SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Rabu, 26 Disember 2012

LAUK ATAS PAGAR (^_^)


Assalamualaikum....jemput baca kawan-kawan..maaf kalau ada salah silap...menulis di waktu pagi hari memng macam ni..hehehe.....


“Ha??.. Ikal tak nak kahwin dengan budak tu….ibu dengan ayah ni kenapa nak tentukan hidup Ikal ni??...Ikal dah besar…Ikal tahulah nak pilih siapa..kahwin bila…Ibu dengan ayah tahukan Ikal dengan Liya?...Ikal cintakan Liya bukan budak kolot macam Hidayah tu..dah lah tak pandai berfesyen…asyik bertudung litup je…itu yang ibu dengan ayah nak Ikal hidup sampai mati dengan dia??...tak nak Ikal…jangan paksa Ikal..Ikal tak nak…ape Ikal nak jawab pada Liya nanti…!??” Haikal membentak apabila ibu dan ayahnya menyuarakan hasrat untuk bermenantukan Hidayah anak rakan karib mereka…

“Sebab Hidayah tu bertudung lituplah ibu dengan ayah kau ni nak jadikan dia menantu…daripada si Liya tu..nak kate miskin..anak orang berada…tapi pakai baju macam tak cukup kain..dah tu depan orang tua berpeluk-peluk dengan lelaki yang bukan muhrim…kau suka la perempuan macam tu…tapi ibu dengan ayah kau ni tak suka….pilihan kami Hidayah…menantu dalam rumah ni hanya Hidayah bukan Liya atau orang lain..muktamad…kau kena dengar cakap ibu!”. Kedengaran tegas suara Pn.Fatimah..itu bukan permintaan tetapi satu arahan..tiada tolak ansur…hatinya sakit apabila terserempak dengan Liya yang berpelukan dengan lelaki lain di pusat membeli belah tempoh hari,dan apabila diajukan hal ini kepada Haikal..Haikal membela Liya dengan mengatakan itu rakan sepejabat Liya..memang dasar dah cinta buta..rengus Pn.Fatimah.

“Ayah…tolonglah ayah..Ikal tak nak kahwin dengan budak tu…Ikal tak cintakan dia..” Haikal cuba meminta simpati En.Malik yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan sekali sekala hanya menganggukkan kepala membenarkan kata-kata ibunya.

“Ada betul jugak cakap ibu kau tu Ikal..ayah berkenan sangat dengan Hidayah tu….baik budaknya..pasal cinta…kau boleh pupuk cinta tu….ayah yakin kau akan bahagia dengan dia….”En.Malik menyuarakan pendapat setelah lama berdiam diri.

“Ibu akan hantar rombongan meminang hujung bulan ni…kau pandai-pandailah  nak cakap kat Liya…ingat Ikal…ibu terima Hidayah saja sebagai menantu dalam rumah ni…untuk kebaikan Haikal juga…jangan melawan cakap ibu dan ayah...restu ibu dan ayah penting untuk kebahagiaan Ikal..ingat tu.” Kedengaran lembut suara Pn.Fatimah menembusi gegendang telinga Haikal..walaupun lembut tetapi kedengaran menakutkan apabila kelembutan suara itu diselangi dengan kata-kata berbaur ugutan.

Haikal merengus….dia tidak tahu bagaimanakah cara untuk memberitahu Liya tentang perkahwinan yang di aturkan oleh keluarganya.Dia pasti yang Liya akan mengamuk sakan dengan berita ini dan dia memerlukan persiapan rapi untuk menghadapi amukan kekasih hatinya itu.. “Aduhai…nasib kaulah Haikal!..”
___________________________________________________________________

Haikal tersentak apabila terdengar ketukan di pintu bilik,dia melihat satu susuk tubuh masuk dengan perlahan ke dalam bilik…perempuan tu…perempuan yang memusnahkan semuanya….hati Haikal tiba-tiba menjadi panas…

Hidayah kelihatan serba salah apabila di tenung oleh Haikal..dia hanya berani duduk di hujung katil sambil memintal baju kurung yang dipakainya sejak dari petang tadi..sebenarnya dia serba-salah untuk masuk ke bilik kerana dia tahu suaminya berada di dalam bilik sejak petang tadi..dia juga tahu yang suaminya tidak menginginkan perkahwinan ini keran bukan atas suka sama suka tetapi pilihan keluarga,Hidayah hanya menerima apabila di ajukan tentang hal ini oleh ummi dan abahnya,lagipun dia percaya pilihan ibu bapa ini menjaminkan bahagia…

“Ha..yang kau yang duduk termenung macam patung tu kenapa??..tak kan aku kahwin dengan orang bisu kot??” Haikal menyergah Hidayah bila melihat wanita itu hanya duduk diam tidak berkutik sejak dari tadi.
“Eh..eerrrr..maaf abang…”.Hidayah terkejut apabila disergah oleh Haikal...

“Sejak bila aku jadi abang kau…hey Hidayah..aku nak tanya kau ni..kau ni kenapa tak reti tolak pinangan ibu dengan ayah aku?..kau bukan kenal aku sangat pun…ke memang dari dulu kau ada hati aku atau kau saja-saja buat baik pada keluarga aku supaya diaorang semua nak jadikan kau menantu??”. Puas hati Haikal dapat melepaskan semua yang terpendam dihatinya.Gara-gara perkahwinan ini juga dia bergaduh besar dengan Liya..dia terpaksa berjanji pada Liya untuk meninggalkan Hidayah selepas perkahwinan ini jika mahu bersama kekasih hatinya itu lagi..

“Eeerrr….saya tak ada niat pun nak buat macam tu…saya dah buat solat istikharah dan saya tak nak hampakan permintaan ayah dan ibu…saya dah anggap mereka macam ibubapa saya sendiri….maafkan saya..”Tergagap-gagap Hidayah membela dirinya.

“Ha nanti ibu dengan ayah mesti suruh aku bawa kau balik rumah aku….aku tak boleh bawak kau balik rumah aku…nanti apa pula orang sekelilig cakap.” Haikal dengan selamba memberitahu Hidayah tentang apa yang telah dia fikirkan sejak diberi syarat oleh kekasih hatinya supaya Hidayah tidak boleh tinggal bersama dengannya..demi Liya..dia sanggup buat apa saja….

“Kenapa pula orang sekeliling nak cakap?...kita kan dah nikah..dah halal….tak salah pun??.” Hidayah membalas kata-kata Haikal yang di anggap pelik..

“Aku tak nak nanti orang sekeliling fikir apa dan aku tak nak gaduh dengan kekasih aku..kau tahu tak aku dah ada kekasih??...kau tak tahukan?? ..ni aku nak beritahu…aku dah berpunya…dank au yang merosakkan segalanya kau tahu??..sekarang kau kena terima saja lah apa yang berlaku…” Haikal tersenyum senang apabila melihat air muka Hidayah berubah apabila dia memberitahu yang dia sudah berpunya…

Hidayah tersentak apabila Haikal dengan tenang memberitahu yang dia mempunyai kekasih…hatinya tiba-tiba terasa pedih dan dia tidak tahu kenapa..mungkin kerana Haikal suaminya walaupun dia tidak mengenali Haikal tetapi Haikal suaminya..dan dia sudah berjanji..cintanya hanya untuk suaminya sahaja..Hidayah terasa seperti mahu menangis tetapi ditahan kerana dia tidak mahu menangis di hadapan Haikal…dia harus kuat…!!

“Tak apalah…saya ikut awak balik rumah sehari saja…lepas tu saya cuba tanya kawan-kawan saya kalau ada tempat tinggal yang boleh disewa…”Hidayah berkata dengan perlahan..

Haikal terdiam..dia memikirkan jawapan Hidayah itu… “Ok..baik..tapi sebaik saja aku balik dari kerja..aku tak nak tengok muka kau kat rumah aku lagi ok..dan lagi satu…aku tak nak sesiapa pun tahu tentang hal kita ni..kalau kau beritahu juga…aku tak kisah kalau kau nak pegang title janda dalam waktu terdekat ni.” Haikal memandang tepat ke wajah Hidayah yang masih menunduk memandang lantai sejak dari tadi.

Hidayah tersentak..dia tidak bersedia untuk memegang gelaran yang amat ditakuti oleh setiap wanita….tiada siapa yang mahukan gelaran itu…perlahan-lahan Hidayanh mengangguk kepala tanda setuju..

“Ok..good.” Haikal tersenyum..misinya sudah berjaya…perlahan dia meletakkan badannya di atas katil..terasa penat dengan majlis yang berlangsung pagi tad hingga ke petang…melihat Hidayah juga bersedia untuk tidur di sebelahnya…serta merta Haikal bangun..

“Kau boleh tidur tempat lain tak??...aku tak selesalah nak tidur dekat dengan kau ni….sempit…”Haikal memberi alasan yang tidak munasabah langsung,bukan kerana sempit tapi dia tidak mahu jika apa-apa terjadi nanti..dia bukan jenis yang boleh lihat saja kalau dah ada depan mata..lagipun dihadapannya kini adalah wanita yang halal untuk disentuh….dia tidak mahu terlanjur…eh bolehkah dikatakan terlanjur kalau suami isteri yag sah?..ah…biarlah…Haikal merengus…

“Hurm baiklah..maaf…”Hidayah yang tersentak apabila ditegur sedemikian hanya menurut..dia tidak mahu bertengkar…dia terlalu penat dan sedih dengan nasib yang menimpa dirinya…perlahan Hidayah mengambil bantal dan kain batik untuk menjadi alas tidur di atas permaidani…nasib baik permaidani ni lembut..bisik hati Hidayah..semoga hari esok lebih baik dari hari ini…
_______________________________________________________________

Sudah seminggu  Hidayah tinggal bersama rakan-rakannya….syukur  kerana masih ada kekosongan di rumah rakan sepejabatnya….dan seminggu juga Haikal tidak pernah menghubunginya…Hidayah mengeluh apabila memikirkan masa depan perkahwinannya bersama Haikal..sungguh dia rindu walaupun Haikal  tidak menyenangi perkahwinan yang dibina ini…tetapi sebagai isteri…Hidaya tetap menginginkan sebuah keluarga yang sempurna….walaupun tiada cinta..tetapi dia pasti..cinta boleh di semai…Cuma perlu berusaha saja…ya usaha…Hidayah tersenyum…dia tahu bagimana cara untuk melembutkan hati suaminya…senyuman nakal terukir dibibir….

Haikal terpaku apabila melihat bungkusan tersangkut di pagar rumah...rasa takut dan ragu-ragu juga untuk mengambil bungkusan itu..bermacam-macam perkara yang bermain di kepala Haikal….tetapi dikuatkan juga hati untuk mengambil bungkusan itu…

“Eh..lauk?? siapa bagi ni??...aku taka da tempah apa-apa lauk kat mana-mana kedai..pelik..” Haikal berkata seorang diri……dia terlihat surat di dalam bungkusan tersebut,pantas dibukanya…

Assalamualaikum..abang..

Ini lauk yang saya masakkan untuk abang….abang makanlah….walaupun saya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna..tetapi mungkin sekarang ini saja yang saya mampu..ddan jangan risau abang….tak ada mentera pun dalam makanan tu….selamat menjamu selera.”
(^_^).Salam sayang isteri abang Hidayah.


Haikal mencebik selepas membaca surat tersebut…Eleh..macam aku tak tahu..kau nak ambil hati aku lah ni...jangan ingat aku nak termakanlah dengan trick lapuk kau ni.” Haikal mendengus…dia meletakkan balik bungkusan makanan itu di pagar rumahnya…tak sudi makan makanan dari orang yang menyakitkan hatinya..
________________________________________________

Hidayah mengeluh apabila melihat Haikal meletakkan kembali bungkusan makanan yang di letakkan sebelum Haikal pulang dari kerja..sedari tadi dia mengintip perbuatan Haikal..sangkanya Haikal akan megambil bungkusan makanan tersebut..tetapi hampa..Haikal tidak sudi….Tapi tak mengapa…aku kena usaha…tak boleh mengalah!..Hidayah memberi kata semangat untuk dirinya sendiri…

Setelah seminggu…akhirnya bungkusan yang di letakkan di pagar rumah Haikal….kosong juga isinya….Hidayah tersenyum….Haikal termakan juga dengan rancangan yang di aturkan olehnya..tidak sia-sia dia memasak untuk Haikal setiap hari dan menghantarnya 20 minit sebelum Haikal pulang..dia akan pastikan dia harus balik ke rumah walaupun sesiuk manapun dia…semuanya demi suami yang tersayang…

Dan kini sudah lebih sebulan..seperti rutin harian apabila Haikal sudah terbiasa dengan keadaan itu….mulanya dia tidak menyenangi tindakan Hidayah..tetapi..lama-kelamaan dia berasa senang dengan perbuatan isterinya itu….dia akan meletakkan bekas bungkusan yang telah dibasuh sebelum ke tempat kerja…dan apabila pulang ke rumah..dia akan mendapat bungkusan yang penuh dengan lauk pauk..dan tidak dinafikan,dia mula menyukai masakan isterinya…dan dia tidak tahu kenapa…
_________________________________________________

Haikal termenung..kejadian tengah hari tadi betul-betul membuat hatinya hancur luluh….terbayang-bayang di tubir mata melihat sepasang kekasih berpelukan mesra di dalam kedai di pusat membeli belah..Liya…hatinya sakit apabila menyebut sebaris nama wanita itu….sakit hatinya melihat wanita itu dengan selamba memeluk lengan lelaki yang berada di sampingnya…dan apabila terlihat Haikal…Liya menjadi serba salah….ya…rahsianya sudah tidak menjadi rahsia lagi…dia tertunduk apabila Haikal merenung tajam wajahnya….tahulah Haikal kini…kata-kata ibunya tentang Liya adalah benar…mungkin ada hikamh apabila rakannya mengajak dia menonton wayang di situ..jika tidak..dia akan terus tertipu dengan penipuan Liya….dan Haikal mengambil keputusan muktamad untuk memutuskan hubungan dia dan Liya..tidak sanggup rasanya mempertaruhkan cinta untuk wanita seperti itu…

Haikal mengeluh…tiba-tiba Haikal teringat tentang Hidayah..dia menjadi serba salah..mungkin ini balasan kerana mengabaikan amanah yang diberi….dia mesti meminta keampunan dari isterinya….dia mahu menebus kesilapan yang dilakukan..ya..dia harus….Haikal menunggu dihadapan rumah  dengan harapan isterinya akan muncul untuk menghantarkan makanan..dia mahu meminta maaf ke atas segala kesalahan yang dilakukan..dengan penuh sabar Haikal menunggu…tetapi Hidayah tidak juga muncul…hatinya mula digamit kerisauan…di manakah isterinya..sedang Haikal termenung memikirkan tentang isterinya…telefon bimbitnya berdering meminta di angkat…

Hanya Allah yang tahu perasaan Haikal apabila rakan sepejabat Hidayah memberitahu Hidayah kemalangan…bergegas Haikal pergi ke hospital yang menempatkan isterinya….airmatanya gugur saat melihat keadaan isterinya yang berselirat dengan wayar….sungguh dia meyesal kerana gagal menjaga isterinya…

Hidayah masih tidak sedarkan diri..dan tidak tahu bilakah dia akan sedar kerana hentakan kuat dikepala..Haikal hanya tertunduk lesu apabila diberitahu oleh doktor tentang keadaan isterinya….Haikal menjaga Hidayah dengan penuh kasih…Haikal merasakan kasihnya mula jatuh kepada isterinya apabila melihat wajah isterinya ketika lena…cantik..desis hatinya….syukur setelah seminggu tidak sedarkan diri….Hidayah mula membuka mata….dan airmata Hidayah mengalir apabila melihat Haikal tertidur sambil memegang tangannya..dengan payah..Hidayah mengusap rambut suaminya dengan penuh kasih….
Haikal tersentak apabila terasa ada tangan yang mengusap kepalanya…..tak berhenti mulutnya mengucapkan syukur apabila melihat isterinya sudah sedar….

“Awak dah sedar..alhamdulillah…alhamdulillah….”Hanya itu yang mampu diucapkan apabila melihat senyuman di bibir isterinya..

“Ye abang..saya haus..”Dalam keadaan yang lemah…Hidayah berusaha untuk bangun….

“Eh..tak pe sayang…biar abang ambil air untuk sayang..”Haikal menyuapkan air kepada isterinya..tak lepas senyuman yang terukir dibibirnya..

Hidayah pelik dengan sikap suaminya..tak akan dah berubah??,…dan apa yang membuatkan dia berubah??..

“Abang minta maaf dengan sikap abang selama ni..abang khilaf..abang minta maaf…abang harap sayang dapat terima abang…dalam hidup sayang..kita bina hidup baru..” Haikal berkata perlahan sambil memegang tangan insterinya dengan harapan isterinya akan menerima kemaafan itu…

“Tapi…bagaimana dengan kekasih abang??” Hidayah teringat akan kekasih suaminya..

“Abang dah tak ada apa-apa dengan perempuan tu..dan abang tak mahu sayang sebut lagi tentang perempuan tu..sekarang ni hanya sayang dan abang…” Haikal mengusap lembut tangan isterinya….memohon pengertian isterinya….

“Hurm…yalah…abang..tak sia-siakan lauk atas pagar untuk abang…menjadi juga saya punya rancangan..hehehe.” Dala m kesakitan sempat juga Hidayah mengusik suaminya…

“Itu adalah salah satu  sebab utama abang jatuh hati pada sayang..pandai isteri abang ni.” Haikal mencuit hidung isterinya..mereka ketawa bersama....

“Semoga hubungan kita sentiasa direstui dan di redhai Allah.” Hidayah tersenyum sambil mencium tangan suaminya….

“Amin.” Mereka mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin…


5 ulasan:

  1. Besnye.. tp saye bersyukur dgn ape y saye ade sekrg.. wlpun tidak sesempurna mana.. sye akan berusahe untuk menjadikannya y terbaik Insya'Allah :-)

    BalasPadam
  2. Hai tolong kongsi tip membuat novel minta tunjuk ajar

    BalasPadam
  3. Hai tolong kongsi tip membuat novel minta tunjuk ajar

    BalasPadam