SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Ahad, 10 Jun 2012

Cinta dalam hati....(aku kini menjadi kerinduannya)
















Kata orang…perempuan yang melamar lelaki merupakan amalan yang terpuji….jadi aku nak kongsi cerita…hurm..cerita yang apa perasaan korang kalau menjadi watak dalam cerita ni…maaf jika cerita ini tak sempurna...cinta yang tak terluah...

Nama ku  Arissa…..aku merupakan seorang pelajar lepasan diploma….ibu dan ayah menyuruh aku untuk menyambung pelajaranku keperingkat ijazah..tetapi aku menolak dengan baik cadangan mereka kerana aku lebih berminat untuk bekerja…jadi dengan segengam diploma yang aku miliki aku telah berjaya mendapat jawatan yang agak baik dalam sebuah syarikat di bandar Melaka…jawatan yang aku miliki sesuai dengan diploma yang aku ada….dalam masa sekarang susah untuk kita dapatkan pekerjaan yang baik tanpa pengalaman….jadi aku perlu bersyukur untuk semua yang telah aku kecapi….okay….jadi ceritanya begini…

Hari pertama aku mula bekerja aku telah diperkenalkan kepada pekerja-pekerja yang berada di situ…mulanya aku agak pendiam kerana suasana yang asing dan baru bagi aku..tak kan lah aku nak terus beramah mesra macam dah setahun kenal….aku tak mahu di cop GEDIK oleh pekerja di situ….hari pertama aku telah di beri tunjuk ajar oleh Kak Kamila….orangnya manis dan baik walupun agak tegas sewaktu mengajar aku….dari situ aku mula mengenali rakan-rakan yang lain….ya aku akui…aku orang yang termuda bekerja di bahagian itu…yang lain semua akak dan abang..aku happy bila aku di terima baik masuk dalam keluarga mereka….setelah seminggu bekerja di situ aku mulai selesa dengan suasana berada di tempat kerja dan orang di sekeliling aku..dan aku tidak lagi menjadi orang yang ‘segan-segan kucing’la katanya....aku rasa enjoy bila bekerja bersama mereka…selalu membetulkan di kala kita silap…

Kak Kamila dan abang Syafiq merupakan sepasang kekasih yang juga salah seorang pekerja di  pejabat tempat kami bekerja…kami saling mengenali….dari mereka juga aku mengenali  Fatih….rakan sekerja aku..mulanya dia yang aku kenali…pandangan pertama aku ialah “sombongnye mamat ni..menyampah aku..ingat handsome la tu…”…mana kan tidak aku cakap macam tu..aku senyum dia buat tak tahu..aku pandang dia buat tak nampak…tapi sampai satu masa aku kena bantu dia buat kerja sebab ada tender yang di tugaskan untuk kami..barulah aku dapat ubah persepsi aku tentang mamat ni…dia sebenarnya tak sombong …tapi dia jenis tak kan layan perempuan yang dia tak kenal…makin lama kami makin rapat..tapi taklah serapat mana…atas dasar kerja sahaja…lagipun aku tahu dia sudah berpunya…dan aku tak nak jadi fitnah bila nanti kalau orang lihat kami ni berkepit ke mana-mana…

Setelah mengenali Fatih..baru aku tahu…dia seorang yang kuat mengusik…taka de perasaan bila mengacau orang…dan sangat mengambil berat….dan untuk pertama kalinya..terbuka pintu hati aku untuk dia yang selama ni dah lama tertutup untuk lelaki lepas kena tinggal dengan bekas kekasih aku….aku tak tahu sejjakbilaaku mulai jatuh hati pada dia…dan aku tak tahu sejak bila aku nak tengok muka dia setiap hari….dan aku tak kisah bila dia membuat aku geram dengan perangainya…mungkin usikan kawan-kawan yang buat aku rasa sesuatu…..dan sikap ambil berat Fatih terhadap aku..walaupun aku tahu cinta aku tak mungkin akan bersambut kerana cinta dia masih di miliki oleh orang lain..beruntung perempuan tu sebab Fatih seorang yang setia…walaupun aku tengok ramai yang nak try dia…tapi dia buat tak layan..kadangkala aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya…

Aku tak tahu sejak bila aku jatuh hati pada Fatih..yang aku tahu rakan-rakan mula mengusik aku kerana setiap hari mesti aka nada cerita berkaitan Fatih yang terkeluar dari mulut aku..Fatih itu…Fatih ini…dan apabila aku tersedar yang aku menyebut nama mamat tu tanpa sedar di hadapan rakan2..aku termalu sendiri…dan ya aku tahu cinta ini tak akan mungkin terjadi kerana aku menyintai milik orang…aku tak sanggup merampas hak orang….biarlah aku pendam semua rasa mengharapkan dia tahu yang aku juga menyukainya….nak berterus terang….dia tu hak orang….nanti apa pula dia kata….biar je lah…Kak Mila pernah cakap kat aku… “kalau ade jodoh kau dua orang tak akan kemana”…..ya aku akur dengan semua itu….biarlah cinta yang aku lalui ini cinta dalam hati…

Dan aku masih ingat satu situasi ketika kami sedang bekerja..kami bertikam lidah kerana dia mengusik aku dengan mengatakan yang aku suka kan pakcik jual air kat tepi jalan depan pejabat kami…

“Mila..kau nak tahu..ada orang tu suka dekat pakcik Seman jual air tu…tiap-tiap hari beli air kat situ….kadang-kadang pakcik tu bagi diskaun lagi…aku dia tak bagi”Fatih sengaja menguatkan suaranya bila menyebut perkataan ‘pakcik Seman’…

“Sape??..sape???...”Kak Mila sengaja bertanya seolah-olah dia tidak tahu siapa yang di maksudkan Fatih….

“Ewah-ewah…dasar babun kau ni….bila pulak aku suka orang tua tu..kau mulut baik sikit k….cakap je la kau jelous dengan aku kan….”Bercekak pinggang aku sambil bercakap…Kak Mila dah tersenyum-senyum…

“Atleast aku ni tak da macam kau..selera orang tua!!..hahahahha” Fatih tergelak…dia sengaja menyakitkan hati aku…entah apa yang dia dapat ntah kalau menyakat aku…

“Eh sape selera orang tua ha…sape??sape??”Aku sengaja membulatkan mata..

Ppppaaapppppp!!!

“Adeh….”.Hanya ayat tu je yang terkeluar dari mulut aku….pening lalat aku kejap..sakit dahi aku di tepuk dengan Fatih..

“Ha..padan muka kau jendul..hahahahaha”.Fatih tergelak-gelak bila melihat muka aku yang semakin memerah menahan geram…

“Padan la..hari-hari bergaduh…pantang jumpa mesti bertekak….kau kacau-kacau si Arissa ni…jadi bini kau baru padan muka….”Sempat Kak Mila mengenyit mata pada ku…aku hanya terdiam sahaja menahan malu…

“Ah…tak nak aku…perempuan dangdut ni”Fatih menjeling aku…sengaja menyakitkan hati aku lagi…

“Eh..aku pun tak hingin la jantan keberet cam kau ni” Ingat aku nak mengalah…sorry la bro…aku tak kan kalah di tangan kau…hahaha..

Kak Mila hanya mampu mengeleng dalam senyuman…dia sedia tahu yang kami akan bertekak apabila berjumpa..ada sahaja yang tak kena….bukan di namakan Fatih dan Arissa kalau diam tanpa bertikam lidah….

Setelah setahun bekerja di syarikat itu..aku telah di tawarkan untuk bekerja di syarikat lain dan gaji yang amat lumayan…aku berasa serba-salah untuk meninggalkan pekerjaan yang aku ada sekarang dan rakan-rakan di situ..tak mungkin aku dapat keluarga seperti itu di mana-mana tempat aku bekerja lepas ni…tetapi aku juga perlu memikirkan masa depan aku…dan yang paling buat aku merasa berat untuk berhenti…adalah Fatih….saban hari selama setahun aku akan lihat wajah dia kecuali kalau cuti…aku dah terbiasa di usik dengan dia….hati aku terasa payah untuk berjauhan dengan dia….aku dapat rasakan dia tahu yang aku menyukainya…..tetapi dia milik orang….aku tidak mahu berlebih-lebih…

Aku mengajak kawan-kawan aku lepak bersama-sama memandangkan lagi beberapa hari  lagi aku akan berhenti kerja…ya haruslah aku mengajak Fatih….aku mahu dia ada…kadangkala aku rasa bersalah menyukai dan menyayangi hak orang…tapi apakan daya…hati dah kata sayang…biarlah aku pendam…

“Kak Kamila..nanti  jangan lupakan saya taw….kalau ada masa lapang….kita lepak sekali..dengan abang Syafiq….”Aku memaut manja lengan kak Mila..

“Yee dik…akak akan rindukan awak….”Kak Mila tersenyum..

“Ha kau Fatih…aku dah nak berhenti ni….kau mesti rindu aku nanti kan…hehehhe”..Aku menegur Fatih apabila aku melihat dia termenung….

“Eh sape nak rindu kau ni???..orang lagi nak kau pergi…tak adanye la orang nak rindu kau”.Fatih memandang aku dengan muka yang memang minta penampar sulung aku betul la…

“Oh ok tak ape la macam tu..aku sedar aku siape…”.Sedikit sebanyak..tersentuh hati aku apabila mendengar kata Fatih..seolah-olah aku ni memang tak di perlukan….

“Tak pe Arissa…nanti jangan pula aku dengar ada orang mintak kunci nak ambil kau kat rumah ajak keluar”.Kak Mila menyindir Fatih….Abang Syafiq hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata kekasihnya….

Fatih hanya terdiam apabila di sindir oleh Kak Kamila…

Setelah sebulan aku bekerja di tempat baru…aku telah menerima undangan dari Kak Mila dan Abang Syafiq ke majlis perkahwinan mereka…aku amat gembira menerima perkhabaran itu….mereka tidak bertunang…Kak Mila mahu bernikah terus….katanya itu lebih senang…yang pentingnya nikah…tidak sabar rasanya untuk melihat Kak Kamila menjadi raha sehari….
Kak Kamila mempelawa aku untuk bercuti bersama mereka sekeluarga selepas majlis perkahwinan di lansungkan….mulanya aku menolak kerana segan dan tidak mahu menggangu cuti mereka sekeluarga,…tetapi Kak Mila memujuk aku untuk pergi..katanya bukan selalu dapat cuti bersama-sama…jadi aku mengambil cuti selama 5 hari..aku tidak merasa janggal dengan keluarga Kak Mila kerana mereka amat peramah dan suka bergurau…pada hari pernikahan Kak Mila dan Abang Syafiq…aku di minta untuk menjadi pengapit….manalah tahu lepas ni aku pula yang naik pelamin..ceh..berangan lau kau Arissa…calon pun tak ada lagi….

Tema majlis adalah warna putih dan merah…jadi aku memakai pakaian yang sedondon dengan tema majlis itu….dan apabila penganti n berarak...aku terasa seperti  ada orang yang sedang memerhatikan aku…terasa jantung aku nak tercabut keluar apabila aku melihat abang Syafiq di apit oleh Fatih…sejuk mata memandang melihat dia memakai baju melayu…sedangkan selama ini aku hanya melihat dia memakai baju pejabat dan seluar jeans ketika keluar…aku mula rasa tidak selesa apabila Fatih terus melihat aku tanpa bekerdip…baju aku koyak ke??kotor ke??...aku tersentak apabila Kak Mila berdehem sambil menjeling aku…aku hanya tersengih-sengih memandang Kak Mila..

“Kan akak da cakap…akak suruh tu mesti lah ade sebab…suka tak..hihihiih..” Kak mila mengusik aku…merah wajah aku menahan malu….

Ketika  penganti makan beradab….aku meminta diri untuk ke tandas….keluar sahaja dari tandas..aku melihat Fatih ada di luar tandas…ingatkan dia mahu ke tandas juga..tapi..

“Ha kau..baru nampak batang hidung..dah pindah…bukan main sombong kau kan” Fatih menyergah aku..terkulat-kulat aku di sergah macam orang bersalah…

“Eh mana ada aku sombong..”Aku memandang mata Fatih..terubat kerinduan aku…

“Sebenarnya….aku nak cakap something kat kau…”Tiba-tiba suara Fatih menjadi lembut..dan renungannya redup memandang aku…

“See..ssee…benarnya ape??”Berdebar hatiku apabila di tenung sedemikian rupa…

“Sebenarnya kau nampak macam mak orang la bila pakai baju kurung..lepas tu make up tebal!!..hahahahahhahahaha” Fatih tergelak-gelak apabila berjaya mengenakan aku..

“Dasar taik kucing!!! Kau ni kan!!!” Aku menahan geram apabila di usik dengan gurauan macam tu..tapi betul ke dressup aku ni keterlaluan…adeh..malu….

Aku  berlalu meninggalkan Fatih yang masih ada sisa tawanya di dapur…makcik-makcik di dapur itu hanya tersenyum melihat gelagat kami…segan aku..kurang asam punya orang…

Majlis perkahwinan telah selesai..aku bermalam di rumah Kak Kamila….esok pula kami perlu bertandang ke rumah abang Syafiq pula….aku tersenyum-senyum apabila membayangkan peristiwa petang tadi….Kak Mila sempat mengusik aku apabila melihat aku termenung….haish…malu…

Seminggu selepas itu…kami bercuti di Pulau Tioman..inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau…dan lebih menyeronokkan..apabila Fatih turut menyertai percutian kami..patutlah kak Mila beria-ia mengajak aku..rupanya ada udang di sebalik batu..haish kak…terima kasih la sebab faham hati adik mu ni….


Dan di pulau itu telah menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku…masih aku ingat lagi..petang hari kedua kami di pulau…tiba-tiba pintu bilik aku di ketuk….dan terjegul muka Fatih di hadapan pintu bilik aku..pelik…apa mamat ni nak…

“Aaaaa…Ari…jom teman aku jalan-jalan tepi pantai….nak tak???”..Fatih mengajak aku menemaninya berjalan di persisir pantai..

“Hurm…malas la..kau ajak la adik kak Mila…”Aku terpaksa menolak ajakan Fatih kerana penat bermandi manda pagi tadi masih belum hilang…

“Alah..jom la…adik Mila tidur la..jom la,…aku takut jalan sorang-sorang..nanti kalau ada orang culik aku macam mana..jom la Ari..”Fatih terus cuba memujuk…

“Kau tak payah buat muka kitty face kau tu..aku sepuk kang baru kau tahu..dah tunggu kejap aku siap…”Aku menutup pintu bilik untuk bersiap..selesai aku bersiap..aku membuka pintu..eh mana mamat ni…aku menjenguk ke hujung shalet…aku melihat Fatih bersandar di tepi dinding sambil melihat kolam ikan yang ada di tepi shalet itu…

“Ha siap pon..aku ingatkan kau buat bilik dalam sane tadi..main lame lagi kau bersiap..” Fatih merungut apabila melihat aku pergi kearahnya..

“Kau dah ajak aku..jadi tunggu je la kan…banyak bunyi pulak..dah jom..”Aku berjalan mendahului Fatih..

Ketika kami sedang menikmati pemandangan petang di persisir pantai…Fatih memberitahu aku sesuatu yang tak aku duga….

“Ari..aku nak bagitahu something ni…”

“Ha…kecek la…aku dengar...”.Aku terleka memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan….kalaulah dapat buat rumah kat sini...mesti best...aku berangan-angan..dan angan-angan aku terbantut apabila.....

“Aku suka kau sebenarnya..”Perlahan Fatih meluahkan ayat tu..

“Ha!!!....ape..kau biar betul..ah kau nak kena kan aku lagi kan…”Mulanya aku terkejut..tetapi memikirkan mungkin Fatih sengaja mahu mengenakan aku…kali ni aku tak bagi peluang kau nak kena kan aku taw Fatih…hahha..aku tersenyum-senyum…

Pppaaaapppp!!!!

Adeh..dahi aku…Fatih membuat muka selambanya apabila aku memandangnya dengan wajah menahan geram…

“Babun  kau ni..kau memang nak kena kan….”Aku merungut sambil mengusap perlahan dahi aku..

“Aku suka kau Arissa..”.Aku terpana mendengar pengakuan Fatih..tapi betul ke…habis macam mana dengan awek dia??..aku keliru…

“Mesti kau tak percaya kan…sebab kau fikir aku dah ada awek…dalam masa yang sama aku suka kat kau…sebenarnya aku dah putus dengan awek aku..dia minta putus sebab dia dah ada orang lain..aku cuba pertahankan hubungan kitaorang..tapi dah orang tak sudi..yela..lelaki tu pun jawatan lebih tinggi dari aku….”Fatih menerangkan segalanya tanpa aku minta seolah tahu apa yang bermain di fikiran aku..

“Kesian kau…sabarlah..”Hanya itu yang termampu aku ucapkan.
.
“Tak payah kesian sangatlah…aku tak kisah….dia minta putus pun puncanya aku juga..dia tuduh aku dah jatuh sayang kat kau..sebab setiap kali jumpa dia mesti nama kau ada je dalam perbualan kiteorang..aku pun tak tahu kenapa dan sejak bila perasaan tu ada…”Merah padam muka Fatih meluahkan perasaan dia pada aku….Fatih yang aku kenali bukan seorang yang seromantik macam ni….

“Aku pun….suka kau Fatih…..”Aku beranikan diri meluahkan perasaan aku pada Fatih..dan aku lihat seulas senyuman di bibirnya…dari senyuman…terus tersengih-sengih…eh ape kene mamat ni…

“Hahahaha…so aku tak la bertepuk sebelah tangan..aku dah agak dah…kau mesti suka aku punya…hahaha…so…macam mana??”Fatih tersenyum-senyum sambil melukis sesuatu di atas pasir..

“So..so ape nye??”.Aku tanya padanya kembali..

“Aku panggil kau sayang ea sayang??...hehe..”Fatih mencuit hidung aku….aku hanya tertawa menahan rasa malu….ya aku rasa cinta aku bersambut akhirnya….Fatih sendiri meluahkan perasaan pada aku….

“Ehem…gembira nampak??”.Kami terkejut apabila melihat Kak Mila dan abang Syafiq di belakang kami…rupa-rupanya..ini rancangan mereka untuk menyatukan kami…mereka terlebih dahulu tahu apa yang berlaku di antara Fatih dan bekas kekasihnya….

Terima kasih Kak Kamila kerana membantu aku untuk mendapatkan cinta yang aku mahu..kini cinta aku bersambut….dan setelah setahun mengikat tali pertunangan..kini aku menghitung hari menanti hari pernikahan aku 3 hari lagi…Kak Kamila dan abang Syafiq pula telah selamat menjadi ayah dan ibu…mereka di kurniakan baby gurl yang kiut sangat2…Durrah Sabihah Aqillah nama baby tu..comel sangat-sangat….aku doakan mereka bahagia….terima kasih kerana membantu adik mendapatkan cinta hati…heeee..cerita ini aku dedikasikan untuk sesiapa yang mempunyai cinta dalam hati…jika kita ikhlas..insyaallah..Allah buka kan jalan untuk kita…..

Terima kasih sebab sudi bace..(^.^)
 Maaf jika ada kekurangan...=)


3 ulasan:

  1. wah...cerita yg menarik...eh jap, ni cerita ke btol2? wahahaha...mcm real jer, huhuhu... ppe pun nice, walaupun panjang, cuba gak bce ng lajunya...waahahaha

    BalasPadam
  2. thanx rebina berry... =3

    kunci locker...hehehe..thanx sebab sudi bace.....cte ni real tp dah di ubah sikit....:)

    BalasPadam