SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Sabtu, 29 Disember 2012

AUTA ATAU FAKTA






Assalamualaikum.... (>_<)

Sssooo...saya nak tanya betul atau tak keadaan ini...yang saya rasa ada sesetengah perempuan dan lelaki mengalaminya....

Kalaulah lelaki dan perempuan pergi membeli-belah kat shopping complex....mesti rasa tertekan bila minat di antara mereka berlainan....sebab mengikut pandangan saya lelaki lebih berminat pada sesuatu seperti komik, gadget...atau barang-barang sukan...kalau tak silap saya....dan perempuan pula lebih berminat dengan fashion...makeup....ataupun benda-benda yang ala cute gitu....dan saya yakin sekali semua ni amat bertentangan di antara lelaki dan perempuan...

Situasinya begini untuk kaum lelaki :

(KEDAI HANDPHONE)

Boy : Eh..ade kedai barulah...jom tengok nak??..dengar ade model yang latest dah keluar....
Girl : Oh okay (muka bosan)
Boy : Awak...tengok ni..cool kan model ni??? (teruja)
Girl : (Berlegar-legar dalam kedai tu tanpa tujuan)....yeah cool...(muka tak ada ekspresi).
Boy : Awak...sy rasa nak beli model ni...awak rase ok tak?? (muka minta pendapat)
Girl : (Pandang sekejap)...ok..belilah...(muka sangat2 annoying)..
Boy : Eh..kita tanya dia...dia cakap tu je (geram)

Situasinya begini untuk kaum wanita :

(KEDAI BAJU)

Girl : Woah!! Ade sales la awak !!! (teruja tahap maksima)
Boy : Eh yeke....(muka selamber)
Girl : Jom tengok...jom tengok!! ( mood happy sangat2)
Boy : Ok....(muka selamber jugak)
Girl : Awak ok tak baju ni??? biru atau merah yang ok??..ha warne oren pun cantik...jadi mana satu?? (letak kat badan..pusing2 sebab nak minta pendapat...)
Boy : Semua ok....( pandang....pandang..dan terus pandang dengan muka bosan)
Girl : Betul-betul ni..mane yang cantik?? (merengus) 
Boy : Ok la....cantik...belilah mana awak nak... (pendapat last...lepas tu tengok sekeliling kedai)
Girl : Tak membantu langsung....(muka masam..pergi kaunter bayar baju yg mana hati sendiri rasa cantik)


Situasi bila dua-dua geram :

Girl : Awak tak membantu langsung...
Boy : Awak pun same kan...same je kita...
(Dua-dua senyap)


Jadi..apa yang saya rasa dan nak tekankan kat sini kadangkala lebih best keluar dengan kawan yang sama jantina daripada keluar dengan yang berlainan jantina..sebab kalau yang sama jantina dengan kita..selalunya test kita sama....tak ada yang merungut...dan boleh same2 bagi pendapat..tapi nak ikutkan...bila fikirkan balik..walaupun sakit hati bila situasi seperti atas yang terjadi....sweets jugak kan...hahaha....well..itu je pendapat saya..dan saya percaye ....ada juga yang rasa macam ni kan (^_^)





Rabu, 26 Disember 2012

LAUK ATAS PAGAR (^_^)


Assalamualaikum....jemput baca kawan-kawan..maaf kalau ada salah silap...menulis di waktu pagi hari memng macam ni..hehehe.....


“Ha??.. Ikal tak nak kahwin dengan budak tu….ibu dengan ayah ni kenapa nak tentukan hidup Ikal ni??...Ikal dah besar…Ikal tahulah nak pilih siapa..kahwin bila…Ibu dengan ayah tahukan Ikal dengan Liya?...Ikal cintakan Liya bukan budak kolot macam Hidayah tu..dah lah tak pandai berfesyen…asyik bertudung litup je…itu yang ibu dengan ayah nak Ikal hidup sampai mati dengan dia??...tak nak Ikal…jangan paksa Ikal..Ikal tak nak…ape Ikal nak jawab pada Liya nanti…!??” Haikal membentak apabila ibu dan ayahnya menyuarakan hasrat untuk bermenantukan Hidayah anak rakan karib mereka…

“Sebab Hidayah tu bertudung lituplah ibu dengan ayah kau ni nak jadikan dia menantu…daripada si Liya tu..nak kate miskin..anak orang berada…tapi pakai baju macam tak cukup kain..dah tu depan orang tua berpeluk-peluk dengan lelaki yang bukan muhrim…kau suka la perempuan macam tu…tapi ibu dengan ayah kau ni tak suka….pilihan kami Hidayah…menantu dalam rumah ni hanya Hidayah bukan Liya atau orang lain..muktamad…kau kena dengar cakap ibu!”. Kedengaran tegas suara Pn.Fatimah..itu bukan permintaan tetapi satu arahan..tiada tolak ansur…hatinya sakit apabila terserempak dengan Liya yang berpelukan dengan lelaki lain di pusat membeli belah tempoh hari,dan apabila diajukan hal ini kepada Haikal..Haikal membela Liya dengan mengatakan itu rakan sepejabat Liya..memang dasar dah cinta buta..rengus Pn.Fatimah.

“Ayah…tolonglah ayah..Ikal tak nak kahwin dengan budak tu…Ikal tak cintakan dia..” Haikal cuba meminta simpati En.Malik yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan sekali sekala hanya menganggukkan kepala membenarkan kata-kata ibunya.

“Ada betul jugak cakap ibu kau tu Ikal..ayah berkenan sangat dengan Hidayah tu….baik budaknya..pasal cinta…kau boleh pupuk cinta tu….ayah yakin kau akan bahagia dengan dia….”En.Malik menyuarakan pendapat setelah lama berdiam diri.

“Ibu akan hantar rombongan meminang hujung bulan ni…kau pandai-pandailah  nak cakap kat Liya…ingat Ikal…ibu terima Hidayah saja sebagai menantu dalam rumah ni…untuk kebaikan Haikal juga…jangan melawan cakap ibu dan ayah...restu ibu dan ayah penting untuk kebahagiaan Ikal..ingat tu.” Kedengaran lembut suara Pn.Fatimah menembusi gegendang telinga Haikal..walaupun lembut tetapi kedengaran menakutkan apabila kelembutan suara itu diselangi dengan kata-kata berbaur ugutan.

Haikal merengus….dia tidak tahu bagaimanakah cara untuk memberitahu Liya tentang perkahwinan yang di aturkan oleh keluarganya.Dia pasti yang Liya akan mengamuk sakan dengan berita ini dan dia memerlukan persiapan rapi untuk menghadapi amukan kekasih hatinya itu.. “Aduhai…nasib kaulah Haikal!..”
___________________________________________________________________

Haikal tersentak apabila terdengar ketukan di pintu bilik,dia melihat satu susuk tubuh masuk dengan perlahan ke dalam bilik…perempuan tu…perempuan yang memusnahkan semuanya….hati Haikal tiba-tiba menjadi panas…

Hidayah kelihatan serba salah apabila di tenung oleh Haikal..dia hanya berani duduk di hujung katil sambil memintal baju kurung yang dipakainya sejak dari petang tadi..sebenarnya dia serba-salah untuk masuk ke bilik kerana dia tahu suaminya berada di dalam bilik sejak petang tadi..dia juga tahu yang suaminya tidak menginginkan perkahwinan ini keran bukan atas suka sama suka tetapi pilihan keluarga,Hidayah hanya menerima apabila di ajukan tentang hal ini oleh ummi dan abahnya,lagipun dia percaya pilihan ibu bapa ini menjaminkan bahagia…

“Ha..yang kau yang duduk termenung macam patung tu kenapa??..tak kan aku kahwin dengan orang bisu kot??” Haikal menyergah Hidayah bila melihat wanita itu hanya duduk diam tidak berkutik sejak dari tadi.
“Eh..eerrrr..maaf abang…”.Hidayah terkejut apabila disergah oleh Haikal...

“Sejak bila aku jadi abang kau…hey Hidayah..aku nak tanya kau ni..kau ni kenapa tak reti tolak pinangan ibu dengan ayah aku?..kau bukan kenal aku sangat pun…ke memang dari dulu kau ada hati aku atau kau saja-saja buat baik pada keluarga aku supaya diaorang semua nak jadikan kau menantu??”. Puas hati Haikal dapat melepaskan semua yang terpendam dihatinya.Gara-gara perkahwinan ini juga dia bergaduh besar dengan Liya..dia terpaksa berjanji pada Liya untuk meninggalkan Hidayah selepas perkahwinan ini jika mahu bersama kekasih hatinya itu lagi..

“Eeerrr….saya tak ada niat pun nak buat macam tu…saya dah buat solat istikharah dan saya tak nak hampakan permintaan ayah dan ibu…saya dah anggap mereka macam ibubapa saya sendiri….maafkan saya..”Tergagap-gagap Hidayah membela dirinya.

“Ha nanti ibu dengan ayah mesti suruh aku bawa kau balik rumah aku….aku tak boleh bawak kau balik rumah aku…nanti apa pula orang sekelilig cakap.” Haikal dengan selamba memberitahu Hidayah tentang apa yang telah dia fikirkan sejak diberi syarat oleh kekasih hatinya supaya Hidayah tidak boleh tinggal bersama dengannya..demi Liya..dia sanggup buat apa saja….

“Kenapa pula orang sekeliling nak cakap?...kita kan dah nikah..dah halal….tak salah pun??.” Hidayah membalas kata-kata Haikal yang di anggap pelik..

“Aku tak nak nanti orang sekeliling fikir apa dan aku tak nak gaduh dengan kekasih aku..kau tahu tak aku dah ada kekasih??...kau tak tahukan?? ..ni aku nak beritahu…aku dah berpunya…dank au yang merosakkan segalanya kau tahu??..sekarang kau kena terima saja lah apa yang berlaku…” Haikal tersenyum senang apabila melihat air muka Hidayah berubah apabila dia memberitahu yang dia sudah berpunya…

Hidayah tersentak apabila Haikal dengan tenang memberitahu yang dia mempunyai kekasih…hatinya tiba-tiba terasa pedih dan dia tidak tahu kenapa..mungkin kerana Haikal suaminya walaupun dia tidak mengenali Haikal tetapi Haikal suaminya..dan dia sudah berjanji..cintanya hanya untuk suaminya sahaja..Hidayah terasa seperti mahu menangis tetapi ditahan kerana dia tidak mahu menangis di hadapan Haikal…dia harus kuat…!!

“Tak apalah…saya ikut awak balik rumah sehari saja…lepas tu saya cuba tanya kawan-kawan saya kalau ada tempat tinggal yang boleh disewa…”Hidayah berkata dengan perlahan..

Haikal terdiam..dia memikirkan jawapan Hidayah itu… “Ok..baik..tapi sebaik saja aku balik dari kerja..aku tak nak tengok muka kau kat rumah aku lagi ok..dan lagi satu…aku tak nak sesiapa pun tahu tentang hal kita ni..kalau kau beritahu juga…aku tak kisah kalau kau nak pegang title janda dalam waktu terdekat ni.” Haikal memandang tepat ke wajah Hidayah yang masih menunduk memandang lantai sejak dari tadi.

Hidayah tersentak..dia tidak bersedia untuk memegang gelaran yang amat ditakuti oleh setiap wanita….tiada siapa yang mahukan gelaran itu…perlahan-lahan Hidayanh mengangguk kepala tanda setuju..

“Ok..good.” Haikal tersenyum..misinya sudah berjaya…perlahan dia meletakkan badannya di atas katil..terasa penat dengan majlis yang berlangsung pagi tad hingga ke petang…melihat Hidayah juga bersedia untuk tidur di sebelahnya…serta merta Haikal bangun..

“Kau boleh tidur tempat lain tak??...aku tak selesalah nak tidur dekat dengan kau ni….sempit…”Haikal memberi alasan yang tidak munasabah langsung,bukan kerana sempit tapi dia tidak mahu jika apa-apa terjadi nanti..dia bukan jenis yang boleh lihat saja kalau dah ada depan mata..lagipun dihadapannya kini adalah wanita yang halal untuk disentuh….dia tidak mahu terlanjur…eh bolehkah dikatakan terlanjur kalau suami isteri yag sah?..ah…biarlah…Haikal merengus…

“Hurm baiklah..maaf…”Hidayah yang tersentak apabila ditegur sedemikian hanya menurut..dia tidak mahu bertengkar…dia terlalu penat dan sedih dengan nasib yang menimpa dirinya…perlahan Hidayah mengambil bantal dan kain batik untuk menjadi alas tidur di atas permaidani…nasib baik permaidani ni lembut..bisik hati Hidayah..semoga hari esok lebih baik dari hari ini…
_______________________________________________________________

Sudah seminggu  Hidayah tinggal bersama rakan-rakannya….syukur  kerana masih ada kekosongan di rumah rakan sepejabatnya….dan seminggu juga Haikal tidak pernah menghubunginya…Hidayah mengeluh apabila memikirkan masa depan perkahwinannya bersama Haikal..sungguh dia rindu walaupun Haikal  tidak menyenangi perkahwinan yang dibina ini…tetapi sebagai isteri…Hidaya tetap menginginkan sebuah keluarga yang sempurna….walaupun tiada cinta..tetapi dia pasti..cinta boleh di semai…Cuma perlu berusaha saja…ya usaha…Hidayah tersenyum…dia tahu bagimana cara untuk melembutkan hati suaminya…senyuman nakal terukir dibibir….

Haikal terpaku apabila melihat bungkusan tersangkut di pagar rumah...rasa takut dan ragu-ragu juga untuk mengambil bungkusan itu..bermacam-macam perkara yang bermain di kepala Haikal….tetapi dikuatkan juga hati untuk mengambil bungkusan itu…

“Eh..lauk?? siapa bagi ni??...aku taka da tempah apa-apa lauk kat mana-mana kedai..pelik..” Haikal berkata seorang diri……dia terlihat surat di dalam bungkusan tersebut,pantas dibukanya…

“Assalamualaikum..abang..

Ini lauk yang saya masakkan untuk abang….abang makanlah….walaupun saya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna..tetapi mungkin sekarang ini saja yang saya mampu..ddan jangan risau abang….tak ada mentera pun dalam makanan tu….selamat menjamu selera.”
(^_^).Salam sayang isteri abang Hidayah.


Haikal mencebik selepas membaca surat tersebut…Eleh..macam aku tak tahu..kau nak ambil hati aku lah ni...jangan ingat aku nak termakanlah dengan trick lapuk kau ni.” Haikal mendengus…dia meletakkan balik bungkusan makanan itu di pagar rumahnya…tak sudi makan makanan dari orang yang menyakitkan hatinya..
________________________________________________

Hidayah mengeluh apabila melihat Haikal meletakkan kembali bungkusan makanan yang di letakkan sebelum Haikal pulang dari kerja..sedari tadi dia mengintip perbuatan Haikal..sangkanya Haikal akan megambil bungkusan makanan tersebut..tetapi hampa..Haikal tidak sudi….Tapi tak mengapa…aku kena usaha…tak boleh mengalah!..Hidayah memberi kata semangat untuk dirinya sendiri…

Setelah seminggu…akhirnya bungkusan yang di letakkan di pagar rumah Haikal….kosong juga isinya….Hidayah tersenyum….Haikal termakan juga dengan rancangan yang di aturkan olehnya..tidak sia-sia dia memasak untuk Haikal setiap hari dan menghantarnya 20 minit sebelum Haikal pulang..dia akan pastikan dia harus balik ke rumah walaupun sesiuk manapun dia…semuanya demi suami yang tersayang…

Dan kini sudah lebih sebulan..seperti rutin harian apabila Haikal sudah terbiasa dengan keadaan itu….mulanya dia tidak menyenangi tindakan Hidayah..tetapi..lama-kelamaan dia berasa senang dengan perbuatan isterinya itu….dia akan meletakkan bekas bungkusan yang telah dibasuh sebelum ke tempat kerja…dan apabila pulang ke rumah..dia akan mendapat bungkusan yang penuh dengan lauk pauk..dan tidak dinafikan,dia mula menyukai masakan isterinya…dan dia tidak tahu kenapa…
_________________________________________________

Haikal termenung..kejadian tengah hari tadi betul-betul membuat hatinya hancur luluh….terbayang-bayang di tubir mata melihat sepasang kekasih berpelukan mesra di dalam kedai di pusat membeli belah..Liya…hatinya sakit apabila menyebut sebaris nama wanita itu….sakit hatinya melihat wanita itu dengan selamba memeluk lengan lelaki yang berada di sampingnya…dan apabila terlihat Haikal…Liya menjadi serba salah….ya…rahsianya sudah tidak menjadi rahsia lagi…dia tertunduk apabila Haikal merenung tajam wajahnya….tahulah Haikal kini…kata-kata ibunya tentang Liya adalah benar…mungkin ada hikamh apabila rakannya mengajak dia menonton wayang di situ..jika tidak..dia akan terus tertipu dengan penipuan Liya….dan Haikal mengambil keputusan muktamad untuk memutuskan hubungan dia dan Liya..tidak sanggup rasanya mempertaruhkan cinta untuk wanita seperti itu…

Haikal mengeluh…tiba-tiba Haikal teringat tentang Hidayah..dia menjadi serba salah..mungkin ini balasan kerana mengabaikan amanah yang diberi….dia mesti meminta keampunan dari isterinya….dia mahu menebus kesilapan yang dilakukan..ya..dia harus….Haikal menunggu dihadapan rumah  dengan harapan isterinya akan muncul untuk menghantarkan makanan..dia mahu meminta maaf ke atas segala kesalahan yang dilakukan..dengan penuh sabar Haikal menunggu…tetapi Hidayah tidak juga muncul…hatinya mula digamit kerisauan…di manakah isterinya..sedang Haikal termenung memikirkan tentang isterinya…telefon bimbitnya berdering meminta di angkat…

Hanya Allah yang tahu perasaan Haikal apabila rakan sepejabat Hidayah memberitahu Hidayah kemalangan…bergegas Haikal pergi ke hospital yang menempatkan isterinya….airmatanya gugur saat melihat keadaan isterinya yang berselirat dengan wayar….sungguh dia meyesal kerana gagal menjaga isterinya…

Hidayah masih tidak sedarkan diri..dan tidak tahu bilakah dia akan sedar kerana hentakan kuat dikepala..Haikal hanya tertunduk lesu apabila diberitahu oleh doktor tentang keadaan isterinya….Haikal menjaga Hidayah dengan penuh kasih…Haikal merasakan kasihnya mula jatuh kepada isterinya apabila melihat wajah isterinya ketika lena…cantik..desis hatinya….syukur setelah seminggu tidak sedarkan diri….Hidayah mula membuka mata….dan airmata Hidayah mengalir apabila melihat Haikal tertidur sambil memegang tangannya..dengan payah..Hidayah mengusap rambut suaminya dengan penuh kasih….
Haikal tersentak apabila terasa ada tangan yang mengusap kepalanya…..tak berhenti mulutnya mengucapkan syukur apabila melihat isterinya sudah sedar….

“Awak dah sedar..alhamdulillah…alhamdulillah….”Hanya itu yang mampu diucapkan apabila melihat senyuman di bibir isterinya..

“Ye abang..saya haus..”Dalam keadaan yang lemah…Hidayah berusaha untuk bangun….

“Eh..tak pe sayang…biar abang ambil air untuk sayang..”Haikal menyuapkan air kepada isterinya..tak lepas senyuman yang terukir dibibirnya..

Hidayah pelik dengan sikap suaminya..tak akan dah berubah??,…dan apa yang membuatkan dia berubah??..

“Abang minta maaf dengan sikap abang selama ni..abang khilaf..abang minta maaf…abang harap sayang dapat terima abang…dalam hidup sayang..kita bina hidup baru..” Haikal berkata perlahan sambil memegang tangan insterinya dengan harapan isterinya akan menerima kemaafan itu…

“Tapi…bagaimana dengan kekasih abang??” Hidayah teringat akan kekasih suaminya..

“Abang dah tak ada apa-apa dengan perempuan tu..dan abang tak mahu sayang sebut lagi tentang perempuan tu..sekarang ni hanya sayang dan abang…” Haikal mengusap lembut tangan isterinya….memohon pengertian isterinya….

“Hurm…yalah…abang..tak sia-siakan lauk atas pagar untuk abang…menjadi juga saya punya rancangan..hehehe.” Dala m kesakitan sempat juga Hidayah mengusik suaminya…

“Itu adalah salah satu  sebab utama abang jatuh hati pada sayang..pandai isteri abang ni.” Haikal mencuit hidung isterinya..mereka ketawa bersama....

“Semoga hubungan kita sentiasa direstui dan di redhai Allah.” Hidayah tersenyum sambil mencium tangan suaminya….

“Amin.” Mereka mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin…


Isnin, 24 Disember 2012

SEDIH...




Assalamualaikum....

Ada seorang wanita...yang mencintai dan menyayangi seorang lelaki..bertahun dipertahankan cinta dalam hati untuk seorang lelaki yang sering mengkhinatinya.....tapi dia terlalu sayang..terlalu memaafkan..terlalu kuat hingga kelihatan terlalu terluka...

Ada seorang lelaki...dia kata dia mencintai wanita tersebut..dengan cintanya...dia menampar wanita yang dicintainya demi perempuan lain....katanya dia menyayangi...dengan cintanya itu..di pijak wanita itu kerana perempuan lain....kerana sayang juga..dia membiarkan wanita itu...mengejar perempuan itu....

Wanita itu...dia melihat lelaki itu khianatinya...dia melihat lelaki itu tertawa saat air jernih menitis di pipinya....dia melihat lelaki itu mendoakan kematiannya....dia melihat lelaki itu mengatakan sayang pada perempuan lain....

Lelaki itu...katanya cinta...kerana cinta...dia menipu...kerana sayang..dia menduakan....kerana rindu...dia katakan wanita itu menyusahkan....kata lelaki itu...wanita yang menangis kerananya itu hanyalah membebankan...wanita yang berada di sisi saat jatuh dan bangun....hanyalah merimaskan hidupnya....sedangkan wanita yang baru dikenalinya kini lebih membahagiakan...

Wanita itu...malam berteman air mata....senyuman payah dilukis di bibir...dada sebak menahan sedih...tertanya-tanya..inikah balasannya??...kadangkala wanita itu duduk di sudut bertanyakan diri sendiri...di manakah silap diri..atau ini semua mimpi ngeri....

Lelaki....dia tersenyum...masih tersenyum melihat wanita itu menangis....dia berbangga...melukakan dan menyakitkan tubuh dan jiwa seorang hawa....berbangga menyentuh hati,menggengam cinta...dan menghempas dan menyambung kembali jiwa seorang wanita...

Wahai hati....hati seorang hawa yang tabah....teruskanlah tabah...semoga satu hari nanti ada yang lebih baik...

Allah menguji seseorang manusia di atas kemampuan manusia itu sendiri...

Ahad, 9 Disember 2012

Surat lama siapa punya??






Saya bongkar-bongkar almari saya...saya terjumpa sepucuk surat...dah berlapuk dah..tak tahu lah siapa punya...tapi cukup buat hati tersentuh sikit...hati sayalah..tak tahu hati kawan2 yang bace :)


Assalamualaikum..untuk kesayangan saya...

Awak..mungkin selama ini..saya tak pernah bersuara apabila awak memarahi saya..meletakkan kesalahan perhubungan ini pada saya....saya cuba beritahu tetapi saya tahu..kesalahan itu tetap berpihak pada saya...awak menunding jari di atas kesalahan yang awak lakukan..

Saya terima apa yang awak katakan...awak selalu berkata pada saya....esok masih ada untuk saya bercakap dengan awak...mana awak tahu saya akan ada lagi untuk awak pada esok harinya.....?? awak bukan tuhan yang tahu apa akan terjadi pada esok harinya...sebenarnya awak terlalu yakin..yang saya milik awak..sedangkan hakikatnya..saya milik ibu ayah dan Allah...

Awak lukai saya sesuka hati awak...awak saya dah lama nak cakap perkara ini sebenarnya....saya tak pernah menyesal mengenali awak..tetapi saya sesal bila awak tak tahu menghargai saya...menghargai cinta saya....kini awak pergi tinggalkan saya....mulanya saya sedih...tetapi...apabila saya berfikir segala perbuatan yang awak lakukan terhadap saya..memikirkan lebih banyak airmata dari ketawa..saya bersyukur awak tinggalkan saya....dan memberi peluang untuk saya bahagia selamanya tanpa awak..bebas dari cinta awak....terima kasih..





Kenangan






Assalamualaikum....

Saya terjumpa sebuah buku yang saya terjumpa diary lama saya...5 tahun yang lepas..agak tersentuh bila membaca apa yang saya tulis..dan saya tak sangka yang saya akan tulis semua ini..

Nak kongsi sikitlah....ayat ni..

Setiap kali mata terpejam...
Setiap kali itu peristiwa di ulang tayang di dalam pejam lena...
Pejamnya mata..melihat kenaifan dan kebodohan yang di lakukan..
Melihat diri sendiri yang berada di pentas dunia...
Melihat kesalahan yang dilemparkan satu persatu di hadapan mata...
Ku andaikan jika mampu ku undur masa...
Aku berjanji memperbetulkan semuanya...
Meminta kemaafan kepada yang telah aku sakiti...

Bila saat aku lelapkan mata...
Aku terasa seperti terhempas di lautan dosa dan alpa...
Mencari-cari di mana kasih..di mana cahaya di dalam lena...
Lena terganggu...nafas seakan terhenti apabila sesal yang tidak di perbetulkan....
Kekecewaan di jiwa manusia yang aku sakiti...mampukah ku ubati kembali..
Andai jika lena ku selamanya..masih adakah peluang aku berada di sisi-Nya...
Sedang di dunia...telah banyak hati  lalai mengingatiNya...

Saat aku menutup mata...
Aku mencari di manakah kesalahan di setiap perkara yang aku lakukan..
Adakala....terasa pipi  di sapa air jernih walaupun dalam lena...
Memikirkan dosa yang tak sudah pada yang Esa mahupun manusia...
Diburu dosa semalam....diburu salah yang tak sudah...
Di saat mata terpejam lena....

Khamis, 4 Oktober 2012

Salah aku..

Assalamualaikum...

Aku dikatakan gagal untuk menjadi kekasih kerana aku tiada harta..tiada apa yang dapat aku sediakan untuk dia...salahlah tanggapan aku..cinta hanya perlukan kasih sayang dan keikhlasan...semua tu salah bila aku dikatakan tidak mampu untuk dia...

Mungkin selama ini jika dia curang..adalah disebabkan die berfikir hanya dia yang berkorban..hanya dia yang bersusah payah..dan aku tidak pernah berkorban apa-apa untuk dia...

Ya..aku tahu..dari segi harta aku tidak mampu...tapi sedarkah dia...perasaan...perasaan aku yang telah banyak berkorban demi untuk dia....aku kah yang bersalah?

Ya...dikatakan aku bersalah kerana mencintai dia sepenuh hati aku..silap aku kerana mencintai seikhlas hati...silap aku kerana menyayangi sepenuh hati....

Mungkin saat ini aku tidak mampu..tapi insyaallah..suatu saat nanti aku mampu...

Ahad, 23 September 2012

AKU ISTERI DIA....




Bukankah cinta harus dibalas…..bukankah bahagia itu adalah sesuatu yang aku mahukan…tapi bukanlah dengan orang yang aku tak kenal..jauh sekali aku cintai…ibu dan ayah memutuskan untuk menikahkan aku dengan anak rakan mereka….alasan yang diberikan adalah untuk mengekang  kihidupan social aku..ya aku akui…aku adalah seorang gadis yang liar…bagi aku..pukul 2 pagi ibarat 2 petang….orang balik kerja…aku keluar…orang pergi kerja..aku pulang ke rumah…ya aku masih belajar…..ponteng kelas sudah menjadi kebiasaan….tapi semua itu tak menggangu prestasi pelajaran aku…aku tetap ‘maintain’ dalam markah exam aku…aku tak bawa toyol ok..mungkin Allah beri aku kelebihan ini…..tapi desakan yang aku terima dan paksaan yang ibu dan ayah beri bukanlah satu pekara yang remeh…perkahwinan….ia adalah penentu hidup aku..seluruh hidup dan umur aku..apatah lagi dengan hobi aku yang suka berpeleseran...ayah dan ibu memberi kata dua…berkahwin..ataupun tinggal di rumah dan aku akan di kawal ketat…bila mendengar syarat itu..aku jadi lemah…eh tak kanlah lelaki tu terima je mak ayah dia nak kahwinkan dengan orang yang dia tak kenal.. ‘bendul’ ke apa mamat ni…haish..tak dapat aku bayangkan hidup dengan mamat tiga suku…kacau bilau hidup aku…

Dengan itu..dengan berat hati aku terpaksa menerima lamaran itu….ayah dan ibu begitu gembira….maklumlah dapat berbesan dengan kawan lama…tapi yang aku anak dia ni.. merana….hari ini…adalah hari yang bersejarah buat aku..eh..bersejarah ke??...tak lah..hari yang aku rasa macam nak lari lompat tikus sebab tak tahu nak lepaskan perasaan ni kat siapa…nak lepas kat kawan-kawan…kena gelak…tekanan betul..aku hanya melihat bakal suami aku melalui gambar….rupanya bolehlah tahan…itupun ayah bagi seminggu sebelum majlis ni…ikutkan hati aku tak mahu tengok muka bakal suami aku ni…sakit hati punya pasal… Fairruz Adam namanya….rasa macam nak tercabut jantung bila aku dipanggil keluar oleh ibu untuk majlis akad nikah..maklumlah…perasaan suka tu tak la…tapi gementar tu ada..sebab banyak mata yang memerhatikan aku…macam artis pulak aku rasa hari ini…mata aku tertacap pada satu wajah yang tenang duduk dihadapan ayah..bersedia untuk di akadkan…inilah bakal suami aku…boleh tahan orangnya….dalam hati kata kacak..betul tak tetap pendirian betullah……dalam beberapa minit sahaja…aku dikejutkan dengan suara ibu yang mengucapkan tahniah kepada aku..ya..aku sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang kini berada dihadapan aku….terasa darah naik ke muka apabila tanpa segan atau lebih betul perumpamaannya ialah tanpa perasaan…Aleeya Umayrah…terima saya sebagai suami awak…cinta selepas menjadi halal itu indah..percaya saya…aku terkesima apabila dia sempat berbisik di telinga aku…sedangkan keluarga dan kawan-kawan mengusik kami apabila melihat Fairruz dengan selamba memegang bahu aku…eleh..ingat romantic la tu…..

Selepas makan malam…aku jadi tak tentu arah….apa aku nak buat ni…macam mana ni….aku tak sedia lagi nak officially jadi isteri dia…aku tak sedia…..!!...dengan akal yang aku ada…aku pura-pura tidur….tapi memang bila aku letak kepala di atas bantal….aku terus lelap…tak tipu..betul-betul tidur..sedar-sedar dah pagi….aku terjaga apabila terdengar seseorang sedang membaca yasin…dan ya suara siapa lagi…suami ku yang ter “cinta’ tu la….aku hanya memandang kosong wajahnya apabila ia berpaling kepada aku…dengan perlahan dia duduk di sebelah aku…aku dah rasa macam nak lari pecut waktu tu….janganlah dimintak yang bukan-bukan…tapi..

“Sayang…saya tahu awak tak sedia lagi….saya faham..pernikahan kita ini bukan suka sama suka..tapi mungkin ini jodoh yang Allah dah tentukan..kita sebagai hamba perlu menerima dengan redha dan bersyukur…dan saya bersyukur dapat awak…tak ada cacat cela kat awak…cantik orangnya..indah ciptaan-Nya….Alhamdulillah…saya bersyukur….”Fairruz tersenyum sambil memegang tangan ku..
Entah kenapa aku tidak menarik tangan aku dari pegangannya..sedangkan aku dalam hati terasa ingin aku sentap tangan aku dari pegangan tangannya….

“Awak tak solat sayang?”Fairruz merenung aku dengan wajah yang kononnya romantic la tu…

“Eeerrrr…saya cuti la”. Ha itu alasan yang paling kukuh buat masa ni..

“Owh..tak apelah macam tu….pergilah mandi….dah pukul tujuh ni…tolonglah ibu buat sarapan”Fairruz bangun dari sisi katil dan menuju ke pintu...pagi-pagi nak keluar kemana pun aku tak tahu…ah biarlah dia…
Ada ke patut suruh aku bangun pagi-pagi buta ni buat sarapan?...masuk dapur pun ikut mood aku….inikan nak pegang sudip? Memang taklah jawabnya…maaf En. “suami”…saya nak sambung mimpi tadi….hahaha….itulah yang aku suka…break the rule…


“Awak…boleh tak saya duduk rumah sewa saya je?” Aku menyuarakan hasrat yang dah lama aku fikirkan sejak Fairruz memberitahu yang kami akan berpindah ke rumahnya apabila selesai majlis di pihak lelaki....

“Hurm…apa salahnya kalau awak duduk rumah kita je..saya boleh ambil awak balik kelas dan taklah saya risau sangat..awakkan isteri saya…awak tanggungjawab saya sayang..”Fairruz berkata dengan perlahan..tenang wajahnya…

“Ala…awak ni…semua tak bolehlah..bosanlah….ish!” Ni yang aku rasa nak memberontak ni…macam manalah gayanya bila duduk serumah dengan dia nanti….geram betul la….kalaulah aku tak kena ceramah dan amaran dari ayah dan ibu..dah lama aku mengamuk ni…ikut baran aku nak je aku gigit-gigit orang sebelah aku ni..dah la kena kahwin paksa…kena dengar cakap secara paksa….sabar je la Leya…nasib badan….

Sampai saja di perkarangan rumah Fairruz..aku terpegun melihat dekorasi rumahnya yang sederhana besar..walaupun duduk seorang di rumah itu…Fairruz pandai menghias dan menjaga rumah….kalau anak bujang yang lain belum tentu..eh dah kenapa aku puji dia pula!..tapi memang betulkan….

“Sayang..jom masuk….jangan segan-segan…ni dah jadi rumah awak juga”Fairruz melangkah keluar untuk mengambil barang-barang di bonnet kereta…

“Hurm yela….” Memang aku nak buat rumah ni macam rumah aku pun..ha siapa nak sangat aku duduk serumah kan….ha tengok la…awak kan pengemas En.Suami…lawannya saya la si pengotor..eh..teruk benar istilah tu..tapi aku bukanlah jenis yang macam tu..tapi untuk misi menyakitkan hati..aku sanggup melanggar prinsip aku ni…

“Awak bilik saya kat mana?” Aku berhenti di ruang tamu sambil melihat Fairruz sedang berjalan ke arah bilik utama.

“Eh…bilik saya bilik awak juga…jomlah masuk..”Fairruz mengamit aku untuk pergi mengikutnya masuk ke bilik utama.

“Awak..saya tak sedia lagi….boleh tak kita asing bilik”.Dengan muka seposen..aku meminta pengertian daripadanya…aku tak sedia untuk itu semua….semua ni berlaku dalam sekelip mata…dan kini aku menggalas status isteri kepada lelaki yang aku tak kenali…tapi sekarang dah kenal dah..heee..

Fairruz menggeluh….tetapi dia tersenyum kembali… “Tak apelah kalau macam tu..sy faham…awak boleh duduk kat bilik tetamu..tapi bilik kita sentiasa menanti kehadiran awak…”Tenang ucapan itu....tapi bagaikan angin yang berlalu kat telinga aku…tak nak aku masuk bilik tu..bahaya..

Kini..lebih lima bulan berlalu…rutin harian yang cukup membosankan..pergi ke kelas di hantar…balik kelas di jemput….makan di masak….ha yang satu ni pun aku gagal…aku tak pernah masuk ke dapur untuk memasak….dan tak pernah pula En.Suami mempersoalkan lagi bila aku kata yang aku tak pandai masak..sebab ada suatu hari tu… dia ingin makan masakan aku…dan aku kata padanya yang aku tidak tahu memasak…dia suruh aku belajar memasak..aku merajuk tak mahu keluar bilik satu hari….aku tak suak orang suruh benda yang aku tak nak buat…sungguh aku dilayan seperti puteri..dan masakan dia juga sedap….jadi tak hairanlah aku yang dulu kurus kering..kini semakin gebu dan comel….setiap kali aku masuk ke dalam kereta baik sebelum atau selepas pergi ke kelas…mesti dia akan mencubit pipi aku…dan aku yang tahu akan rutin hariannya itu…akan cuba sedaya upaya mengelak..biarlah kusut rambut aku…tapi memang sikap aku yang tidak suka pipi aku di cubit..aset tu….suka hati je nak cubit..kalau geram..cubit la pipi sendiri..ini tak…pipi aku juga dijadikan mangsa….

Dan selama itu….tanpa sedar aku senang dengan layanan suami ku….tidak pernah dia menyakiti hati aku….dan setiap teguran dia…penuh lembut dan tak menjatuhkan maruah aku…hati aku mulai menerima dia….tapi aku masih tidak mahu mengakui semua ini….kadangkala melihat rakan-rakan berpeleseran..sedangkan aku tidak..adakalanya ketika aku ingin keluar bersama rakan…dia akan mengikut…buat aku rasa rimas dan terkongkong….pakaian aku yang tidak berkenan di matanya..senyap-senyap dia buang..ingat aku tak tahu….baju yang aku ampaikan di tempat sidai mesti akan hilang….dan aku tahu siapa yang melakukannya..mestilah En.suami…sebab dia dengan rela hati berterus terang apabila ditanya..alasannya..dosa aku…dia yang pikul…bila dia kat macam tu..aku tak boleh nak kata apalah…tapi dia berjanji akan menggantikan baju aku dengan baju lain…tak kisah lah baju apa katanya..tapi yang lebih sopan….ikut je lah..aku malas nak bertengkar…nanti kalaulah ayah dan ibu tahu..aku jugak yang salah…
Tapi…sejak dua tiga hari ni…aku rasa seperti lain dari hari yang lain…perhatian dia pada aku dah tak seperti selalu..yang ketaranya apabila dia mulai mengambil aku lewat dari kelas….dia lebih banyak berkhayal..seperti memikirkan sesuatu….dan pada hari ini pula….insiden yang lebih menyakinkan aku…apabila…dia menelefon aku untuk meminta maaf..katanya tak dapat menjemput aku dari kelas…tak apalah..aku tak kisah….aku boleh tumpang kawan sekelas aku….tapi ketika kereta kawan aku Fiha berhenti di traffic light..aku ternampak sesusuk tubuh yang macam aku kenal….bersebelahan dengan kereta Fiha…mungkin pemandunya tidak perasaan aku yang tajam merenungnya….dan lebih buat aku terkejut apabila melihat seorang perempuan bertudung labuh duduk di sebelahnya..wah bukan main mesra lagi….sabar Leya…sabar..kawan aku sedar akan perubahan riak muka wajah aku….dia perasan yang puncanya adalah pemandu yang bersebelahan dengan kereta dia….dia meminta aku bersabar…tapi mana aku boleh sabar….! Eh…cemburukah aku??...ah biarlah..aku isteri dia..tapi…layakkah aku digelar  isteri jika pakai minum suami aku sendiri aku abaikan?..Aku seperti mahu menangis mengenangkan semua itu…
Pulang saja ke rumah..aku terus masuk ke dalam bilik….biarlah..aku nak tengok dia pujuk aku ke tak…tapi kecewa….lewat malam aku terjaga dari tidur dalam keadaan lapar….apabila terdengar pintu rumah di tutup..aku cuba menunggu jika dia akan mengetuk pintu bilik aku untuk memujuk ataupun membelikan makanan untuk aku..tahukah dia yang aku masih lagi belum makan…??..lupakah dia pada aku??..aku isteri dia!...dan untuk hari-hari esoknya sama seperti hari sebelumnya sejak dia mula membiarkan aku…dia hanya akan membelikan lauk bungkus untuk aku…dan bukan lagi memasak untuk aku…masanya lebih banyak dihabiskan diluar rumah dari duduk di rumah bersama aku..aku semakin tertekan..walaupun baru 2 minggu..ia betul-betul menyiksakan…aku bertekad untuk pulang ke rumah ibu dan ayah..biarlah mereka nak marah ke nak pukul ke..nak kata apa ke..aku nekad..sakit hati dan aku semain terluka..entah kenapa..kerana aku isteri dia….aku mulai sayangkan dia….

Dan buat aku lebih pelik apabila aku pulang ke rumah ayah dan ibu tidak bertanyakan kenapa aku pulang ke rumah tanpa Fairruz..mereka hanya diam dan buat seperti tiada apa…..seperti aku masih bujang dulu….dan suami aku…tidak langsung mahu menghubungi aku..di mana aku berada…tidak risaukah dia kepada aku…dan aku..tak kan lah aku nak call dia…nanti dia cakap aku terhegeh-hegeh kat dia..ego juga aku ni…hurm…masa yang berlalu semakin buat aku sedar akan khilaf aku sendiri..aku muali mempersoalkan kepada diri aku..kenapa dia menjauh?..kenapa jadi begini?...kenaa?...dan salah siapa?..dan ya aku akui..ia salah aku….aku gagal sebagai isteri…kini sudah seminggu aku tinggal di rumah ayah dan ibu….Fairruz masih tidak datang menjenguk ataupun menjemput aku untuk pulang ke rumah…

Badan aku semakin susut…selera makan aku semakin kurang..entah kenapa..bila berjauhan..aku terasa seperti ada sebuah batu menghempap kepala aku…batu yang sarat dan berat dengan rindu….aku kerap menangis….menahan kasih yang mulai hadir….ya aku cintakan dia..aku isteri dia….aku halal untuknya…aku untuk dia…..tapi masihkah ada ruang untuk semua itu….kini kesihatan aku terganggu..puas ayah dan ibu memujuk aku untuk pergi ke hospital..tetapi..aku keraskan diri….aku tak daya…aku mahu suami aku…..dan doa aku di makbulkan Allah…

Aku terjaga dari tidur…apabila terasa seseorang mencium ubun-ubun ku…terasa sejuk tangan yang menyentuh pipi aku….seperti air yang mengalir…sejuk dan tenang….aku melihat wajah yang aku rindui kini berada di depan mata aku….hanya airmata yang mengalir saat melihat senyuman itu….adakah mimpi atau pasti..suamiku ada di hadapan mata…..

“Sayang..maafkan saya..sebab abaikan awak…maafkan saya sebab sakiti awak..maafkan saya kerana buat awak sedih….awak…saya bukan sengaja mahu abaikan awak…saya sayang awak….saya mahu awak jadi isteri saya dunia akhirat..saya tak nak awak jadi macam ni….saya dah tak tahu macam mana nak didik awak…saya rasa saya gagal menjalankan tugas sebagai suami…..secara senyap-senyap..saya mengadu pada ayah….saya biarkan awak balik ke rumah ayah dan ibu…untuk pengetahuan awak…setiap hari saya fikirkan awak..setiap hari saya akan telefon ayah dan ibu tanyakan tentang awak…”Fairruz berkata perlahan sambil memangku kepala ku…

“Apa tujuan awak buat macam ni…”Aku sudah teresak-esak menangis…..dalam hati rasa nak marah..rasa gembira bercampur aduk….

“Saya nak lihat jika saya jauh dari awak….adakah awak akan mengakui saya sebagai suami awak…adakah awak akan rindukan saya…adakah awak akan berubah…”Fairruz tenang menjawab semua persoalan yang ditujukan untuk dirinya…

“Habis..siapa perempuan yang awak bawa dalam kereta….saya nampak awak kat traffic light masa awak tak dapat jemput saya dari kelas??”.Haish..macam cemburu bunyinya..eh memanglah cemburu..aku isteri dia…

“Owh…dia adik ipar sayanglah….lupa pula abang nak kenalkan..tak sempat abang nak bawa jumpa sayang….kan dulu abang ada cerita kat  sayang yang abang ada adik yang belajar di luar negara…masa kita nikah dia tak ada kan..abang lupa pula nak beritahu....hari tu…dia balik sekejap nak uruskan tentang pelajaran dia..ada masaalah sikit…jadi abang tolonglah bawa dia ke tempat yang di nak uruskan hal dia tu…maaf ya sayang..abang abaikan sayang..”Wah…dah berabang-abang pulak….

“Abang janji jangan tinggalkan sayang?...sayang minta maaf tak dapat jadi isteri yang baik…tapi kali ni bagilah sayang peluang untuk jadi yang terbaik untuk abang..sayang cinta kan abang…sayang cintakan agama yang ada pada abang…bimbinglah sayang abang..”Aku tidak lagi rasa malu untuk meluahkan perasaan aku kepada suami aku…biarlah..dia suami aku…bukan orang lain….

“Alhamdulillah…tak sia-sia doa abang untuk sayang selama ni…”Fairruz tersenyum gembira…berkali-kali dikucup dahi isterinya itu….

“Tapi…sebelum tu…kita pergi hospital..sayang demam kan..abang tak nak sayang abang ni sakit…”Fairruz memujuk isterinya dengan lembut..

“Untuk abang…pergi hospital kat Marikh pun sayang sanggup..”.Dalam keadaan sakit..aku sempat lagi berseloroh..

“Ada-ada je sayang ni…abang sayang Aleeya Umayrah abang ni…”Fairruz tersenyum melihat sinar cinta yang kini miliknya..sesungguhnya sabar itu menyakitkan..tetapi hasilnya membahagiakan…

Kini..aku bukan lagi Leya yang dulu…aku mulai mengenali siapa suami ku…aku mendekatkan diri kepada Pencipta ku…aku mulai sedar tujuan aku hidup….aku mulai tahu apa erti kehidupan yang sebenar..benar kata suami ku…cinta selepas kahwin itu indah..dan aku telah merasai kemanisannya…Alhamdulillah…