SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Jumaat, 11 November 2011

Wahai wanita yang aku pilih.....


Untuk Wanita yang bakal menjadi suri hidup ku..

Aku tidak mencelah ketika kamu berbicara bukan kerana aku tidak mendengar...tetapi..aku terlalu terpesona melihat gaya kau menceritakan sesuatu kepada aku...cara kau berkata-kata mencuit hati ku...aku ingin memberi ruang untuk kau bercerita dan meluahkan rasa hati..supaya kau tidak rasa terganggu jika aku mencelah setiap cerita yang ingin kau ceritakan...

Aku memarahi dan menegur kamu bukan kerana aku tidak sayang...sungguh aku menyayangi kamu....disebabkan itu aku menegur..aku ingin kamu menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...aku tidak pernah menyesali ketika aku memilih kamu menjadi teman dihati ini..kerana aku tahu..kamu mampu membuat aku bahagia..cuma kamu cuma manusia biasa..begitu juga aku...aku mahu haraga diri kau di pandang tinggi selayaknya kamu sebagai wanita...

Aku tiada masa untuk bersama kamu kerana aku berusaha belajar bersungguh-sungguh...kerana aku punya angan yang besar untuk memberi kesenangan kepada kamu..aku berkerja keras untuk berikan kamu kemewahan..tak sanggup rasanya aku melihat kamu susah..tercabar rasanya ego aku sebagai lelaki bila tidak mampu memberi apa yang kamu mahukan...sungguh aku sayang kamu,..

Wahai wanita yang aku pilih..fahamilah aku..mengertilah aku..aku manusia biasa..aku tidak sempurna...begitu juga kamu.....

6 ulasan: