SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Jumaat, 1 Jun 2012

Cinta yang terakhir


  



“Jangan kau ingat bila kau dah kahwin dengan anak aku ni..aku akan suka dengan kau..lagi aku benci tahu tak….!!,aku lakukan semua ni demi anak aku..aku tak nak kehilangan anak tunggal aku…apa yang kau dah buat pada anak aku ha..sampai dia sayang kau sangat..entah-entah kau dah bomohkan anak aku kan..”Pn.Marlia mencemuh Afifah dengan kata-kata yang amat menghiris perasaan wanita yang duduk di hadapan nya itu..

Bimbang anaknya,Hakim yang berada di dapur…mendengar kata-kata yang di luahkan pada menantunya itu..suaranya di perlahankan tetapi amaran dan tuduhan yang di lemparkan pada Afifah sudah cukup buat wanita itu tersentak dan hanya tertunduk melihat permaidani..

“Sukalah kau kan dapat duduk rumah sendiri…puaslah hati kau berjaya hasut anak aku pindah rumah…kau ingat kalau kau berdua dah pindah rumah..aku tak kan dapat jodohkan si Hakim dengan calon menantu yang aku nak….apa entah yang Hakim pandang kat kau ni..perempuan yang tak tahu mana asal usul…dari mana ntah di kutipnya…!!”Puas rasa hati Pn.Marlia apabila berjaya melempiaskan semua kata-kata yang tersimpan lama di dalam hati apabila menantu itu bukan la dari ciri yang di mahukan…malah tidak di ketahui asal usulnya…

Afifah hanya mampu diam…dia tidak mahu melawan walaupun hatinya terasa mahu melawan kata-kata yang di hamburkan padanya…memikirkan itu ibu mertuanya..ibu kepada suami yang tersayang…dipendam rasa hati…masih ada rasa hormat untuk wanita di hadapannya kini..dia sedar dia bukan di kalangan orang berada…dia sendiri tidak mengetahui asal-usulnya..siapa ibu bapanya kerana sebaik sahaja dia lahir…dirinya di serahkan di rumah kebajikan…dan dia tidak pernah menyesali jalan hidup yang di tentukan…baginya..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi…

“Ibu…minumlah air tu..kenapa tak minum…tak sudi ke minum air yang menantu ibu buat ni…sedap taw...” Hakim yang datang dari dapur menyapa ibunya….dia melihat isterinya hanya tunduk diam manakala ibunya memandang sinis isterinya itu..bukan dia tidak tahu yang ibunya tidak menyukai Afifah..tetapi dia tetap berdegil mahukan Afifah menjadi isterinya…dia tahu yang ibu mahu menjodohkan dirinya dengan anak kawan baik ibu…Azian..tetapi hatinya tidak berapa berkenan dengan sikap  mengada-ngada anak kawan baik ibunya itu..hatinya terpaut pada Afifah bukan sahaja mempunyai wajah yang manis..malah sikap dan caranya juga sentiasa menyenangkan hati Hakim…

“Ibu nak minumlah ni…kau Hakim pindahlah balik rumah ibu…kesian ibu tinggal sorang..”Rungut Pn.Marlia..

“Alah ibu ni..ibu bukan duduk sorang,bibik kan ada temankan ibu..lagipun Hakim nak merasa hidup berdikari..nak juga rasa tanggungjawab bila dah ada isteri ni”Hakim menjeling Afifah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

“Ibu bukan apa…dah selalu kau je yang teman ibu pergi sini sana…ibu sunyi la..kalau kau duduk rumah ibu..bolehlah Afifah teman kan ibu…nak harapkan bibik yang temankan ibu..dia sibuk nak buat kerja rumah..ibu nanti bosan la….”Pn.Marlia masih cuba untuk memujuk anak kesayangannya itu.

“Ibukan banyak masuk persatuan…kalau saya pindah rumah ibu pun..bukan ibu selalu ada rumah..melancong sana..melancong sini…same juga…bagilah saya peluang untuk rasa hidup berdikari ibu..”Hakim memberi alasan supaya ibunya memahami apa yang dia mahukan…bukan tidak mahu duduk dengan ibu kesayangannya itu tetapi dia ingin merasai hidup berdikari bersama isteri tercinta…

“Hurm ikut kaulah Hakim..ibu nak paksa lebih-lebih pun kalau kau dah tak nak..tak nak juga kata kau….perangai kau same je dengan arwah ayah kau…terpulanglah”.Akhirnya Pn.Marlia mengalah juga…

Sebenarnya Pn.Marlia bukan bersungguh-sungguh mahukan Hakim berpindah di rumahnya kembali untuk menemaninya..tetapi ada agenda lain yang ingin di laksanakan..dia ingin membuat Hakim mengahwini pilihan menantu yang telah di tetapkan untuk anak nya itu…janji pada kawannya Datin Shila harus di patuhi..dia menantu yang tahu asal usulnya bukan seperti Afifah…dia mahu Afifah pergi dari keluarganya…dia mahu Hakim membenci  Afifah..

“Ibu balik dululah…malam ni ibu nak jumpa kawan sekejap…kalau ada masa balik rumah..jangan pulak dah kahwin ni lupa jalan balik ke rumah”Pn.Marlia memandang sinis Afifah sambil berlalu keluar..Hakim mengekori ibunya di ikuti Afifah…

Mata Afifah tidak lepas melihat kereta yang di pandu ibu mertuanya hingga hilang dari pandangan..dia mengeluh perlahan…

Hakim yang terdengar keluhan isteri kesayangannya itu hanya tersenyum pahit..dia tahu apa yang terbuku di hati isterinya…perlahan-lahan dia mengapai tangan isterinya….isyarat untuk memberi semangat pada isterinya supaya kuat untuk menjalani hidup bersama dirinya..

“Kita doakan ibu tu terbuka hatinya terima awak ye sayang..sabarlah…abang sayang awak…sebab abang tahu awak kuat untuk hadapi semua ni…abang ada untuk awak..dah jangan sedih…senyum sikit…”Hakim mencuit manja hidung isterinya.

Melihat Afifah tersenyum..sudah cukup melegakan hati Hakim…baginya Afifah adalah kekasih yang telah buatnya tidur tak lena sejak pertama kali berjumpa di kedai buku yang merupakan tempat isterinya bekerja dahulu…begitu payah untuk memenangi hati isterinya..setiap hari dia pergi ke kedai buku itu untuk melihat wajah gadis yang telah mengetuk pintu hatinya…dan dia bernasib baik apabila Afifah memberi peluang untuk mengenali dirinya…dan kini dia telah berjaya memiliki diri gadis itu.

Hari-hari yang dijalani oleh Afifah dan Hakim makin ceria…Hakim amat menyenangi layanan Afifah kepada dirinya walaupun kalau orang lain melihat seperti 'queen control'…kerana setiap kali Hakim mahu ke tempat kerja mesti Hakim di bekalkan dengan nasi dan lauk…baju di sediakan….Hakim di layan seperti raja..dan di bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami…di waktu dia berasa penat dan tertekan dengan kerja yang ada di pejabat…apabila pulang ke rumah dia berasa tenang..melihat senyuman Afifah dan dengan kata-katanya yang sentiasa lembut buat Hakim berasa selesa berdamping dengan isterinya tak kira waktu…..bagi sesetengah lelaki apabila tertekan mereka tidak mahu pulang ke rumah tetapi tidak bagi Hakim..semakin dia rasa tertekan semakin dia ingin cepat pulang ke rumah…kerana Afifah juga merupakan pendengar dan penasihat yang baik…selalu masaalah yang mereka lalui di hadapi bersama…mereka yakin kebahagiaan milik mereka…sehinggalah sebulan kemudian..Hakim telah di hantar untuk mengikuti kursus di Serawak untuk 3 minggu….jadi peluang itu di gunakan sebaik mungkin oleh Pn.Marlia untuk memulakan agendanya untuk mengusir Afifah dari hidup mereka sekeluarga…peluang itu tidak di lepaskan…

“Hakim,sementara kau pergi kursus ni..biarlah mak duduk di rumah kau temankan Afifah ni..kesian dia sorang-sorang nanti..nak suruh dia duduk rumah mak memanglah dia tak nak…” Pn.Marlia berkata sebaik sahaja Hakim memberitahu yang dia perlu menjalani kursus selama tiga minggu di Serawak..
“Boleh juga tu mak…Hakim tak kisah…Afifah juga tak kisah..betul tak?”.Hakim memandang Afifah meminta persetujuan…
“ Boleh mak…rumah ni rumah mak juga…saya tak kisah…lagi suka nanti dapat saya teman berbual”.Afifah tersenyum dalam resah…setelah lebih setahun bersama dengan suaminya dan hidup sebagai menantu Pn.Marlia baru hari ini ibunya mahu tersenyum dan menawarkan diri untuk menemaninya ketika suaminya tidak berada di rumah..dalam resah dia cuba memikirkan yang baik-baik sahaja..mungkin Pn.Marlia telah berubah..dan mula mahu menerima dirinya…

“Ha eloklah kalau korang berdua dah setuju..nanti lagi dua hari ibu datang ke rumah kau…”Pn.Marlia memberi kata putus…tidak di hiraukan wajah bingung anak dan menantunya yang mungkin terkejut dengan perubahan dirinya yang mulai mahu menerima Afifah…bukan dengan ikhlas hati tetapi terpaksa demi melunaskan agenda yang ingin dilakukan..hatinya sakit apabila anak yang disayangi tidak mahu mendengar kata dan rela memilih jalan hidup sendiri dengan orang lain sedangkan dahulu Hakim adalah anak yang menurut kata….Baginya Afifah telah merampas Hakim daripadanya..


Mengalir air mata Afifah ketika mengiringi suami tercinta di muka pintu….3 minggu tidak berjumpa akan membuat Afifah menjadirindu pada suaminya..

Hakim berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta tapi apakan daya apabila tuntutan kerja perlu dilaksanakan demi kehidupan mereka berdua juga…perlahan dia mengesat airmata isterinya…Pn.Marlia yang berada di ruang tamu hanya melihat adegan suami isteri yang mencucuk hatinya….meluat rasanya apabila melihat menantunya itu menagis…seawalpagi dia telah sampai ke rumah anaknya…Nampak sungguh hati yang penuh hasad dengki ingin melihat sengsara di mata orang lain…

“Janganlah menangis sayang..abang pergi sekejap je kan….nanti dah sampai abang call ok??jage diri baik-baik..apa-apa nanti call abang..”

“Abang,hati-hati taw…jangan lupakan saya…saya taw la kat Serawak tu ramai perempuan cantik….jangan lupa saya taw….hati-hati..saya selalu ada untuk abang”Tersedu-sedu Afifah ketika bercakap…berat sungguh hatinya melepaskan suami tercinta pergi walaupun hanya 3minggu..

“Ye abang tahu…alah abang tak heran la..isteri abang seribu kali cantik dari dieorang semua..hati abang untuk awak sorang je..dah jangan nangis…abang tak suka…”Hakim tergelak kecil mendengar rungutan isterinya...cemburu itu tandanya sayang...

“Ha..Hakim..korang ni dah cukuplah nak bermanja-manja depan aku…Hakim kau ni tiket pukul berapa..karang kau terlepas flight nanti baru tahu”…Tidak tahan melihat adegan yang membuat Pn.Marlia panas hati…cepat-cepat dia menyampuk perbualan suami isteri itu..

“Yela ibu..saya pergi dulu ye..ibu jage diri….awak pun jage diri tau..”Hakim berlalu selepas menyalami tangan ibunya..

Afifah hanya melihat suaminya masuk ke dalam perut teksi yang menunggu Hakim untuk pergi ke lapangan terbang…

“Dah,kau tak payah lah sedih sangat…laki kau bukan pergi matipun..dia pergi cari duit untuk kau..kau ape tahu..perabis duit anak orang je..bukan menyenangkan..menyusahkan lagi adalah..”Nah….tembelang Pn.Marlia telah bermula…

Afifah tersentak apabila mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut ibu mertuanya itu…dia berkira-kira bahawa ibu mertuanya telah mahu menerima dia dua hari yang lepas apabila menawarkan diri untuk menemaninya di rumah sepanjang ketiadaan suami tercinta..tetapi apabila suaminya telah tiada di rumah…tembelang ibu mertuanya satu persatu telah tersingkap…seminggu yang pertama..Afifah di suruh dan di layan tak ubah seperti orang gaji..setiap malam Pn.Marlia akan menyuruh Afifah mengurut kakinya…membuat air untuk dirinya…Afifah hanya menurut sahaja apa yang disuruh oleh ibu mertuanya…baginya mungkin dengan cara ini dapat melembutkan hati orang tua itu..tetapi telahan Afifah tersilap…

Minggu yang kedua…Afifah mulai terasa tidak sedap badan..badan terasa lemah..dan tekaknya terasa mual….melihat keadaan Afifah begitu telah menimbulkan kerisauan pada Pn.Marlia..dan kebimbangan Pn.Marlia menjadi kenyataan apabila Afifah disahkan telah hamil 4 minggu…mendengar berita gembira itu Afifah ingin berkongsi  bersama suami tercinta tetapi cepat di halang oleh Pn.Marlia…

Alasan Pn.Marlia menghalang Afifah untuk memberitahu Hakim tentang kandungan itu adalah supaya Afifah dapat membuat kejutan di hari lahir Hakim seminggu sahaja lagi…yang juga merupakan hari Hakim pulang dari berkursus…Afifah termakan juga dengan alasan yang diberi oleh ibu mertuanya itu…sedangkan dia tidak tahu bahawa ibu mertuanya itu ingin menghancurkan kebahagiaan dirinya dan rumah tangganya….hanya senyuman yang terukir di bibir Afifah menanti kepulangan suami tercinta untuk memberi hadiah yang tidak ternilai dan pengikat kasih antara mereka suami isteri..….begitu juga terukir senyuman di bibir tua Pn.Marlia….dapatlah ia meneruskan rancangan walupun terpaksa di tukar sedikit..sungguh kejam hati tua itu....hatinya telah hilang sifat belas kerana telah di kaburkan dengan perasaan dengki dan amarah..... 

Pn.Marlia membeli ubat untuk mengugurkan janin yang ada di kedai berdekatan dan mebeli herba-herba yang merbahaya untuk wanita yang hamil…tujuannya untuk menggugurkan kandungan Afifah yang masih awal dan senang untuk di gugurkan…dia harus melakukan dengan cepat sebelum anaknya Hakim pulang...

Sejak mengetahui dirinya di sahkan hamil..ibu mertuanya berubah sikap dengan tiba-tiba…dia tidak di benarkan memasak malah mengemas rumah pun tidak boleh sama sekali..dan dalam keadaan dirinya yang lemah akibat 'morning sickness' yang di alaminya…dia berasa bersyukur kerana ibu mertuanya sudi membantu dirinya..sedangkan dia tidak tahu bahawa setiap kali dia makan,Pn.Marlia pasti meletakkan ubat yang di beli ke dalam makanan itu..dan air herba yang di rebus itu dikatakan pada Afifah adalah air herba yang khas untuk ibu hamil untuk menguatkan rahim.....Afifah yang tidak tahu apa-apa hanya diam dan menurut apa sahaja yang di suruh oleh ibu mertuanya kerana baginya Pn.Marlia lebih mengetahui tentang hal ini…

Tetapi syukur Alhamdulillah…mungkin niat jahat Pn.Marlia untuk menggurkan kandungan menantunya tidak berjaya…tetapi itu tidak mematahkan niatnya untuk menghancurkan kebahagiaan menantunya…dia  berusaha lagi dengan meletakkan sabun di dalam bilik air dengan harapan Afifah akan terjatuh dan menyebabkan keguguran…Afifah telah pulih sedikit dari pening dan mualnya itu,telah mula membantu mengemas rumah…dan hari ini merupakan hari kepulangan suaminya yang tercinta….sementara dia menyediakan makanan kegemaran suaminya tiba-tiba terdengar jeritan suara ibu mertuanya dari dalam bilik air..Afifah bergegas ke bilik air dan melihat ibu mertuanya telah terjatuh…melihat keadaan permukaan lantai tandas yang licin Afifah berhati-hati berjalan untuk memimpin ibunya…fikirannya binggung..apakah yang ibu mertuanya lakukan dengan sabun yang banyak di lantai..melihat kaki ibu mertuanya terseliuh…Afifah cepat-cepat mahu meminta bantuan jiran mengangkat ibunya untuk di bawa ke klinik kerana dia tidak tahu memandu untuk dibawa ke klinik berdekatan…dan Pn.Marlia cepat menahan Afifah..katanya dia mampu untuk bangun dan pergi ke klinik sendiri…

Dengan susah payah,Pn.Marlia terhencut-hencut pergi ke kereta untuk ke klinik….Afifah ingin menemani Pn.Marlia tetapi dihalang..kata ibu mertuanya tunggu sahaja Hakim balik….tidak perlu risaukan dirinya…Afifah tidak dapat melakukan apa-apa apabila Pn.Marlia berkeras untuk pergi seorang diri…

Malam itu…Afifah menunggu suaminya yang tercinta pulang ke rumah…ibu mertuanya pula tadi menelefon bahawa dia pulang ke rumah dan tidak ada apa-apa yang terjadi padanya…Afifah melepaskan nafas lega apabila mendengar bahawa ibu mertuanya tidak apa-apa….lamunannya terganggu apabila mendengar bunyi loceng di pintu rumah…Afifah berlari anak ingin membuka pintu..pasti itu suaminya…sebaik sahaja dia membuka pintu bukan senyuman yang dihadiahkan oleh suami yang di rindui tetapi sebuah tamparan…
Afifah tersentak…dan terkejut dengan apa yang berlaku…kenapa die di tampar…

“Aku kutip kau jadi isteri aku…aku sayangkan kau..aku tatang kau bagai minyak yang penuh tapi kau sanggup inaya ibu aku…!!” Melengking suara Hakim di ruang rumah mereka….hatinya menjadi marah apabila diberitahu oleh ibunya bahawa Afifah sengaja menolak ibunya di dalam bilik air dan menghalau ibunya keluar dari rumah dalam keadaan kesakitan…mulanya dia tidak percaya…dan apabila sampai sahaja di rumah ibunya..dia melihat kaki ibunya bengkak berbalut…kecewa dengan apa yang di dengar mendorong Hakim hilang kawalan lantas menampar isteri yang selama ini tidak mahu di sakiti…

“Apa salah saya abang…???...kenapa tampar saya…”Hanya itu yang terkeluar dari mulut Afifah..airmata sudah bertali arus mengalir di pipi….

“Apa salah kau…???apa salah kau tanya???!!!..hey  perempuan aku boleh terima kalau kau sakitkan hati aku..tapi aku tak boleh trima kalau kau sakitkan hati ibu aku..patutlah selama ni ibu aku tak suka kau..inilah perangai kau yang sebenarnya….aku tak nak tengok muka kau lagi..kau boleh berambus!!!”Hakim menolak badan Afifah hingga terjatuh…

“Abang..abang…ampunkan saya abang…sumpah demi Allah saya tak inaya ibu abang..saya minta maaf abang..jangan buat saya macam ni abang…tolonglah abang..saya dah taka da sesiapa dalam dunia ni abang…ampun bang”..Teresak-esak Afifah memeluk kaki Hakim…tetapi tidak di endahkan….Hakim menolak keras Afifah hingga keluar pintu…dengan sekuat hati dia menghempas pintu dan menguncinya…tidak di pedulikan rintihan si isteri yang meminta dibuka kan pintu..

Dan di luar perkarangan rumah…di dalam sebuah kereta..ada insan yang tersenyum puas melihat kehancuran yang  berlaku sekejap sahaja lagi….tidak di endahkan sakit dii kakinya…baginya kesakitan ini berbaloi dengan apa yang telah terjadi…hatinya puas dengan apa yang berlaku….di hidupkan enjin kereta dan kereta bergerak laju menuju ke rumahnya..dia ingin tidur lena kerana selepas ini dia akan dapat  kembali anaknya…dan hasrat ingin bermenantukan anak kawan baiknya pasti akan tercapai...

Hakim telah mengemas baju dan barang-barang milik isterinya..walaupun hatinya sayang..dia terpaksa melakukan demi mengajar isterinya itu..tidakkah isterinya tahu yang dia amat menyayangi ibunya…ketika mahu turun ke ruang tamu…tidak lagi kedengaran ketukan dan hanya mendengar bunyi esakan memintanya membuka pintu…ketika melalui ruang tamu dia terlihat ada sekeping sampul surat..rasa ingin tahu dia mengambil sampul surat itu lantas membukanya..terasa luruh jantungnya pabila melihat kandungan surat itu…isterinya hamil…dengan sekelip mata dia berlari ke pintu untuk mendapatkan isterinya…sesalan terasa apabila mengetahui isterinya dalam keadaan seperti itu….dan lebih terasa seperti ingin meraung apabila melihat ada darah yang mengalir di celahan kaki isterinya…airmata seperti mahu jatuh apabila melihat Afifah bersusah payah mahu menggapai tangannya…
“Aba..abang…sumpah demi Allah saya tak buat semua tu….ini…semua salah…faa…fahammm…”Tersekat-sekat penjelasan yang mahu di berikan walaupun payah..

Tanpa kata apa-apa…Hakim mencempung badan isterinya….memasuki kereta…tidak sampai beberapa minit kereta telah meninggalkan perkarangan rumah…airmata lelakinya jatuh juga apabila melihat isteri di sebelah lemah menahan sakit akibat dirinya..berpunca darinya…suami jenis apakah dia…

“Abang..aaa..aabb..abang….maafkan ss..ssaaayyyaa tak..??”..Lemah suara Afifah antara dengar atau tidak...terasa seperti ingin menjerit apabila mendengar isteri yang baru saja di maki meminta maaf dalam kesakitan..luluh hatinya apabila dengan perlahan Afifah meletakkan tangan yang digengam ke perutnya..
“Anak kita bang…hadiah untuk hari lahir abang..tapi abang maafkan saya….saya tak dapat jadi isteri yang baik.....saya letih…saya minta maaf…”Afifah berkata dengan nada yang lemah…

Hakim tidak mampu bersuara…hanya airmata dan esakan menemaninya di sepanjang jalan menuju ke hospital…

Sampai sahaja di hospital…Hakim bergegas menemani Afifah ke wad kecemasan..dan matanya terkaku pada satu tubuh yang baru di usung masuk ke dalam wad kecemasan juga......ibu..!!!

Pn.Marlia telah terlibat dalam kemalangan…ibunya di sahkan koma…barang-barang berharga di serahkan kepada Hakim…sementara menunggu isteri dan ibunya…Hakim telah terjatuhkan beg milik ibunya…dan matanya terkaku pada satu botol yang jatuh di kakinya…hanya airmata yang mengalir apabila mengetahui hakikat yang ibunya mahu anak di dalam kandungan Afifah gugur apbila terbaca kertas yang ada di atas botol itu…dan lebih kesal apabila dia tanpa usul periksa menghukum isterinya hingga membuat isterinya dalam keadaan begini..lamunan nya terganggu apabila doctor memanggil dirinya untuk memberitahu keadaan Afifah…


“En.Hakim…isteri awak mengalami pendarahan yang serius…Pn Afifah dalam keadaan kritikal,kami dah cuba yang terbaik…tetapi tuhan yang menentukan..berdoalah supaya  Allah selamatkan isteri Encik…dan maaf sekali lagi,..kami tidak dapat menyelamatkan kandungan isteri encik kerana kandungannya dalam keadaan lemah ketika terjatuh…harap encik bersabar..”

Hakim hanya mampu tertunduk apabila mendengar kata-kata doctor..terasa ingin memutarkan masa kembali….mengharapkan semua ini tidak pernah terjadi…

Dengan lemah dia menolak pintu wad yang dikhaskan untuk isterinya..melihat keadaan isterinya yang lena tidur..tenang…tersayat hatinya apabila teringat kata-kata isterinya..

“Abang…kalau saya nanti..saya nak hembuskan nafas terakhir saya di pangku abang….kerana setiap nafas ini hanya ada nama abang..suami saya dunia akhirat…”

Perlahan-lahan Hakim memangku isterinya……dengan sendu yang tidak dapat di tahan.....

“Sayang..abang maafkan sayang….maafkan abang sebab tak dapat jadi suami yang baik..abang gagal menjaga sayang….sayang..abang halalkan makan minum awak..abang tahu awak dah terlalu penat untuk lalui semua ini…abang redhakan awak pergi….”Teresak-esak ketika Hakim melafazkan kata-kata itu…

Mengalir airmata di pipi Afifah…Hakim tahu isterinya dapat mendengar suaranya walupun tak berdaya membuka dan mebalas kata-katanya….perlahan-lahan Hakim mengajarkan dua kalimah syahadah di telinga isteri tercinta…dada Afifah berombak perlahan….dan semakin lama semakin sepi..dan sepi…Afifah meninggalkan Hakim untuk selamanya….Hakim hanya mampu menitiskan airmata…lantas mencium dan memeluk tubuh kaku isterinya..seakan tidak mahu di lepaskan lagi….penyesalan yang tidak berkesudahan….

Kini setelah 2 tahun pemergiaan isteri tercinta….dan Pn.Marlia telah disahkan lumpuh separuh badan.,.mungkinkah ini balasan yang di terima kerana perbuatannya menginya anak yatim dan hasad dengki yang ada di dalam hati telah memakan diri sendiri...dia juga kehilangan kasih seorang anak..Hakim semakin jauh darinya.....Hakim telah membawa diri..kesal dengan perbuatan ibunya…dia hanya pulang ke rumah ibunya apabila di pujuk oleh pembantu rumah….Pn.Marlia hanya mampu mengalirkan airmata melihat anak yang di sayangi kini menjauhkan diri..dan keadaan diri yang tidak lagi seperti dulu…mungkin inilah balasannya..…

Semoga dijadikan iktibar....jika melakukan sesuatu perkara kita haruslah memikirkan akibatnya..sabar itu yang penting..sesungguhnya..kehilangan itu amat menyakitkan...=(

4 ulasan: