SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Selasa, 9 Ogos 2011

DIA SAHABAT DUNIA AKHIRAT.....


DIA SAHABAT
Hurm...mybe citer nie tal lah best sgt..tapi penerimaan individu kan..aku bosan nie..so nk buat cerita..tak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati...cerita tentang dua sahabat....

Aku dilahirkan di kawasan pendalaman....nama aku ialah Aslina..tapi kawan2 aku panggil aku Lina je....aku ada seorang kawan yang sudah aku anggap macam saudara perempuan aku sendiri....nama dia Asiah...cantik orangnya...manis....bijak pula tu..kadangkala aku cemburu bila lihat dia jadi bualan orang kampung..mana kan tidak...Asiah ringan tulang..senyuman tak pernah lekang di bibir dia...hormat orang tua..sedangkan aku....aku tak secantik dia..tapi aku bangga dapat sahabat seperti dia....dia tak pernah loket nak kongsi ilmu dengan aku...aku gembira berkawan dengan dia....kami berkawan sejak tadika....bagai di jodohkan pula kami ni sebagai sahabat....dari tadika...bawa ke sekolah rendah..satu kelas pula tu...sama la juga ketika di sekolah menengah..sampai ada di kalangan rakan kami yang mengatakan kami belangkas....ada juga mulut2 yang tak ada insurans tuduh kami nie suka sesama jenis..sedangkan tak..jauh sekali..aku dah anggap Asiah macam adik kandung aku sendiri..macam tu juga dengan dia....walaupun ramai lelaki yang menghulurkan salam perkenalan..tapi dia tak pernah ambil peduli..dia akan menolak dengan lembut..so tak ada la yang sakit hati dengan dia..yang suka bertambah suka..yang benci sudah mula suka kerna sikap dia yang terlalu rendah diri dan selalu memaafkan....ramai juga kawan2 perempuan aku iri hati dengan dia..kadang2 aku marah kenapa dia boleh diam bila ada yang buat cerita tak baik tentang dia...dia selalu cakap mcm nie bila aku marah.. “Tak apelah...lama2 dieorang penat..dieorang mesti diam..kita nie bukan Tuhan nak hukum dan tentukan salah dieorang..”.Jadi aku diam je la....dah tuan punya badan tak kisah..tak kan aku nk lebih2 kan..sabar jelah....


So kami membesar....hari berganti tahun...sekarang ni aku dengan Asiah dah pun melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan..walaupun kami dapat U yang sama tapi kos yang kami ambil berlainan...tapi kami dapat dorm yang sama..memang tak dapat di pisahkan kami ni agaknye....sayang kau lebih lah As....dia banyak bantu aku dalam subjek yang aku tak faham....iaitu Math...memang aku kurang  cerdik dalam subjek nie..As selalu sokong apa yang aku lakukan..katanya kebahagiaan aku..kebahagiaan dia juga selagi aku tak buat something yang melanggar batasan agama....Asiah menjadi perhatian lelaki-lelaki di U tempat kami belajar..bukan seorang dua tetapi ramai yang nak menghulurkan salam perkenalan..tapi semuanya di tolak....entah kenapa lah dengan kau Asiah....semuanya kau tolak.....sampai bila nak hidup sendiri..bila aku tanyakan kenapa tolak... “Aku kan ada kau...kau la kawan aku...aku tak sedia lagi nak terima sesiapa...aku nak berjaya dulu...jodoh tu ada...aku yakin aku akan dapat yang terbaik..macam tu juga dengan kau Lina..”,kata Asiah sambil tersenyum pada aku....aku puji sikap kau tu Asiah..kau kejar cita-cita dahulu sebelum mencari cinta.....Dalam kalangan lelaki yang nak berkenalan dengan Asiah tu juga tak terlepas juga dengan seorang lelaki ni....nama dia Aidil...kacak+kaya+bijak+maskulin....nak kata semua ada lah pada dia....dia famous kat U kami....memang popular macam artis....sebut je la nama Aidil Z memang semua perempuan akan kenal...entah mcm mana Aidil ni boleh berkenan dengan Asiah....aku pun ada hati sebenarnya pada Aidil ni...yela kan siapa yang tak nak kan lelaki acam tu..complete...kalau jalan sebelah..memang tak tunduk bawah....badan tegak berdiri je bangga berjalan dengan keksih hati yang macam tu....tapi bila dapat tahu dia tackle Asiah,aku cuma pendamkan je lah perasaan nie...setiap minggu mesti ada bunga ros merah dekat atas meja belajar...kawan aku Kay yang bertugas sebagai posmen....walaupun macam tu..Asiah Cuma anggap dia sebagai kawan biasa je...aku pelik betul2 dengan Asiah...tapi aku kena hormat prinsip dia...untung kau As ramai yang sayang....aku pun sayangkan kau...


Seminggu lepas tu...entah kenapa aku lihat Asiah banyak termenung..kadang kala dia menangis...ada juga aku tanya apa masalah dia..dia hanya diam dan tersenyum...aku ni tak nak lah memaksa kalau dia tak nak berkongsi masalah..mungkin dia memerlukan masa untuk sendiri...nanti kalau dia dah bersedia..dia sendiri akan cerita...aku sudah masak dengan sikap dia bila dia ada masalah....hurm....mungkin ini ujian Allah kepada aku...satu hari tu...aku sedang duduk di kafetaria seorang diri...Asiah tak dapat teman aku sebb dia tak sihat katanya...tiba-tiba ada suara lelaki tegur aku....aku pu toleh...aku tengok Aidil yang tegur aku tu...berdegup kencang la kan jantung aku nie..sebb aku ni kan minat dia dalam diam...kami  berbual...Aidil tu mudah mesra....pandai buat lawak..lagi lah aku bertambah suka pada dia....kami bertukar nombor telefon....dalam diam aku berbalas mesej dengan Aidil  tanpa pengetahuan Asiah....memang aku fall in love dengan dia...dan yang paling buat aku happy..Aidil kata dia sukakan aku...dan nak jadikan aku girlfriend dia...aku pun terima la...masa tu aku rasa bertuah nya aku...pertama kali bercinta....sejak aku kenal Aidil,aku sudah jarang ulangkaji pelajaran...selalu keluar...Asiah seperti dapat menghidu sesuatu...ada juga dia bertanya...mengapa aku berubah...dia ada memberi nasihat pada aku...supaya jangan cepat percaya pada orang dan fikir masa depan...aku cuma diam saja....bagi aku bila dia cakap macam tu...ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri..aku sendiri tak tahu kenapa aku berubah dengan drastik...aku betul2 di lamun cinta....Aidil layan aku dengan baik sekali....aku rasa betul2 di hargai....aku tak ambil peduli lagi dengan Asiah....aku takut kalau dia tahu aku dengan Aidil dia akan marah...sebenarnya aku cemburu..aku takut Aidil ada menyimpan persaan pada Asiah lagi....ada juga gosip2 yang mengatakan mereka terserempak aku bersama Aidil...Asiah juga ada menanyakan betulkah apa yang dia dengar..aku jadi marah bila dia bertanyakan semua itu...bagi aku..dia tak ubah seperti orang yang sibuk mengambil tahu urusan hidup aku..maafkan aku sahabat.....hubungan kami menjadi renggang..entah kenapa...tiap kali Asiah ingin berbual dengan aku....aku cuba melarikan diri....Ya Allah...apa yang merasuk diri aku ini....maafkan aku Asiah...aku sayang kau wahai sahabat...


Sudah 2 bulan aku tak menegur Asiah...aku tahu dia berkecil hati dengan aku bila kami berselisih..dia menegur aku..aku buat2 tak dengar saja dengan panggilan dia...ada juga dia menghantar pesanan ringkas pada aku...apakah salah dia,sehingga kau bertindak menjauhkan diri dari dia...aku hanya mencebik bila membaca pesanan ringkas itu...egokah aku...hari ini hari jadi aku...lepas tamat kuliah aku balik ke bilik....alangkah terkejutnya aku bila aku lihat Asiah ada di atas katil aku sambil melihat gambar Aidil....mungkin dia dapat di atas meja study aku..aku tanyakan kenapa nak jumpa dengan aku...dia cuma tersenyum sambil menghulurkan hadiah harijadi..terharu juga kau sebenarnya....walaupun aku layan dia mcm tu..dia masih ingat tarikh lahir aku...aku ucapkan terima kasih...kami berbual setelah lama kami tak duduk berbual seperti itu...tiba2 dia bertanyakan hubungan aku dengan Aidil...dia minta aku tinggalkan Aidil..katanya Aidil bukan lelaki yang baik untuk aku.....aku terasa seperti darah aku yang mengalir naik ke muka....aku marah Asiah...aku hamburkan kata2 yang tak sepatutnya pada dia...aku katakan kalau tiada dia pun aku lebih gembira....dia cuba menerangkan mengapa dia berkata macam tu..tapi aku tak nak lagi dengar kata2 dia..aku halau dia dari bilik aku...bagi aku..dia hanya cemburu bila tengok aku bahagia dengan Aidil..tu lah dulu masa Aidil nak kau tak nak....bagi aku cukuplah setakat ni persahabatan kami..naif sungguh aku waktu tu,sejak tu aku tak lagi nampak Asiah..lagipun aku tak kisah..bagi aku dia tu suka sibuk hal hidup aku.....mungkin Allah nak tunjuk kan pada aku....suatu petang aku tergerak untuk ke kedai buku di bandar....aku tersentap bila melihat sesusuk tubuh lelaki yang cukup aku kenali memaut mesra bahu seorang perempuan yang tak aku kenal...tanpa sepatah kata aku terus pergi bersemuka dengan Aidil..berubah wajah Aidil bila melihat aku..aku tanya kan siapa perempuan di sebelahnya...tanpa rasa bersalah..dia  katakan perempuan itu ialah kekasih dia....tak terasa tanah yang aku pijak bila dia katakan macam tu...jadi betul lah apa yang di katakan Asiah tentang Aidil....Ya Allah...apa yang telah  aku buat....



Aku tak kisah lagi tentang hati aku yang terluka..mungkin ini balasan terhadap aku sebab aku melukakan hati sahabat yang menyayangi aku sepenuh hati....aku pulang ke kolej untuk mencari Asiah....tapi Asiah tiada...tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari keluarga di kampung....mereka kata Asiah telah tiada...dia dah pergi tinggalkan aku..meraung aku....rupanya dia telah menghidap penyakit lukemia sejak 4bulan dulu.dan dia berada di tahap 3...tapi dia tak pernah beritahu aku..sehingga dia makin kritikal seminggu yang lalu..aku bertanya pada sahabat dan keluarga aku yang tahu tentang hal itu..mengapa tidak beritahu pada aku..kata mereka Asiah tak nak aku tahu..dia tak nak aku sedih dan risau...dia nak aku happy.....Ya Allah..berdosanya aku kerna sudah melukakan hati seorang sahabat demi semata2 untuk lelaki yangg aku cinta....maafkan aku Asiah......maafkan aku.....


Aku menangis semahu-mahunya...sekarang kalau aku menangis pun tak berguna lagi..sahabat aku sudah tak ada di dunia ini...dia sudah tidur.....tidur dengan lena...sedang aku ingin mengemas barang untuk pulang ke kampung untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir....aku terlihat kotak hadiah di tepi meja pemberian Asiah...perlahan-lahan aku buka....menitis airmata aku bila di dalam kotak itu terdapat gambar kami ketika kecil...Asiah memeluk mesra badan ku memujuk aku,sewaktu aku menangis kerna  terjatuh....ayah aku yang mengambil gambar itu...kau simpan lagi Asiah gambar ini...airmata aku seperti air hujan yang jatuh tiada henti bila melihat telekung hadiah pemberian kau...Ya Allah,sudah lama aku melupakan Mu..sahabat..terima kasih kerna mengingatkan aku....sedang aku memeluk cium telekung pemberian Asiah....sekeping surat jatuh ke lantai...aku ambil dan baca...tersentuh hati bila Asiah menulis perkataan yang selalu kami gunakan ketika kami kecil dulu.... “Kita sayang awak..awak jangan marah kita lama2..kita rindu awak..awak cantik...kita kan sahabat..maafkan kita ya...” Maafkan aku Asiah...ku harap ada lagi kemaafan buat ku,....izin kan aku memberi penghormatan terakhir aku untuk kau..mencium dahi kau seperti dahulu yang sering kita lakukan ketika baru lepas bertengkar....aku sayang kau.....kerna kau sahabat...aku akan berubah....aku sayang kau sampai aku menutup mata selamanya....kau sahabat dunia akhirat.....


Aku harap...pada korang yang ada sahabat....yang dah lama bersahabat...jangan lah kau sisihkan mereka semata2 kerna cinta...lelaki/perempuan boleh di cari..tapi sahabat...susah di cari...sahabat itu tak akan pernah mahu melihat kau bersedih....kadangkala dia rela bersedih untuk melihat kau gembira..jangan jadi seperti aku....memang kita cinta..tapi tak semestinya mereka mencintai kita....melukai sahabat...adakalanya akan melukakan diri kita sendiri.....
Nukilan Cik Wawa.....komen anda amat membantu..terima kasih..=)



5 ulasan:

  1. nice story . . sebak sgt bace cite nie . . :)

    BalasPadam
  2. Sahabat.....hargai same2 yer ...hehe =)
    tahnx fara....sabar2..=)

    BalasPadam
  3. kita syg along!kawan2 kita pon kita syg..wlupon dye kdg2 sakitkn hati kita..2 sume mngjar kita erti sahabat..:-)

    BalasPadam
  4. Yer sayang..betul tue..tu kan lumrah....pahit manis.....kita pon sayang awak..=)

    BalasPadam