SELAMAT MEMBACA KAWAN-KAWAN

Sahabat2 Saya....=)

Jumaat, 22 Julai 2011

Aku wanita......insan biasa....

 


Bila aku sudah jatuh cinta jangan sesekali kau ragukan cinta yang aku beri...kerana hanya kau yang bertakhta di hati..aku patrikan kesetiaan hanya untuk kau seorang....sehingga kadangkala airmata yang susah untuk mengalir,akan dengan tiba-tiba mengalir dengan deras bila kau buat aku terasa hati...aku juga dapat merasakan perubahan walaupun sedikit dari kau kerana aku wanita....aku makhluk yang lembut hati nya....apabila aku memarahi..aku menegur...ukan kerana aku membenci..kerana aku menyayangi....aku mudah tersentuh melihat orang yang di sekeliling aku merasa sedih kerana aku mempunyai rahim...rahim itu bermaksud penyayang.....segarang-garang aku,sejahat-jahat aku...sekasar-kasar aku...aku jua seorang wanita...insan yang lemah..insan yang perlukan pelindungan.....

Wahai lelaki...aku jua insan biasa yang sering melakukan kesilapan.....aku juga sering tewas dalam perasaan aku sendiri....tapi itu tidak bermakna kamu boleh memperlekehkan aku seorang wanita,kerna siapalah kamu jika tiada aku....kamu juga manusia biasa yang memerlukan sokongan,kasih sayang serta perhatian....kita semua insan biasa..tiada bezanya kita....saling memerlukan....kadangkala..kau terlalu mencabar kesabaran aku wahai lelaki.....kadangkala....kau terlalu melemahkan semangat aku untuk terus melangkah ke hadapan....kadangkala kau membuat aku tertawa dengan kerenah kau yang sentiasa inginkan perhatian....


Aku wanita yang lembut hati nya...sudah berkali aku memaafkan kesilapan yang kau lakukan...kerna hanya 1 saja perkataan yang menghalang aku meninggalkan kamu...SAYANG..ya....itu jawapan yang mampu aku beri...tetapi bila kau tidak menghargai....bila kau tidak memperbaiki diri...cuba untuk mengulangi kesalahan yang pernah kau lakukan...tahukah kau wahai lelaki..hati wanita ibarat kerak nasi....jika di rendam air...lembut juga...dan hati wanita juga seperti batu di air terjun....mungkin ia keras...tetapi lama kelamaan ia akan berlekuk juga...bila tiada lagi kesabaran..bagi aku..cukuplah setakat ini dan jangan kau cari aku lagi....

Wahai wanita.....pesan aku kepada kamu semua sebagai saudara serta sahabat...jangan lah kamu menghancurkan perasaan sesama wanita hanya kerna seorang lelaki....ingin jua aku  mengetahui..apakah perasaan kamu bila orang yang kamu sayang di ambil orang...orang yang kamu cinta di ambil orang....sakit yang kamu rasa semestinya....jikalau kamu tahu betapa sakitnya bila hak di rampas...jangan lah sesekali menggangu hak wanita yang lain..kerna kamu juga wanita.....cuba letakkan diri kamu diatas situasi tersebut..gembiraah yang kamu rasa...semestinya tidak...menghancurkan perasaan sesama wanita hanya kerana seorang lelaki...adalah amat memalukan....

Begitu juga kepada lelaki....bila telah memilik seorang wanita..jangan lah cuba mengabaikan dia..kerana bila kamu memilih dia sebagai teman rapat serta kekasih kamu...yakinlah dia yang terbaik....kerna semua manusia akan memilih yang terbaik untuk diri mereka sendiri...termasuk memilih teman....bila ia melakukan kesilapan cuba perbetulkan....kerana dia juga manusia......hargailah apa yang kita ada...serta bersyukurlah dengan apa yang kita miliki...kerana apa yang kita adaadalah yang terbaik untuk diri kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan