu…nak
harapkan bibik yang temankan ibu..dia sibuk nak buat kerja rumah..ibu nanti
bosan la….”Pn.Marlia masih cuba untuk memujuk anak kesayangannya itu.
“Ibukan banyak masuk persatuan…kalau saya pindah rumah ibu
pun..bukan ibu selalu ada rumah..melancong sana..melancong sini…same
juga…bagilah saya peluang untuk rasa hidup berdikari ibu..”Hakim memberi alasan
supaya ibunya memahami apa yang dia mahukan…bukan tidak mahu duduk dengan ibu
kesayangannya itu tetapi dia ingin merasai hidup berdikari bersama isteri
tercinta…
“Hurm ikut kaulah Hakim..ibu nak paksa lebih-lebih pun kalau
kau dah tak nak..tak nak juga kata kau….perangai kau same je dengan arwah ayah
kau…terpulanglah”.Akhirnya Pn.Marlia mengalah juga…
Sebenarnya Pn.Marlia bukan bersungguh-sungguh mahukan Hakim
berpindah di rumahnya kembali untuk menemaninya..tetapi ada agenda lain yang
ingin di laksanakan..dia ingin membuat Hakim mengahwini pilihan menantu yang
telah di tetapkan untuk anak nya itu…janji pada kawannya Datin Shila harus di
patuhi..dia menantu yang tahu asal usulnya bukan seperti Afifah…dia mahu Afifah
pergi dari keluarganya…dia mahu Hakim membenci Afifah..
“Ibu balik dululah…malam ni ibu nak jumpa kawan
sekejap…kalau ada masa balik rumah..jangan pulak dah kahwin ni lupa jalan balik
ke rumah”Pn.Marlia memandang sinis Afifah sambil berlalu keluar..Hakim
mengekori ibunya di ikuti Afifah…
Mata Afifah tidak lepas melihat kereta yang di pandu ibu
mertuanya hingga hilang dari pandangan..dia mengeluh perlahan…
Hakim yang terdengar keluhan isteri kesayangannya itu hanya
tersenyum pahit..dia tahu apa yang terbuku di hati isterinya…perlahan-lahan
dia mengapai tangan isterinya….isyarat untuk memberi semangat pada isterinya
supaya kuat untuk menjalani hidup bersama dirinya..
“Kita doakan ibu tu terbuka hatinya terima awak ye sayang..sabarlah…abang
sayang awak…sebab abang tahu awak kuat untuk hadapi semua ni…abang ada untuk
awak..dah jangan sedih…senyum sikit…”Hakim mencuit manja hidung isterinya.
Melihat Afifah tersenyum..sudah cukup melegakan hati
Hakim…baginya Afifah adalah kekasih yang telah buatnya tidur tak lena sejak
pertama kali berjumpa di kedai buku yang merupakan tempat isterinya bekerja
dahulu…begitu payah untuk memenangi hati isterinya..setiap hari dia pergi ke
kedai buku itu untuk melihat wajah gadis yang telah mengetuk pintu hatinya…dan
dia bernasib baik apabila Afifah memberi peluang untuk mengenali dirinya…dan
kini dia telah berjaya memiliki diri gadis itu.
Hari-hari yang dijalani oleh Afifah dan Hakim makin
ceria…Hakim amat menyenangi layanan Afifah kepada dirinya walaupun kalau orang
lain melihat seperti 'queen control'…kerana setiap kali Hakim mahu ke tempat
kerja mesti Hakim di bekalkan dengan nasi dan lauk…baju di sediakan….Hakim di
layan seperti raja..dan di bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami…di
waktu dia berasa penat dan tertekan dengan kerja yang ada di pejabat…apabila
pulang ke rumah dia berasa tenang..melihat senyuman Afifah dan dengan
kata-katanya yang sentiasa lembut buat Hakim berasa selesa berdamping dengan
isterinya tak kira waktu…..bagi sesetengah lelaki apabila tertekan mereka tidak
mahu pulang ke rumah tetapi tidak bagi Hakim..semakin dia rasa tertekan semakin
dia ingin cepat pulang ke rumah…kerana Afifah juga merupakan pendengar dan
penasihat yang baik…selalu masaalah yang mereka lalui di hadapi bersama…mereka
yakin kebahagiaan milik mereka…sehinggalah sebulan kemudian..Hakim telah di
hantar untuk mengikuti kursus di Serawak untuk 3 minggu….jadi peluang itu di
gunakan sebaik mungkin oleh Pn.Marlia untuk memulakan agendanya untuk mengusir
Afifah dari hidup mereka sekeluarga…peluang itu tidak di lepaskan…
“Hakim,sementara kau pergi kursus ni..biarlah mak duduk di
rumah kau temankan Afifah ni..kesian dia sorang-sorang nanti..nak suruh dia
duduk rumah mak memanglah dia tak nak…” Pn.Marlia berkata sebaik sahaja Hakim
memberitahu yang dia perlu menjalani kursus selama tiga minggu di Serawak..
“Boleh juga tu mak…Hakim tak kisah…Afifah juga tak
kisah..betul tak?”.Hakim memandang Afifah meminta persetujuan…
“ Boleh mak…rumah ni rumah mak juga…saya tak kisah…lagi suka
nanti dapat saya teman berbual”.Afifah tersenyum dalam resah…setelah lebih
setahun bersama dengan suaminya dan hidup sebagai menantu Pn.Marlia baru hari
ini ibunya mahu tersenyum dan menawarkan diri untuk menemaninya ketika suaminya
tidak berada di rumah..dalam resah dia cuba memikirkan yang baik-baik
sahaja..mungkin Pn.Marlia telah berubah..dan mula mahu menerima dirinya…
“Ha eloklah kalau korang berdua dah setuju..nanti lagi dua
hari ibu datang ke rumah kau…”Pn.Marlia memberi kata putus…tidak di hiraukan
wajah bingung anak dan menantunya yang mungkin terkejut dengan perubahan
dirinya yang mulai mahu menerima Afifah…bukan dengan ikhlas hati tetapi
terpaksa demi melunaskan agenda yang ingin dilakukan..hatinya sakit apabila
anak yang disayangi tidak mahu mendengar kata dan rela memilih jalan hidup
sendiri dengan orang lain sedangkan dahulu Hakim adalah anak yang menurut
kata….Baginya Afifah telah merampas Hakim daripadanya..
Mengalir air mata Afifah ketika mengiringi suami tercinta di
muka pintu….3 minggu tidak berjumpa akan membuat Afifah menjadirindu pada
suaminya..
Hakim berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta tapi
apakan daya apabila tuntutan kerja perlu dilaksanakan demi kehidupan mereka
berdua juga…perlahan dia mengesat airmata isterinya…Pn.Marlia yang berada di
ruang tamu hanya melihat adegan suami isteri yang mencucuk hatinya….meluat
rasanya apabila melihat menantunya itu menagis…seawalpagi dia telah sampai ke
rumah anaknya…Nampak sungguh hati yang penuh hasad dengki ingin melihat
sengsara di mata orang lain…
“Janganlah menangis sayang..abang pergi sekejap je
kan….nanti dah sampai abang call ok??jage diri baik-baik..apa-apa nanti call
abang..”
“Abang,hati-hati taw…jangan lupakan saya…saya taw la kat
Serawak tu ramai perempuan cantik….jangan lupa saya taw….hati-hati..saya selalu
ada untuk abang”Tersedu-sedu Afifah ketika bercakap…berat sungguh hatinya
melepaskan suami tercinta pergi walaupun hanya 3minggu..
“Ye abang tahu…alah abang tak heran la..isteri abang seribu
kali cantik dari dieorang semua..hati abang untuk awak sorang je..dah jangan
nangis…abang tak suka…”Hakim tergelak kecil mendengar rungutan isterinya...cemburu itu tandanya sayang...
“Ha..Hakim..korang ni dah cukuplah nak bermanja-manja depan
aku…Hakim kau ni tiket pukul berapa..karang kau terlepas flight nanti baru
tahu”…Tidak tahan melihat adegan yang membuat Pn.Marlia panas hati…cepat-cepat
dia menyampuk perbualan suami isteri itu..
“Yela ibu..saya pergi dulu ye..ibu jage diri….awak pun jage
diri tau..”Hakim berlalu selepas menyalami tangan ibunya..
Afifah hanya melihat suaminya masuk ke dalam perut teksi
yang menunggu Hakim untuk pergi ke lapangan terbang…
“Dah,kau tak payah lah sedih sangat…laki kau bukan pergi
matipun..dia pergi cari duit untuk kau..kau ape tahu..perabis duit anak orang
je..bukan menyenangkan..menyusahkan lagi adalah..”Nah….tembelang Pn.Marlia
telah bermula…
Afifah tersentak apabila mendengar kata-kata sinis yang
keluar dari mulut ibu mertuanya itu…dia berkira-kira bahawa ibu mertuanya telah
mahu menerima dia dua hari yang lepas apabila menawarkan diri untuk menemaninya
di rumah sepanjang ketiadaan suami tercinta..tetapi apabila suaminya telah
tiada di rumah…tembelang ibu mertuanya satu persatu telah tersingkap…seminggu
yang pertama..Afifah di suruh dan di layan tak ubah seperti orang gaji..setiap
malam Pn.Marlia akan menyuruh Afifah mengurut kakinya…membuat air untuk
dirinya…Afifah hanya menurut sahaja apa yang disuruh oleh ibu mertuanya…baginya
mungkin dengan cara ini dapat melembutkan hati orang tua itu..tetapi telahan
Afifah tersilap…
Minggu yang kedua…Afifah mulai terasa tidak sedap
badan..badan terasa lemah..dan tekaknya terasa mual….melihat keadaan Afifah
begitu telah menimbulkan kerisauan pada Pn.Marlia..dan kebimbangan Pn.Marlia
menjadi kenyataan apabila Afifah disahkan telah hamil 4 minggu…mendengar berita
gembira itu Afifah ingin berkongsi
bersama suami tercinta tetapi cepat di halang oleh Pn.Marlia…
Alasan Pn.Marlia menghalang Afifah untuk memberitahu Hakim
tentang kandungan itu adalah supaya Afifah dapat membuat kejutan di hari lahir
Hakim seminggu sahaja lagi…yang juga merupakan hari Hakim pulang dari
berkursus…Afifah termakan juga dengan alasan yang diberi oleh ibu mertuanya
itu…sedangkan dia tidak tahu bahawa ibu mertuanya itu ingin menghancurkan
kebahagiaan dirinya dan rumah tangganya….hanya senyuman yang terukir di bibir
Afifah menanti kepulangan suami tercinta untuk memberi hadiah yang tidak
ternilai dan pengikat kasih antara mereka suami isteri..….begitu juga terukir senyuman di bibir tua Pn.Marlia….dapatlah ia meneruskan
rancangan walupun terpaksa di tukar sedikit..sungguh kejam hati tua itu....hatinya telah hilang sifat belas kerana telah di kaburkan dengan perasaan dengki dan amarah.....
Pn.Marlia membeli ubat untuk mengugurkan janin yang ada di
kedai berdekatan dan mebeli herba-herba yang merbahaya untuk wanita yang hamil…tujuannya
untuk menggugurkan kandungan Afifah yang masih awal dan senang untuk di
gugurkan…dia harus melakukan dengan cepat sebelum anaknya Hakim pulang...
Sejak mengetahui dirinya di sahkan hamil..ibu mertuanya
berubah sikap dengan tiba-tiba…dia tidak di benarkan memasak malah mengemas rumah pun
tidak boleh sama sekali..dan dalam keadaan dirinya yang lemah akibat 'morning
sickness' yang di alaminya…dia berasa bersyukur kerana ibu mertuanya sudi
membantu dirinya..sedangkan dia tidak tahu bahawa setiap kali dia makan,Pn.Marlia pasti meletakkan ubat yang di beli ke dalam makanan itu..dan air
herba yang di rebus itu dikatakan pada Afifah adalah air herba yang khas untuk
ibu hamil untuk menguatkan rahim.....Afifah yang tidak tahu apa-apa hanya diam dan
menurut apa sahaja yang di suruh oleh ibu mertuanya kerana baginya Pn.Marlia
lebih mengetahui tentang hal ini…
Tetapi syukur Alhamdulillah…mungkin niat jahat Pn.Marlia
untuk menggurkan kandungan menantunya tidak berjaya…tetapi itu tidak mematahkan
niatnya untuk menghancurkan kebahagiaan menantunya…dia berusaha lagi dengan meletakkan sabun di
dalam bilik air dengan harapan Afifah akan terjatuh dan menyebabkan
keguguran…Afifah telah pulih sedikit dari pening dan mualnya itu,telah mula
membantu mengemas rumah…dan hari ini merupakan hari kepulangan suaminya yang
tercinta….sementara dia menyediakan makanan kegemaran suaminya tiba-tiba terdengar
jeritan suara ibu mertuanya dari dalam bilik air..Afifah bergegas ke bilik air
dan melihat ibu mertuanya telah terjatuh…melihat keadaan permukaan lantai
tandas yang licin Afifah berhati-hati berjalan untuk memimpin ibunya…fikirannya
binggung..apakah yang ibu mertuanya lakukan dengan sabun yang banyak di
lantai..melihat kaki ibu mertuanya terseliuh…Afifah cepat-cepat mahu meminta
bantuan jiran mengangkat ibunya untuk di bawa ke klinik kerana dia tidak tahu
memandu untuk dibawa ke klinik berdekatan…dan Pn.Marlia cepat menahan Afifah..katanya dia mampu untuk bangun dan
pergi ke klinik sendiri…
Dengan susah payah,Pn.Marlia terhencut-hencut pergi ke
kereta untuk ke klinik….Afifah ingin menemani Pn.Marlia tetapi dihalang..kata
ibu mertuanya tunggu sahaja Hakim balik….tidak perlu risaukan dirinya…Afifah
tidak dapat melakukan apa-apa apabila Pn.Marlia berkeras untuk pergi seorang
diri…
Malam itu…Afifah menunggu suaminya yang tercinta pulang ke
rumah…ibu mertuanya pula tadi menelefon bahawa dia pulang ke rumah dan tidak
ada apa-apa yang terjadi padanya…Afifah melepaskan nafas lega apabila mendengar
bahawa ibu mertuanya tidak apa-apa….lamunannya terganggu apabila mendengar
bunyi loceng di pintu rumah…Afifah berlari anak ingin membuka pintu..pasti itu
suaminya…sebaik sahaja dia membuka pintu bukan senyuman yang dihadiahkan oleh
suami yang di rindui tetapi sebuah tamparan…
Afifah tersentak…dan terkejut dengan apa yang berlaku…kenapa
die di tampar…
“Aku kutip kau jadi isteri aku…aku sayangkan kau..aku tatang
kau bagai minyak yang penuh tapi kau sanggup inaya ibu aku…!!” Melengking suara
Hakim di ruang rumah mereka….hatinya menjadi marah apabila diberitahu oleh
ibunya bahawa Afifah sengaja menolak ibunya di dalam bilik air dan menghalau
ibunya keluar dari rumah dalam keadaan kesakitan…mulanya dia tidak percaya…dan
apabila sampai sahaja di rumah ibunya..dia melihat kaki ibunya bengkak
berbalut…kecewa dengan apa yang di dengar mendorong Hakim hilang kawalan lantas
menampar isteri yang selama ini tidak mahu di sakiti…
“Apa salah saya abang…???...kenapa tampar saya…”Hanya itu
yang terkeluar dari mulut Afifah..airmata sudah bertali arus mengalir di pipi….
“Apa salah kau…???apa salah kau tanya???!!!..hey perempuan aku boleh terima kalau kau sakitkan
hati aku..tapi aku tak boleh trima kalau kau sakitkan hati ibu aku..patutlah
selama ni ibu aku tak suka kau..inilah perangai kau yang sebenarnya….aku tak
nak tengok muka kau lagi..kau boleh berambus!!!”Hakim menolak badan Afifah
hingga terjatuh…
“Abang..abang…ampunkan saya abang…sumpah demi Allah saya tak
inaya ibu abang..saya minta maaf abang..jangan buat saya macam ni
abang…tolonglah abang..saya dah taka da sesiapa dalam dunia ni abang…ampun
bang”..Teresak-esak Afifah memeluk kaki Hakim…tetapi tidak di endahkan….Hakim
menolak keras Afifah hingga keluar pintu…dengan sekuat hati dia menghempas
pintu dan menguncinya…tidak di pedulikan rintihan si isteri yang meminta
dibuka kan pintu..
Dan di luar perkarangan rumah…di dalam sebuah kereta..ada
insan yang tersenyum puas melihat kehancuran yang berlaku sekejap sahaja lagi….tidak di endahkan
sakit dii kakinya…baginya kesakitan ini berbaloi dengan apa yang telah
terjadi…hatinya puas dengan apa yang berlaku….di hidupkan enjin kereta dan
kereta bergerak laju menuju ke rumahnya..dia ingin tidur lena kerana selepas
ini dia akan dapat kembali anaknya…dan hasrat ingin bermenantukan anak kawan baiknya pasti akan tercapai...
Hakim telah mengemas baju dan barang-barang milik
isterinya..walaupun hatinya sayang..dia terpaksa melakukan demi mengajar
isterinya itu..tidakkah isterinya tahu yang dia amat menyayangi ibunya…ketika
mahu turun ke ruang tamu…tidak lagi kedengaran ketukan dan hanya mendengar
bunyi esakan memintanya membuka pintu…ketika melalui ruang tamu dia terlihat
ada sekeping sampul surat..rasa ingin tahu dia mengambil sampul surat itu
lantas membukanya..terasa luruh jantungnya pabila melihat kandungan surat
itu…isterinya hamil…dengan sekelip mata dia berlari ke pintu untuk mendapatkan
isterinya…sesalan terasa apabila mengetahui isterinya dalam keadaan seperti
itu….dan lebih terasa seperti ingin meraung apabila melihat ada darah yang
mengalir di celahan kaki isterinya…airmata seperti mahu jatuh apabila melihat
Afifah bersusah payah mahu menggapai tangannya…
“Aba..abang…sumpah demi Allah saya tak buat semua tu….ini…semua salah…faa…fahammm…”Tersekat-sekat penjelasan yang mahu di berikan
walaupun payah..
Tanpa kata apa-apa…Hakim mencempung badan
isterinya….memasuki kereta…tidak sampai beberapa minit kereta telah
meninggalkan perkarangan rumah…airmata lelakinya jatuh juga apabila melihat
isteri di sebelah lemah menahan sakit akibat dirinya..berpunca darinya…suami
jenis apakah dia…
“Abang..aaa..aabb..abang….maafkan ss..ssaaayyyaa
tak..??”..Lemah suara Afifah antara dengar atau tidak...terasa seperti ingin
menjerit apabila mendengar isteri yang baru saja di maki meminta maaf dalam
kesakitan..luluh hatinya apabila dengan perlahan Afifah meletakkan tangan yang
digengam ke perutnya..
“Anak kita bang…hadiah untuk hari lahir abang..tapi abang
maafkan saya….saya tak dapat jadi isteri yang baik.....saya letih…saya minta maaf…”Afifah berkata
dengan nada yang lemah…
Hakim tidak mampu bersuara…hanya airmata dan esakan
menemaninya di sepanjang jalan menuju ke hospital…
Sampai sahaja di hospital…Hakim bergegas menemani Afifah ke
wad kecemasan..dan matanya terkaku pada satu tubuh yang baru di usung masuk ke
dalam wad kecemasan juga......ibu..!!!
Pn.Marlia telah terlibat dalam kemalangan…ibunya di sahkan
koma…barang-barang berharga di serahkan kepada Hakim…sementara menunggu isteri
dan ibunya…Hakim telah terjatuhkan beg milik ibunya…dan matanya terkaku pada
satu botol yang jatuh di kakinya…hanya airmata yang mengalir apabila mengetahui
hakikat yang ibunya mahu anak di dalam kandungan Afifah gugur apbila terbaca
kertas yang ada di atas botol itu…dan lebih kesal apabila dia tanpa usul
periksa menghukum isterinya hingga membuat isterinya dalam keadaan
begini..lamunan nya terganggu apabila doctor memanggil dirinya untuk
memberitahu keadaan Afifah…
“En.Hakim…isteri awak mengalami pendarahan yang serius…Pn
Afifah dalam keadaan kritikal,kami dah cuba yang terbaik…tetapi tuhan yang
menentukan..berdoalah supaya Allah
selamatkan isteri Encik…dan maaf sekali lagi,..kami tidak dapat menyelamatkan
kandungan isteri encik kerana kandungannya dalam keadaan lemah ketika terjatuh…harap
encik bersabar..”
Hakim hanya mampu tertunduk apabila mendengar kata-kata
doctor..terasa ingin memutarkan masa kembali….mengharapkan semua ini tidak
pernah terjadi…
Dengan lemah dia menolak pintu wad yang dikhaskan untuk
isterinya..melihat keadaan isterinya yang lena tidur..tenang…tersayat hatinya
apabila teringat kata-kata isterinya..
“Abang…kalau saya nanti..saya nak hembuskan nafas terakhir
saya di pangku abang….kerana setiap nafas ini hanya ada nama abang..suami
saya dunia akhirat…”
Perlahan-lahan Hakim memangku isterinya……dengan sendu yang
tidak dapat di tahan.....
“Sayang..abang maafkan sayang….maafkan abang sebab tak dapat
jadi suami yang baik..abang gagal menjaga sayang….sayang..abang halalkan makan
minum awak..abang tahu awak dah terlalu penat untuk lalui semua ini…abang
redhakan awak pergi….”Teresak-esak ketika Hakim melafazkan kata-kata itu…
Mengalir airmata di pipi Afifah…Hakim tahu isterinya dapat
mendengar suaranya walupun tak berdaya membuka dan mebalas
kata-katanya….perlahan-lahan Hakim mengajarkan dua kalimah syahadah di telinga
isteri tercinta…dada Afifah berombak perlahan….dan semakin lama semakin
sepi..dan sepi…Afifah meninggalkan Hakim untuk selamanya….Hakim hanya mampu
menitiskan airmata…lantas mencium dan memeluk tubuh kaku isterinya..seakan
tidak mahu di lepaskan lagi….penyesalan yang tidak berkesudahan….
Kini setelah 2 tahun pemergiaan isteri tercinta….dan
Pn.Marlia telah disahkan lumpuh separuh badan.,.mungkinkah ini balasan yang di
terima kerana perbuatannya menginya anak yatim dan hasad dengki yang ada di dalam
hati telah memakan diri sendiri...dia juga kehilangan kasih seorang anak..Hakim semakin jauh darinya.....Hakim telah membawa diri..kesal dengan perbuatan ibunya…dia hanya pulang
ke rumah ibunya apabila di pujuk oleh pembantu rumah….Pn.Marlia hanya mampu
mengalirkan airmata melihat anak yang di sayangi kini menjauhkan diri..dan
keadaan diri yang tidak lagi seperti dulu…mungkin inilah balasannya..…
Semoga dijadikan iktibar....jika melakukan sesuatu perkara kita haruslah memikirkan akibatnya..sabar itu yang penting..sesungguhnya..kehilangan itu amat menyakitkan...=(
wow...comelnya owner blog...
BalasPadam:) terima kasih sudi baca cerita saya...:)
BalasPadami'm one of ur fans ..haha
BalasPadamCik Fairuz...owh ye..hahahaha...trimas2..:P
BalasPadam