SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Ahad, 23 September 2012

AKU ISTERI DIA....




Bukankah cinta harus dibalas…..bukankah bahagia itu adalah sesuatu yang aku mahukan…tapi bukanlah dengan orang yang aku tak kenal..jauh sekali aku cintai…ibu dan ayah memutuskan untuk menikahkan aku dengan anak rakan mereka….alasan yang diberikan adalah untuk mengekang  kihidupan social aku..ya aku akui…aku adalah seorang gadis yang liar…bagi aku..pukul 2 pagi ibarat 2 petang….orang balik kerja…aku keluar…orang pergi kerja..aku pulang ke rumah…ya aku masih belajar…..ponteng kelas sudah menjadi kebiasaan….tapi semua itu tak menggangu prestasi pelajaran aku…aku tetap ‘maintain’ dalam markah exam aku…aku tak bawa toyol ok..mungkin Allah beri aku kelebihan ini…..tapi desakan yang aku terima dan paksaan yang ibu dan ayah beri bukanlah satu pekara yang remeh…perkahwinan….ia adalah penentu hidup aku..seluruh hidup dan umur aku..apatah lagi dengan hobi aku yang suka berpeleseran...ayah dan ibu memberi kata dua…berkahwin..ataupun tinggal di rumah dan aku akan di kawal ketat…bila mendengar syarat itu..aku jadi lemah…eh tak kanlah lelaki tu terima je mak ayah dia nak kahwinkan dengan orang yang dia tak kenal.. ‘bendul’ ke apa mamat ni…haish..tak dapat aku bayangkan hidup dengan mamat tiga suku…kacau bilau hidup aku…

Dengan itu..dengan berat hati aku terpaksa menerima lamaran itu….ayah dan ibu begitu gembira….maklumlah dapat berbesan dengan kawan lama…tapi yang aku anak dia ni.. merana….hari ini…adalah hari yang bersejarah buat aku..eh..bersejarah ke??...tak lah..hari yang aku rasa macam nak lari lompat tikus sebab tak tahu nak lepaskan perasaan ni kat siapa…nak lepas kat kawan-kawan…kena gelak…tekanan betul..aku hanya melihat bakal suami aku melalui gambar….rupanya bolehlah tahan…itupun ayah bagi seminggu sebelum majlis ni…ikutkan hati aku tak mahu tengok muka bakal suami aku ni…sakit hati punya pasal… Fairruz Adam namanya….rasa macam nak tercabut jantung bila aku dipanggil keluar oleh ibu untuk majlis akad nikah..maklumlah…perasaan suka tu tak la…tapi gementar tu ada..sebab banyak mata yang memerhatikan aku…macam artis pulak aku rasa hari ini…mata aku tertacap pada satu wajah yang tenang duduk dihadapan ayah..bersedia untuk di akadkan…inilah bakal suami aku…boleh tahan orangnya….dalam hati kata kacak..betul tak tetap pendirian betullah……dalam beberapa minit sahaja…aku dikejutkan dengan suara ibu yang mengucapkan tahniah kepada aku..ya..aku sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang kini berada dihadapan aku….terasa darah naik ke muka apabila tanpa segan atau lebih betul perumpamaannya ialah tanpa perasaan…Aleeya Umayrah…terima saya sebagai suami awak…cinta selepas menjadi halal itu indah..percaya saya…aku terkesima apabila dia sempat berbisik di telinga aku…sedangkan keluarga dan kawan-kawan mengusik kami apabila melihat Fairruz dengan selamba memegang bahu aku…eleh..ingat romantic la tu…..

Selepas makan malam…aku jadi tak tentu arah….apa aku nak buat ni…macam mana ni….aku tak sedia lagi nak officially jadi isteri dia…aku tak sedia…..!!...dengan akal yang aku ada…aku pura-pura tidur….tapi memang bila aku letak kepala di atas bantal….aku terus lelap…tak tipu..betul-betul tidur..sedar-sedar dah pagi….aku terjaga apabila terdengar seseorang sedang membaca yasin…dan ya suara siapa lagi…suami ku yang ter “cinta’ tu la….aku hanya memandang kosong wajahnya apabila ia berpaling kepada aku…dengan perlahan dia duduk di sebelah aku…aku dah rasa macam nak lari pecut waktu tu….janganlah dimintak yang bukan-bukan…tapi..

“Sayang…saya tahu awak tak sedia lagi….saya faham..pernikahan kita ini bukan suka sama suka..tapi mungkin ini jodoh yang Allah dah tentukan..kita sebagai hamba perlu menerima dengan redha dan bersyukur…dan saya bersyukur dapat awak…tak ada cacat cela kat awak…cantik orangnya..indah ciptaan-Nya….Alhamdulillah…saya bersyukur….”Fairruz tersenyum sambil memegang tangan ku..
Entah kenapa aku tidak menarik tangan aku dari pegangannya..sedangkan aku dalam hati terasa ingin aku sentap tangan aku dari pegangan tangannya….

“Awak tak solat sayang?”Fairruz merenung aku dengan wajah yang kononnya romantic la tu…

“Eeerrrr…saya cuti la”. Ha itu alasan yang paling kukuh buat masa ni..

“Owh..tak apelah macam tu….pergilah mandi….dah pukul tujuh ni…tolonglah ibu buat sarapan”Fairruz bangun dari sisi katil dan menuju ke pintu...pagi-pagi nak keluar kemana pun aku tak tahu…ah biarlah dia…
Ada ke patut suruh aku bangun pagi-pagi buta ni buat sarapan?...masuk dapur pun ikut mood aku….inikan nak pegang sudip? Memang taklah jawabnya…maaf En. “suami”…saya nak sambung mimpi tadi….hahaha….itulah yang aku suka…break the rule…


“Awak…boleh tak saya duduk rumah sewa saya je?” Aku menyuarakan hasrat yang dah lama aku fikirkan sejak Fairruz memberitahu yang kami akan berpindah ke rumahnya apabila selesai majlis di pihak lelaki....

“Hurm…apa salahnya kalau awak duduk rumah kita je..saya boleh ambil awak balik kelas dan taklah saya risau sangat..awakkan isteri saya…awak tanggungjawab saya sayang..”Fairruz berkata dengan perlahan..tenang wajahnya…

“Ala…awak ni…semua tak bolehlah..bosanlah….ish!” Ni yang aku rasa nak memberontak ni…macam manalah gayanya bila duduk serumah dengan dia nanti….geram betul la….kalaulah aku tak kena ceramah dan amaran dari ayah dan ibu..dah lama aku mengamuk ni…ikut baran aku nak je aku gigit-gigit orang sebelah aku ni..dah la kena kahwin paksa…kena dengar cakap secara paksa….sabar je la Leya…nasib badan….

Sampai saja di perkarangan rumah Fairruz..aku terpegun melihat dekorasi rumahnya yang sederhana besar..walaupun duduk seorang di rumah itu…Fairruz pandai menghias dan menjaga rumah….kalau anak bujang yang lain belum tentu..eh dah kenapa aku puji dia pula!..tapi memang betulkan….

“Sayang..jom masuk….jangan segan-segan…ni dah jadi rumah awak juga”Fairruz melangkah keluar untuk mengambil barang-barang di bonnet kereta…

“Hurm yela….” Memang aku nak buat rumah ni macam rumah aku pun..ha siapa nak sangat aku duduk serumah kan….ha tengok la…awak kan pengemas En.Suami…lawannya saya la si pengotor..eh..teruk benar istilah tu..tapi aku bukanlah jenis yang macam tu..tapi untuk misi menyakitkan hati..aku sanggup melanggar prinsip aku ni…

“Awak bilik saya kat mana?” Aku berhenti di ruang tamu sambil melihat Fairruz sedang berjalan ke arah bilik utama.

“Eh…bilik saya bilik awak juga…jomlah masuk..”Fairruz mengamit aku untuk pergi mengikutnya masuk ke bilik utama.

“Awak..saya tak sedia lagi….boleh tak kita asing bilik”.Dengan muka seposen..aku meminta pengertian daripadanya…aku tak sedia untuk itu semua….semua ni berlaku dalam sekelip mata…dan kini aku menggalas status isteri kepada lelaki yang aku tak kenali…tapi sekarang dah kenal dah..heee..

Fairruz menggeluh….tetapi dia tersenyum kembali… “Tak apelah kalau macam tu..sy faham…awak boleh duduk kat bilik tetamu..tapi bilik kita sentiasa menanti kehadiran awak…”Tenang ucapan itu....tapi bagaikan angin yang berlalu kat telinga aku…tak nak aku masuk bilik tu..bahaya..

Kini..lebih lima bulan berlalu…rutin harian yang cukup membosankan..pergi ke kelas di hantar…balik kelas di jemput….makan di masak….ha yang satu ni pun aku gagal…aku tak pernah masuk ke dapur untuk memasak….dan tak pernah pula En.Suami mempersoalkan lagi bila aku kata yang aku tak pandai masak..sebab ada suatu hari tu… dia ingin makan masakan aku…dan aku kata padanya yang aku tidak tahu memasak…dia suruh aku belajar memasak..aku merajuk tak mahu keluar bilik satu hari….aku tak suak orang suruh benda yang aku tak nak buat…sungguh aku dilayan seperti puteri..dan masakan dia juga sedap….jadi tak hairanlah aku yang dulu kurus kering..kini semakin gebu dan comel….setiap kali aku masuk ke dalam kereta baik sebelum atau selepas pergi ke kelas…mesti dia akan mencubit pipi aku…dan aku yang tahu akan rutin hariannya itu…akan cuba sedaya upaya mengelak..biarlah kusut rambut aku…tapi memang sikap aku yang tidak suka pipi aku di cubit..aset tu….suka hati je nak cubit..kalau geram..cubit la pipi sendiri..ini tak…pipi aku juga dijadikan mangsa….

Dan selama itu….tanpa sedar aku senang dengan layanan suami ku….tidak pernah dia menyakiti hati aku….dan setiap teguran dia…penuh lembut dan tak menjatuhkan maruah aku…hati aku mulai menerima dia….tapi aku masih tidak mahu mengakui semua ini….kadangkala melihat rakan-rakan berpeleseran..sedangkan aku tidak..adakalanya ketika aku ingin keluar bersama rakan…dia akan mengikut…buat aku rasa rimas dan terkongkong….pakaian aku yang tidak berkenan di matanya..senyap-senyap dia buang..ingat aku tak tahu….baju yang aku ampaikan di tempat sidai mesti akan hilang….dan aku tahu siapa yang melakukannya..mestilah En.suami…sebab dia dengan rela hati berterus terang apabila ditanya..alasannya..dosa aku…dia yang pikul…bila dia kat macam tu..aku tak boleh nak kata apalah…tapi dia berjanji akan menggantikan baju aku dengan baju lain…tak kisah lah baju apa katanya..tapi yang lebih sopan….ikut je lah..aku malas nak bertengkar…nanti kalaulah ayah dan ibu tahu..aku jugak yang salah…
Tapi…sejak dua tiga hari ni…aku rasa seperti lain dari hari yang lain…perhatian dia pada aku dah tak seperti selalu..yang ketaranya apabila dia mulai mengambil aku lewat dari kelas….dia lebih banyak berkhayal..seperti memikirkan sesuatu….dan pada hari ini pula….insiden yang lebih menyakinkan aku…apabila…dia menelefon aku untuk meminta maaf..katanya tak dapat menjemput aku dari kelas…tak apalah..aku tak kisah….aku boleh tumpang kawan sekelas aku….tapi ketika kereta kawan aku Fiha berhenti di traffic light..aku ternampak sesusuk tubuh yang macam aku kenal….bersebelahan dengan kereta Fiha…mungkin pemandunya tidak perasaan aku yang tajam merenungnya….dan lebih buat aku terkejut apabila melihat seorang perempuan bertudung labuh duduk di sebelahnya..wah bukan main mesra lagi….sabar Leya…sabar..kawan aku sedar akan perubahan riak muka wajah aku….dia perasan yang puncanya adalah pemandu yang bersebelahan dengan kereta dia….dia meminta aku bersabar…tapi mana aku boleh sabar….! Eh…cemburukah aku??...ah biarlah..aku isteri dia..tapi…layakkah aku digelar  isteri jika pakai minum suami aku sendiri aku abaikan?..Aku seperti mahu menangis mengenangkan semua itu…
Pulang saja ke rumah..aku terus masuk ke dalam bilik….biarlah..aku nak tengok dia pujuk aku ke tak…tapi kecewa….lewat malam aku terjaga dari tidur dalam keadaan lapar….apabila terdengar pintu rumah di tutup..aku cuba menunggu jika dia akan mengetuk pintu bilik aku untuk memujuk ataupun membelikan makanan untuk aku..tahukah dia yang aku masih lagi belum makan…??..lupakah dia pada aku??..aku isteri dia!...dan untuk hari-hari esoknya sama seperti hari sebelumnya sejak dia mula membiarkan aku…dia hanya akan membelikan lauk bungkus untuk aku…dan bukan lagi memasak untuk aku…masanya lebih banyak dihabiskan diluar rumah dari duduk di rumah bersama aku..aku semakin tertekan..walaupun baru 2 minggu..ia betul-betul menyiksakan…aku bertekad untuk pulang ke rumah ibu dan ayah..biarlah mereka nak marah ke nak pukul ke..nak kata apa ke..aku nekad..sakit hati dan aku semain terluka..entah kenapa..kerana aku isteri dia….aku mulai sayangkan dia….

Dan buat aku lebih pelik apabila aku pulang ke rumah ayah dan ibu tidak bertanyakan kenapa aku pulang ke rumah tanpa Fairruz..mereka hanya diam dan buat seperti tiada apa…..seperti aku masih bujang dulu….dan suami aku…tidak langsung mahu menghubungi aku..di mana aku berada…tidak risaukah dia kepada aku…dan aku..tak kan lah aku nak call dia…nanti dia cakap aku terhegeh-hegeh kat dia..ego juga aku ni…hurm…masa yang berlalu semakin buat aku sedar akan khilaf aku sendiri..aku muali mempersoalkan kepada diri aku..kenapa dia menjauh?..kenapa jadi begini?...kenaa?...dan salah siapa?..dan ya aku akui..ia salah aku….aku gagal sebagai isteri…kini sudah seminggu aku tinggal di rumah ayah dan ibu….Fairruz masih tidak datang menjenguk ataupun menjemput aku untuk pulang ke rumah…

Badan aku semakin susut…selera makan aku semakin kurang..entah kenapa..bila berjauhan..aku terasa seperti ada sebuah batu menghempap kepala aku…batu yang sarat dan berat dengan rindu….aku kerap menangis….menahan kasih yang mulai hadir….ya aku cintakan dia..aku isteri dia….aku halal untuknya…aku untuk dia…..tapi masihkah ada ruang untuk semua itu….kini kesihatan aku terganggu..puas ayah dan ibu memujuk aku untuk pergi ke hospital..tetapi..aku keraskan diri….aku tak daya…aku mahu suami aku…..dan doa aku di makbulkan Allah…

Aku terjaga dari tidur…apabila terasa seseorang mencium ubun-ubun ku…terasa sejuk tangan yang menyentuh pipi aku….seperti air yang mengalir…sejuk dan tenang….aku melihat wajah yang aku rindui kini berada di depan mata aku….hanya airmata yang mengalir saat melihat senyuman itu….adakah mimpi atau pasti..suamiku ada di hadapan mata…..

“Sayang..maafkan saya..sebab abaikan awak…maafkan saya sebab sakiti awak..maafkan saya kerana buat awak sedih….awak…saya bukan sengaja mahu abaikan awak…saya sayang awak….saya mahu awak jadi isteri saya dunia akhirat..saya tak nak awak jadi macam ni….saya dah tak tahu macam mana nak didik awak…saya rasa saya gagal menjalankan tugas sebagai suami…..secara senyap-senyap..saya mengadu pada ayah….saya biarkan awak balik ke rumah ayah dan ibu…untuk pengetahuan awak…setiap hari saya fikirkan awak..setiap hari saya akan telefon ayah dan ibu tanyakan tentang awak…”Fairruz berkata perlahan sambil memangku kepala ku…

“Apa tujuan awak buat macam ni…”Aku sudah teresak-esak menangis…..dalam hati rasa nak marah..rasa gembira bercampur aduk….

“Saya nak lihat jika saya jauh dari awak….adakah awak akan mengakui saya sebagai suami awak…adakah awak akan rindukan saya…adakah awak akan berubah…”Fairruz tenang menjawab semua persoalan yang ditujukan untuk dirinya…

“Habis..siapa perempuan yang awak bawa dalam kereta….saya nampak awak kat traffic light masa awak tak dapat jemput saya dari kelas??”.Haish..macam cemburu bunyinya..eh memanglah cemburu..aku isteri dia…

“Owh…dia adik ipar sayanglah….lupa pula abang nak kenalkan..tak sempat abang nak bawa jumpa sayang….kan dulu abang ada cerita kat  sayang yang abang ada adik yang belajar di luar negara…masa kita nikah dia tak ada kan..abang lupa pula nak beritahu....hari tu…dia balik sekejap nak uruskan tentang pelajaran dia..ada masaalah sikit…jadi abang tolonglah bawa dia ke tempat yang di nak uruskan hal dia tu…maaf ya sayang..abang abaikan sayang..”Wah…dah berabang-abang pulak….

“Abang janji jangan tinggalkan sayang?...sayang minta maaf tak dapat jadi isteri yang baik…tapi kali ni bagilah sayang peluang untuk jadi yang terbaik untuk abang..sayang cinta kan abang…sayang cintakan agama yang ada pada abang…bimbinglah sayang abang..”Aku tidak lagi rasa malu untuk meluahkan perasaan aku kepada suami aku…biarlah..dia suami aku…bukan orang lain….

“Alhamdulillah…tak sia-sia doa abang untuk sayang selama ni…”Fairruz tersenyum gembira…berkali-kali dikucup dahi isterinya itu….

“Tapi…sebelum tu…kita pergi hospital..sayang demam kan..abang tak nak sayang abang ni sakit…”Fairruz memujuk isterinya dengan lembut..

“Untuk abang…pergi hospital kat Marikh pun sayang sanggup..”.Dalam keadaan sakit..aku sempat lagi berseloroh..

“Ada-ada je sayang ni…abang sayang Aleeya Umayrah abang ni…”Fairruz tersenyum melihat sinar cinta yang kini miliknya..sesungguhnya sabar itu menyakitkan..tetapi hasilnya membahagiakan…

Kini..aku bukan lagi Leya yang dulu…aku mulai mengenali siapa suami ku…aku mendekatkan diri kepada Pencipta ku…aku mulai sedar tujuan aku hidup….aku mulai tahu apa erti kehidupan yang sebenar..benar kata suami ku…cinta selepas kahwin itu indah..dan aku telah merasai kemanisannya…Alhamdulillah…


9 ulasan: