SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Rabu, 28 September 2011

ALLAH..BERI AKU KEKUATAN DAN PETUNJUK MU..(KISAH BENAR)









Hari ini saya mahu berkonsi kisah sahabat saya....cerita dari kisah kehidupannya yang sebenar....cerita ini di hantar sendiri olehnya....dia yang saya kenali seorang yang kuat.....mempunyai hati yang cekal dalam kehidupan...sahabat saya mahu berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua....apa yang baik datangnya dari Allah...yang buruk hanyalah pada kami manusia biasa.....selamat membaca...semoga dapat di jadikan iktibar....


Kehidupan.



Sesuatu yang terlalu unik, hingga terlalu sukar untuk di ramal. Aku mulai kenal erti kehidupan. Kehidupan yang memerlukan kesabaran. Sesuatu yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, pasti, ada hikmahnya. Semuanya telah tertulis di atas sana. Itulah yang di namakan takdir. Takdir yang bakal kita semua tempuhi dengan hati yang tenang dan terbuka.AKU, TULISKAN, SETIAP RENCANA KU dan MEMBIARKAN, ALLAH S.W.T, MEMADAM MANA-MANA YANG SALAH, kerana, hanya DIA, YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.




Bermulanya kehidupan aku disini......



Mama bersetuju untuk bernikah dengan seorang duda anak 3. Bertapa luruhnya hati aku bila terkenangkan semua ni, tapi apakan daya, aku hanya seorang anak. Mama seorang yang penyayang dan sangat sukakan kanak - kanak. Aku mempunyai seorang ayah tiri. Tetapi, sepanjang pemulaan hidup aku dengan dia, aku tidah pernah memanggilnya dengan gelaran ABAH. Sehinggakan, suatu petang, mungkin tahap kesabarannya tercabar, dia menampar aku. Untuk pertama kalinya, dalam hidup ini, seorang lelaki menampar aku. Mama terkedu. Tetapi tidak boleh berkata apa – apa. Mama hanya mampu memujuk aku.Pahang Darul Makmur.



Suatu tempat yang baru bagi aku. Selepas mama bernikah dengan ABAH, kami terus pindah ke sana. Satu tempat yang asing bagi aku. Aku terpaksa berjauhan dengan NENEK dan DATUK. Mungkin terlalu jangal bagi aku untuk teruskan kehidupan disini. Keluarga kami dikenali oleh ramai orang. Mama seorang ahli perniagaan yang Berjaya, manakala ABAH pula, seorang arkitek yang terkenal di sini. Walaupun semuanya Nampak indah, ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik senyuman kami. ABAH, lelaki ini CURANG !! Bercinta dengan kawan baik mama sendiri. Hati seorang perempuan, terlalu lembut. Mama hanya boleh berkata “ abah dan cikgu mahanom cuma berkawan kakak, tak baik buruk sangka pada orang ” . 



Ya allah !!! bertapa luruhnya hati aku ! aku cakap berdasarkan bukti yang kukuh. Aku Nampak depan mata aku sendiri, ABAH usung dia ke sana ke mari dengan kereta yang mama beli untuk ABAH. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali !ABAH dah berhenti kerja, dengan alasan, kesian mama jaga butik sendiri. Tapi , aku tak bodoh. Memang dari dulu lagi, aku dapat hidu apa mahunya ABAH. Bak kata perpatah “ KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN . ”ABAH dah kahwin dengan cikgu mahanom. Bertapa luruhnya hati mama, hanya tuhan je yang tahu. Tapi, mama terlalu kuat, masih boleh tersenyum, katanya “ kita takda bukti nak tuduh orang kakak . ”



Suatu malam, semuanya yang terjadi terungkap. Selembut – lembut hati seorang perempuan, ada juga kerasnya. Mama mungkin dah tak tahan lagi dengan sindiran orang ramai. Aku tahu, mama cuba kuatkan hati untuk bertanya hal ni pada ABAH. Tetapi, apa yang mama dapat, hanya maki hamun. Untuk pertama kalinya, depan mata aku sendiri, ABAH PUKUL, TENDANG MAMA SAMPAI MAMA TERJATUH !




Aku benci abah !! kehidupan aku musnah di sebabkan dia. Dia yang hancurkan kehidupan aku dan mama. Semuanya berpunca daripada dia. Mama, masih lagi boleh bersabar, masih lagi memohon petunjuk dari yang ESA.
Dugaan !! lepas apa yang terjadi, aku dikejutkan dengan kematian sahabat baik aku sendiri. AMALINA MUNIRAH BINTI JAMAIN ! dunia aku kosong. Aku terlalu rapat dengan dia, sampai satu tahap, lepas 3 hari dia meninggal, aku pula jatuh sakit. 2 bulan aku tak pergi sekolah. Terbaring, lemah. Sikit pun abah tak ambil peduli Mama jaga aku sampai aku pulih. Terima kasih mama !!Selepas 2 bulan arwah pergi, datuk, orang yang paling rapat dengan aku pula turut pergi. Ya allah, aku betul – betul rasa kosong ! kenapa semua ni jadi pada aku. Kenapa ????Pelajaran aku mula merosot. Aku ponteng sekolah, mulai liar, bercampur dengan orang – orang yang tak tentu arah, Mula balik malam. Aku merayau tanpa arah tuju. Semuanya dia sebabkan ABAH !! sejujurnya, aku memang tak sekuat mama untuk tempuh semua ni. Dan yang paling nyata sekali, disebabkan ABAH, AKU MULA BENCI LELAKI !! memang tak dinafikan, lepas apa yang terjadi, aku mula berubah, mendadak. Aku mula masuk disco, pub, mulai kenal apa itu dadah, ganja dan rokok !!Sekelip mata semuanya berubah. Mama diistihar bankrupt !! semua berpunca daripada ABAH !! butik yang menjadi kebanggaan mama kena sita. Bertapa hancurnya hati mama.



Mama suruh aku balik Melaka. Tinggal dengan kakak arwah ayah. Mama nak anak dia selamat.mama taknak anak dia rosak! Lagipun, tahun ni, aku nak PMR. Cuma aku sahaja, anak tunggal mama. mama sakit masa tu, tapi mama lebih pentingkan aku, anak dia !! ya allah, betapa mulianya hati seorang ibu.Sesungguhnya, ALLAH S.W.T BERSAMA – SAMA ORANG yang BESABAR. Ampunkan aku, mama !




    • Melaka.

      Kehidupan baru bagi aku, jauh dari mama, jauh dari ABAH ! jauh di sudut hati aku, aku sangat rindukan mama. ya allah kuatkah aku untuk terima semua ni ??


      Sangkaan aku, semuanya aku menjadi lebih tenang di sini. Tapi, lebih teruk. Aku berasa terlalu hina. Pakcik aku sendiri ada scandal dengan adik iparnya iaitu, adik arwah ayah aku. Aku tersepit !! aku terpaksa mengikut gerak langkah mereka. Menjadi dalang semua ni !! aku hanya menumpang. Aku takut. Sangat takut. Aku tak tahu nak luahkan pasa siapa lagi. Aku tahu, dorang keluar masuk hotel. Jual dadah !! aku tahu semua kegiatan dorang. Cuma aku tak mampu buat apa – apa.
      Keluarga aku memang teruk !! TIDAK SEMUA ORANG KAYA BAHAGIA. Malah, KEKAYAAN JUGA AKAN MEMBAWA KEPADA KESENGSARAAN.



      Aku mengaku, aku memang teruk, freehair, pakaian pun tak cukup kain bercampur dengan orang yang tak tentu arah, keluar masuk disco. Aku masih mencari – cari kehidupan aku !! siapa aku yang sebenarnya !

      Aku nekad lari keluar dari rumah tu. Lagipun mama dah pindah Melaka. Aku tinggal dengan mama sekarang.
      Mama tak macam dulu lagi, mama pemarah. Semuanya berubah !! aku rindukan mama yang dulu. Senyumam, tawa mama. Aku, dipersalahkan menjadi punca pencerian mama dan ABAH oleh adik tiri aku sendiri. Ya allah, kalau la adik aku tahu perkara sebenar, mesti dia takkan kata macam tu. 


      Mama terpaksa mulakan kehidupan baru, mula cari kerja nak tampung aku. Susah, tapi mama tetap berusaha. Mama gigih, Cuma mama betul – betul dah berubah.

      Aku benci semua kawan lelaki mama !! aku takut perkara dulu terjadi semula. AKU BENCI LELAKI !! aku taknak orang lain rampas mama dari aku. Aku Cuma ada mama !!

      KADANG – KADANG, SESUATU itu BERBALOI untuk DITUNGGU, tetapi, ALANGKAH INDAHNYA jika PENANTIAN dan HARAPAN itu DISANDARKAN KEPADANYA yang MAHA KEKAL, kerana, dengan itu, jika ianya TIDAK KESAMPAIAN, maka, tiadanya ERTI KEKECEWAAN, melainkan KEREDHAAN atas KETENTUANNYA, dan PENGERTIAN bahawa DIA TIDAK MEMBERI kecuali yang TERBAIK BUAT HAMBA – HAMBANYA.

      Hidup aku, banyak dihabiskan di depan computer. MYSPACE, menjadi peneman setia aku tika itu. Even banyak lelaki yang aku jumpa, sikit perasaan pun tiada. Aku dah semat, dalam lubuk hati aku, AKU TAKKAN TERIMA LELAKI LAGI DALAM HIDUP AKU.


      Tapi, allah tu maha besar, maha berkuasa !!
      Kawan aku memang dah beribu dalam friend lists tu, entah macam mana, aku boleh tertarik untuk kenal dengan seorang guy ni. Nampak baik, lembut.aku suka cara dia, pertama kalinya, aku tersenyum memandang seorang lelaki.


      First time aku bagi no aku pada lelaki. Dia. Semuanya berubah selepas aku kenal dia. Dia banyak bagi aku nasihat, ingatkan aku.
      Memang asing bagi kawan – kawan aku, dulu aku yang benci lelaki, boleh jatuh kat tangan dia. Memang jadi issue besar la pada dorang. Even ramai kawan lelaki aku yang lagi bagus dari dia pun ada, tapi kenapa aku tetap pilih dia ??? dorang berterima kasih kerana dia dah Berjaya robohkan dinding 
      seorang perempuan yang terlalu bencikankan lelaki.


      Dulu, dari seorang yang seksi, mula pakai sopan. Seorang perempuan yang usung deck ke hulu ke hilir, mula tinggalkan dunia skateboardingnya. Aku mula dekatkan diri pada yang ESA. Dia selalu ingatkan aku, bagi nasihat supaya teruskan kehidupan macam biasa, dia selalu ada saat aku susah atau senang, selalu gembirakan hati aku, segalanya yang terjadi, aku aku ceritakan pada dia. Memang, sekarang, aku rasa mula dihargai. Dia berjanji, untuk jaga aku, happykan aku dan takkan tipu aku.


      Untuk pertama kalinya, aku jatuh cinta, aku mula percaya lelaki. !!
      AKU TIDAK BERHARAP untuk MENJADI ORANG yang TERPENTING DALAM HIDUPMU, kerana, itu merupakan PERMINTAAN YANG TERLALU BESAR BAGIKU. AKU HANYA BERHARAP, SUATU SAAT NANTI, jika ENGKAU MELIHAT KU, ENGKAU AKAN TERSENYUM dan BERKATA : “ Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU ''


        • Namun, semuanya tak seindah yang disangka.

          ALLAH akan, HANCURKAN HATI ORANG YANG DIA SAYANG BERKALI-KALI, sehingga, HAMBANYA, itu TIADA HARAPAN LAGI DI DUNIA INI dan yang ada, HANYALAH, HARAPAN untuk DIA SAHAJA. Jadi, bagi yang MENCARI CINTA ALLAH, BERSEDIALAH, untuk MENERIMA, HAKIKAT INI.

          Dia sebenarnya sudah berpunya. Bertapa luruhnya hati aku, hanya tuhan sahaja yang tahu.Tapi, dia masih mr cool aku. Aku tak marah dia.Memang sakit hati ini bila difikirkan. Tapi, aku masih waras, di bukan milik aku. Dia hanya pinjaman dari NYA. 


          Dia kenalkan aku dengan GF dia. Baik orangnya. Lembut, cantik, sopan, bertudung, pandai mengaji dan paling penting cukup didikan agamanya. Aku kagum. Terlalu kagum. Berbeza dengan aku. Macam langit dengan bumi. Aku malu dengan diri aku sendiri.


          Dia kenalkan aku as a cousin. Dia taknak lukakan hati GF dia, lagipun tahun ni, dia akan ambil STPM. Mr cool tak nak semangat dia down. Aku faham, aku tak marah sebab dia jujur. Cuma hati aku hancur. Kenapa tak dari dulu dia bagi tahu perkara sebenar ?? kenapa baru sekarang ?? aku rasa hina sangat, macam aku dah rampas hak orang. Aku perempuan, dia pun perempuan. Aku tak sanggup lukakan hati kaum aku sendiri.


          Sampai bila aku nak menipu diri aku, mr cool selalu pesan, JANGAN BAGI TAHU DIA DULU, BIAR DIA HABISKAN STPM, NANTI SEMUANYA DAH SETTLE, BARULAH KITA BAGI TAHU DIA. 
          Aku dengan GF dia jadi kawan baik. Kalau lah dia tahu, orang yang aku selalu cerita tu BF dia juga, mesti hancur luluh hati dia. Aku mula give up, aku nak pulangkan hak dia. Aku bukan sapa – sapa bagi dia. Siti aisyah ramli adalah segala – galanya.


          Aku jujur dengan GF dia. Memang, aku kena terima apa yang berlaku. dia memang marahkan aku. Aku terima, salah aku bercinta dengan hak orang. Tapi aku pelik, mr cool langsung tak marah lepas tahu aku sendiri yang bagi tahu dia, dia tak penah tinggi suara bila bercakap, even marah or what masih lagi nada yang sama.
          Memang sakit untuk terima semua ni. Aku cuba terima hakikat, yang aku takkan terima dia lagi, aku kena buang dia dari relung hati ni, aku kena buang perasaan cinta dan sayang ni jauh – jauh.


          Sampai satu tahap, mama perasan perubahan aku, aku makin kurus, pendiam, aku jatuh sakit lagi. Memang, semangat aku dah hilang, dah pergi jauh dari aku. Dugaan yang terlalu berat dalam hidup aku, orang yang aku sayang, pergi tinggalkan aku lagi.mungkin semuanya dah tertulis, takdir aku. sekarang, aku Cuma punyai mama. mama yang selalu teman aku. Nasihatkan aku. Bagi semangat pada aku. Mama selalu pesan “ KAKAK MASIH ADA ALLAH, MASIH ADA MAMA, KAKAK JANGAN PERNAH PUTUS ASA, EVEN MAMA DAH TAK ADA LAGI KAT DUNIA NI, TETAP KENA TERUSKAN KEHIDUPAN. ALLAH TU SENTIASA ADA UNTUK KAKAK ”



          Mulai saat ni, 28 sept 2011, aku betul – betul akan buang dia dari hidup aku, dari relung hati aku. Aku takkan ingat dia lagi. Takkan pernah berharap untuk dia jadi milik aku semula. Aku berdoa, semoga, dia bahagia dengan hidup dia. Amin.


          MENCINTAI SESEORANG bukanlah bermaksud MEMILIKINYA. Jika KITA BENAR – BENAR MENYINTAINYA, SESIAPA SAHAJA PILIHANNYA, TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA dan DOAKAN KEBAHAGIAANNYA. Itulah, CINTA SEJATI.
          Terima kasih MHBH engkau dah banyak gembirakan aku selama ni. Kenal kau, adalah suatu kenangan terindah dalam hidup aku.

          Terima kasih kerana membaca.....=)

4 ulasan: