SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Sabtu, 8 September 2012

CENDOL DAN KEHIDUPAN KU =)








Assalamualaikum...hari ini saya ingin ceritakan kisah seorang gadis yang dirinya mempunyai cita-cita...dari kecil hingga dewasa...dari benci...bertukar impian....


Nurul namanya....Along panggilan manjanya....Along bukanlah dari keluarga yang kaya...ataupun berada...mahupun mampu diadakan semua untuknya....hanya mampu merasa makan ayam sebulan sekali pun payah...tetapi ibunya sentiasa mengingatkan..jika kita susah ada orang yang lebih susah dari kita...hidup Along mulai berubah sedikit demi sedikit...kerana ayah dan ibu mulai menjalankan perniagaan.....iaitu CENDOL...tapi apalah yang Along tahu tentang perniagaan tersebut dan apakah cendol itu..umur Along semasa ayah dan ibu mula berniaga baru 7 tahun..jadi apalah yang budak umur 7 tahun tahu tentang perniagaan..yang dia tahu perkataan CENDOL tu amat menjengkelkan dan agak kelakar di pendengaran....bila saja rakan-rakan sekolah Along tahu yang ayah dan ibu Along berniaga cendol..mereka mulai mengejek Along....biasalah budak-budak...bila di ejek mestilah marah..orang tua pun kalau di ejek akan marah..betul tak??....dengan pakaian sekolah yang selekeh..Along bukan tahu untuk berhias...sedangkan rakan-rakan di sekeliling sudah pandai memakai bedak...memakai hp...memakai alat solek...yang Along tahu.tudung sekolah,anak tudung,baju dan kasut....hingga Along darjah 6..seringkali dia di ejek....CENDOL! CENDOL! CENDOL!....malu...ya memang Along malu dengan gelaran tu....Along menangis...Along malu..tapi tak pernah sekali pun Along mengadu pada ayah atau ibu yang Along di ejek di sekolah....Along tak mahu ibu dan ayah terasa atau sedih.....

Bila saja naik sekolah menengah....tiada lagi ejekan dan tiada lagi malu....ayah tiada kereta..ayah juga tidak benarkan Along untuk menaiki bas..kata ayah..tak elok berhimpit dalam bas....ayah mahukan Along selesa...terima kasih ayah...lagipun Along tahu ayah tak nak Along berhimpit dengan budak lelaki dalam bas...ayah sayang Along....jadi setiap kali ke sekolah dan balik sekolah ayah akan menjemput Along menaiki  motor kriss....yang boleh dikatakan uzur.....adakala tiap pagi Along berebut helmet dengan ayah kerana ayah  di rumah hanya ada dua helmet...satu yang mempunyai 'vaisor'...dan satu lagi tidak..jadi faham-fahamlah kalau orang pakai helmet tak ada 'vaisor' macam mana rupanya....heee...jadi tak akan lah anak dara seperti Along nak pakai helmet yang tak ada 'vaisor'..kalau kawan-kawan nampak malulah dia....jadi untuk memastikan yang helmet yang mempunyai vaisor tu milik Along...Along akan cepat-cepat 'cop' dulu..tapi adakalanya..bila keluar saja pintu rumah...tengok ayah dah pakai helmet yang ada vaisor sambil tersenyum menunjukkan helmet kokak yang ada di dalam bakul motor...Along hanya mampu mengeluh dan memakai helmet kokak tu..dan ketika dalam perjalanan ke sekolah..Along hanya menunduk saja khuatir terserempak kawan-kawan yang mahu pergi ke sekolah juga..dia tidak mahu di bahan...tiada siapa di dunia ini suka di ejek....betul kan???

Ketika di tingkatan empat.....ayah buat suprise untuk Along bila ayah ambil Along ketika pulang dari sekolah dengan menaiki kereta.....tapi bukan kereta mahal..tapi kereta Charate yang berwarna hijau terang seperti kereta kodok...tanpa buang masa..Along cepat-cepat masuk dalam kereta..takut orang lain nampak....nanti kawan-kawan gelak...ayah kata hanya itu yang termampu di beli....Along sentiasa ingin mengelak dari menaiki kereta itu...katanya malu....tapi Along tak pernah beritahu pada ayah yang Along malu naik kereta itu...adakalanya dia di ejek oleh rakan -rakan....tapi dia pekakkan telinga....tapi tanpa sedar..kereta itulah yang banyak berjasa pada Along dan keluarga....beli barang berniaga...dengan kereta itu....hantar Along dan adik-adik ke sekolah juga kereta itu....beli barang raya juga dengan kereta itu....ambil daun untuk buat cendol jugak kereta itu..bak kata orang multipurpose la...heee.....

Tapi bila saja umur Along semakin dewasa...semakin boleh berfikir......semakin kenal dunia..semakin tahu apa erti susah dan senang...Along tidak lagi malu untuk memperkatakan dirinya anak tokey cendol..dan kalau boleh waktu di undur semula....Along akan tersenyum ketika orang lain mengejek dirinya cendol..ya itu sebenarnya satu kebanggaan...hasil penat lelah ibu dan ayah....kini Along dan adik-adik mampu untuk memiliki keperluan dan kadangkala lebih dari apa yang di mahukan...dan tak pernah terlintas di fikiran yang Along akan dapat sesuatu dari kesusahan dulu.....kini jikalau boleh....walaupun sudah ada penganti kereta charate hijau ayah itu....Along masih mahu menaiki kereta itu dan memandu kereta itu...walaupun ayah melarang...Along lebih sayangkan kereta itu dari kereta baru....dan cuba fikir...kereta yang buruk..tetapi di dalamnya ada wanita cantik..bukankah itu suatu yang awesome,..heee.....just kidding...bagi Along kini....yang unik adalah keistimewaan....jika orang lain mempertikaikan kita..maknanya mereka ada di bawah kita...dan kita di atas mereka....

Dan kini Along bercita-cita untuk meneruskan perniagaan ayah dan ibu...dan dia bangga dengan apa yang di usahakan oleh ayah dan ibu....dedikasi untuk Pn Azizah Hussin dan En.Shamsol bin Abd Rahman....semoga usahamu diberkati....

2 ulasan:

  1. bersyukur dengan aper yang ader.... yang pasti setiap insan yang sederhana itu lebih tabah dan lebih kaya dari yang lain2

    BalasPadam